Pergi ke kandungan

Idahan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ida'an
Idahan / Eraan
Jumlah penduduk
20,000-30,000
Kawasan ramai penduduk
 Malaysia
(Sabah)
Bahasa
Bahasa Ida'an, Bahasa Melayu
Agama
Islam (100%)
Kumpulan etnik berkaitan
Begak, Subpan, Orang Sungai

Idahan (Ida'an, Idaan, Eraan, Sabahan, Saba'an dan Buludupi) adalah satu etnik pribumi yang terdapat di Sabah dan menetap di sekitar daerah Lahad Datu, Kinabatangan dan Sandakan di persisiran timur Sabah, Malaysia. Populasi semasa dianggarkan sekitar 20,000-30,000 (2020 est), tetapi terdapat bukti mereka pernah menduduki kawasan lebih luas sepanjang persisiran timur Sabah berbanding masa kini. Kaum Idahan adalah kaum terawal memeluk Islam di Pulau Borneo, iaitu seawal tahun 1408 masihi.

Selama beberapa abad, mereka memiliki hak esklusif bagi mengumpulkan sarang burung layang-layang di dalam gua batu kapur kawasan tersebut, terutamanya Gua Madai. Selama beberapa abad ethnik Idahan telah memiliki mekanisma sosial berasaskan sedarah, bagi mengawal capaian bermusim ke kamar batu yang memiliki sarang burung layang-layang, dan bergilir hak menuai antara pelbagai ahli suku kaum. Sebagai ethnik minoriti, Idahan beroperasi sebagai kumpulan korporate berkait rapat berkait dengan aktiviti menuai sarang burung layang-layang. Sistem pengagihan turut memastikan hubungan rapat di kalangan ethnik Idahan. Keuntungan tunggal tuaian yang diwarisi hanya dapat dikekalkan oleh mereka selagi mereka berkerjasama sebagai satu unit ekonomi dan masyarakat kerjasama.

Etimologi

[sunting | sunting sumber]

Pada dasarnya nama asal suku kaum Ida'an adalah "Bedaro", tetapi setelah suku ini memeluk Islam mereka telah menukar nama Bangsa mereka dari Bedaro kepada Ida'an atau Idahan. yang bermaksud "Baik, Jujur dan Terbilang".

Nama lain Selain Ida'an, mereka juga di sebut Idahan atau Idaan.

namun begitu dalam beberapa catatan sejarah kaum ini biasanya di panggil sebagai Eraan (mengikut sebutan Bajau) atau Iraqan (mengikut sebutan Tausug), Sabahan (berasal daripada perkataan Saba'an) atau juga Buludupi (Booloodoopy).

Gua Madai yang juga merupakan Gua Warisan Etnik Idahan

Ada dua teori yang mengatakan tentang asal usul suka kaum Ida'an.

  • Teori Pertama,Mengatakan Nenek moyang orang Ida'an berasal dari Sungai Kinabatangan
  • Teori Kedua, Pula mengatakan suku kaum Ida'an adalah keturunan daripada kaum yang pernah mendiami kawasan Lembah Tingkayu di Kunak suatu masa dahulu.

Lagenda dan Mitos

[sunting | sunting sumber]
  • Lagenda Inni'Apoi dan Payau Emas
  • Lagenda Gegejanji Gunai Boyo (Perjanjian Manusia Dengan Buaya)
  • Lagenda Tarunggarik (Boyo Parong)
  • Lagenda Batu Temanggung
  • Lagenda Pulau Timbun Mata
  • Lagenda Mandog Awan

Hak dan Warisan

[sunting | sunting sumber]

Bila sebut mengenai Warisan, sememangnya suku kaum Ida'an memang terkenal dengan Gua-Gua Warisan Sarang Burung yang menjadi Warisan Turun Temurun sejak dahulu lagi.

Berikut adalah beberapa buah Gua Batu Kapur yang diiktiraf sebagai Hak Warisan Kaum Ida'an.

Gua Tepadung yang juga merupakan salah sebuah Gua Warisan Etnik Ida'an

Makanan Turun Temurun

[sunting | sunting sumber]
Durian Merah

Durian Merah atau Alau merupakan salah sebuah buah yang menjadi kegemaran bagi Suku Kaum Ida'an/Idahan.

Makanan tradisi yang lain termasuklah Temba' Pait,Temba' Kedaso , Pait Pelom, Sambal Gembuan, Tassam Badas Kayu, Tassam Buduk, Sekilo Kayu Kegut, Putti Bebbag dan banyak lagi.

