Pergi ke kandungan

Bubur kacang hijau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bubur kacang hijau
بوبور كاچڠ هيجاو
Bubur kacang hijau
Nama alternatifbuboq kaccang ijjau ( Kedah)
bubo kacang ijow ( Terengganu)
bubo kacce hijja ( Kelantan)
bubur kacang ijo (Jawa)
bubur kacang héjo (Sunda)
JenisSup Sunting ini di Wikidata
Tempat asalIndonesia
Suhu penghidanganPanas atau Sejuk
Bahan utamaKacang hijau
Santan
Nisan
Tenaga makanan
(setiap hidangan)
108 kcal (452 kJ)
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Bubur kacang hijau merupakan sejenis bubur yang dibuat daripada kacang hijau, santan kelapa, nisan dan bahan-bahan lain.

Bubur kacang hijau ialah makanan pencuci mulut di kawasan Asia Tenggara. Di Malaysia, bubur kacang hijau dibuat daripada kacang hijau dengan santan dan gula kabung, gula Melaka (nisan) atau gula tebu (gula merah di Indonesia). Kacang hijau direbus sampai empuk, dan gula dan santan ditambahkan.

Ia sering disajikan sebagai pencuci mulut, makanan ringan, minum petang, dan makanan selesa; Namun, bubur ini juga merupakan pilihan terkenal untuk sarapan atau makan malam.

Di Malaysia

[sunting | sunting sumber]

Di Malaysia, para peniaga restoran peribumi sering menghidangkan bubur kacang hijau setiap pagi dan tengah hari pada hari Jumaat sebagai sedekah dan amal jariah bagi jemaah yang ingin ke masjid menunaikan solat Jumaat. Mereka biasanya juga menawarkan roti bakar dan bubur caca.

Hidangan bubur kacang hijau boleh dicampurkan bersama bahan lain seperti daun pandan, durian, mangga, pulut hitam dan sagu bagi meningkatkan lagi rasa enak. Bubur kacang hijau durian ini juga sedap jika dimakan bersama roti. Bubur kacang hijau yang dicampurkan dengan nisan (gula Melaka) berwarna lebih gelap berbanding bubur kacang yang tidak dicampurkan dengan manisan nisan. Bubur itu juga memiliki rasa yang lebih kuat, hasil pengaruh rasa nisan itu sendiri.

Bubur kacang hijau merupakan makanan kegemaran Noraniza Idris, Sarimah Ahmad, Nasir Bilal Khan, Aiman Tino, Siti Nurhaliza & Khai Bahar menunjukkan bubur ini mendapat tempat di hati warga Malaysia pelbagai latar belakang dan merentas generasi.[perlu rujukan]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]