Pergi ke kandungan

Roti canai

Laman separuh dilindungi
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Roti canai
Roti canai yang baru dimasak
Nama alternatifRoti canai
JenisRoti leper
Tempat asalMalaysia
Kawasan/rantauAsia Tenggara
Masakan berkaitanMalaysia,[1][2] Singapura,[3][2] Indonesia,[4][5] Brunei, Thailand[6][7]
Dicipta olehMamak atau India Muslim di Pulau Pinang,Malaysia
Suhu penghidanganPanas
Bahan utamaTepung
Keragaman/variasiParatha , Roti prata.
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Roti canai (Jawi: روتي چاناي; Tamil: ரொட்டி சென்னை; Bahasa Malayalam: റോട്ടി ചെന്നൈ; Hindi: रोटी चेन्नै) ialah roti jenis leper yang berbentuk bulat yang boleh dijumpai di beberapa negara di Asia Tenggara.Perkataan canai membawa maksud meleperkan dalam bahasa Melayu. Ia dimakan sebagai makanan pagi, tengah hari, petang, dan malam. Sering kali dimakan bersama dengan teh tarik, atau teh ais. Biasanya dihidangkan dengan kuah dal atau parpu atau kari dengan sambal ikan bilis.[8]

Menurut TasteAtlas, Roti Canai yang berasal dari Malaysia ini tersenarai sebagai makanan jalanan terbaik dunia dengan kedudukan tempat pertama dalam senarai makanan dunia pada tahun 2022[9] dan roti terbaik di dunia dengan kedudukan tempat pertama dalam senarai roti dunia pada tahun 2023.[10]. Di Singapura mempunyai rupa yang hampir sama iaitu roti perata atau roti prataSin.) , Roti perata lebih tebal dan menggunakan mentega berbeza dengan roti canai menggunakan majerin dan lebih nipis.

Etimologi

Penggunaan perkataan canai dalam bahasa Melayu di belakang roti adalah hasil dari tingkah laku pencanai roti tersebut dalam meleperkan, menganginkan dan menebar doh roti. Ada juga menyatakan perkataan canai di belakang roti ini asalnya dari jenis dal yang digunakan bersama roti ini, yakni "Channal". Pada versi yang lain, perkataan canai ini datangnya dari nama bandar Madrass] sejak kolonial British 1800- 1957, Nama Chennai mula digunakan pada Ogos 1996 oleh Kerajaan India. India disebabkan ramai pencanai roti ini kebanyakan berasal dari sana pada ketika kebanjiran orang India di Malaysia. Maka nama Chennai tidak relevan dgn nama roti canai. [7]

Roti canai di Singapura, ia lebih dikenali sebagai roti prata. Rupa roti prata dengan roti canai bentuknya hampir sama.[11][12]

Variasi

Roti sardin
  • Roti telur, dicampurkan dengan telur selepas doh roti ditebarkan.
  • Roti sardin, dicampurkan dengan sardin dalam tin bersama sos tomato dan diletak bawang yang didadukan.
  • Roti telur bawang, dicampurkan dengan telur bersama penggunaan bawang merah yang banyak.
  • Roti pisang, dicampurkan dengan pisang yang telah dilenyek.
  • Roti bom juga dipanggil roti boom, jenis roti canai yang dibuat bentuknya kecil dan lebih tebal dari roti canai. Adunan doh dan cara penebaran dan canai, adalah sama dengan roti canai.
  • Roti planta, dicampurkan dengan marjerin yang banyak. Penggunaan nama Planta di belakang kerana ia adalah satu jenama marjerin yang popular di Malaysia, kerana penggunaanya oleh orang Malaysia.
  • Roti petak, atau roti canai sebenarnya, penggunaan nama ini bukan secara umum, penggunaan ini digunakan segelintir oleh orang Malaysia kerana mahu roti canai yang baru dibuat dan dimasak. Kebanyakkan roti canai(berbentuk bulat), telah siap dimasak awal-awal dan akan dipanaskan semula bila dipesan.
  • Roti banjir, adalah roti canai yang telah dipotong kecil-kecil, dan dicampurkan kuah dal atau kuah kari yang banyak. Sambal akan diletak sedikit.

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ Yi Jun Loh (22 May 2019). "The That Became Malaysia's National Bread". Taste. New York: Penguin Random House LLC.
  2. ^ a b Yip, Lynnett (29 February 2020). "What is roti canai, and why can't people in Southeast Asia get enough of it?". South China Morning Post. Hong Kong.
  3. ^ "Roti Prata". Singapore Tourism Board.
  4. ^ "Roti Maryam/Konde/Cane/Canai". Indonesia Eats. 27 February 2008.
  5. ^ "Mencoba Roti Canai Asli Aceh di Tepi Jalan Pasar Minggu". Liputan6. 18 December 2016.
  6. ^ "Roti Canai (Mamak Copycat)". NyonyaCooking. 23 July 2016.
  7. ^ a b Krich, John (2009-07-31). "Roti Canai". Wall Street Journal (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0099-9660. Dicapai pada 2018-04-16.
  8. ^ "Roti canai, a popular snack". The Star. Dicapai pada 2018-04-16.
  9. ^ https://www.kosmo.com.my/2022/09/30/roti-canai-makanan-jalanan-terbaik-dunia/
  10. ^ https://www.kosmo.com.my/2023/09/10/roti-canai-dinobat-roti-terbaik-di-dunia/
  11. ^ "Malaysia's 5 mamak stall favorites | CNN Travel" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-04-16.
  12. ^ "The 10 types of roti you'll find at the mamak". Time Out Kuala Lumpur (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-04-16.

Pautan luar