Keranda-Keranda Purba di Gua Agop Batu Tulug mempunyai persamaan dengan Keranda-Keranda Nenek Moyang Etnik Idahan di Gua-Gua Warisan Etnik Idahan

.

Kebudayaan

[sunting | sunting sumber]

Pesta atau Festival Khas Kaum Ida'an di Sabah. Jika Kaum Kadazandusun terkenal dengan Pesta Menuai Padi, kaum Ida'an pula terkenal dengan Pesta Mengutip Sarangnya.

  1. Pesta Mengalap (2019)
  2. Pesta Salag (2022)

Pada tahun 2019 buat pertama kalinya kaum Ida'an mempunyai Pestanya tersendiri yang di panggil Karnival Pesta Mengalap yang berlangsung pada bulan September di Perkarangan Gua Madani, Kunak.

Namun Pesta berkenaan tidak dapat diteruskan pada tahun berikutnya, akibat Pendamik Covid-19. Dan pada tahun 2022, Pesta Salag diadakan di Perkarangan Pejabat Daerah Lahad Datu.

Agama dan Kepercayaan

[sunting | sunting sumber]

Islam merupakan agama yang di anuti oleh keseluruhan masyarakat Suku Kaum Ida'an sejak dahulu.

Di percayai suku kaum Ida'an telah memeluk Islam seawal tahun 1408 masihi, ini dapat dibuktikan dengan penemuan manuskrip kuno yang menggunakan bahasa Ida'an lama dengan campuran sedikit bahasa Melayu.

Manuskrip berkenaan menerangkan tentang hukum-hukum Islam, ilmu falak dan juga cara-cara menanam padi.

Bahasa Etnik Idahan adalah tergolong dalam Rumpun Bahasa Timur-Laut Sabahan bersama dengan Bahasa Bonggi. Dan ini adalah berbeza dengan bahasa yang dituturi Etnik Dusun, Murut, Tidung dan juga Paitan. Yang digolongkan dalam bahasa Barat Daya Sabahan.

Bahasa Ida'anik merupakan salah satu bahasa asli yang dituturi di Kawasan Pantai Timur Sabah. Bahasa ini dituturi oleh Etnik Ida'an dan juga Etnik Begak, Walaupun mempunyai bahasa yang sama tetapi kedua suku ini mempunyai Dialek yang berbeza.

Keluarga Bahasa :

Austronesia

Austronesian
  • Malayo-Polynesian
    • North Bornean
      • Northeast Sabahan
        • Ida'anik
          • Buludupi
          • Idahan
          • Segaliud
          • Segamo

Perbandingan Dialek Penutur Bahasa Ida'anic iaitu Ida'an, Begak dan Buludupi.

Melayu Ida'an Begak Buludupi
Satu Sa' Sa' Ssa
Dua Duo Duo Duwo
Tiga Tellu Telu Tollu
Empat Ppat Pat Ppat
Lima Limo Limo Limo
Enam Enom Enum Nnom
Tujuh Turu' Turu' Turu'
Lapan Walu Olu Wolu
Sembilan Siwai Siwai Siwai
Sepulu Pulu' Pulu' Polu'

Suku kaum Ida'an dikatakan bersaudara dengan dua suku iaitu Suku Begak dan juga Suku Subpan.

Penempatan

[sunting | sunting sumber]

Penempatan orang-orang Ida'an di Negeri Sabah kini dapat ditemui di tiga buah daerah di Sabah iaitu Daerah Lahad Datu, Daerah Kinabatangan dan juga Daerah Sandakan.

  • DAERAH LAHAD DATU
  1. Kampung Asam
  2. Kampung Bikang
  3. Kampung Binuang
  4. Kampung Busul
  5. Kampung Dewata
  6. Kampung Remong
  7. Kampung Sapadulang
  8. Kampung Sapagaya Hilir
  9. Kampung Sapagaya Hulu
  10. Kampung Sapagaya Tengah
  11. Kampung Segama Lama batu 8
  12. Kampung Segangan 1
  13. Kampung Segangan 2
  14. Kampung Semulung
  15. Kampung Tabanak
  16. Kampung Terusan
  17. Kampung Lung Paku/Gua Tepadung (sudah ditinggalkan)
  18. Kampung Meruap (sudah ditinggalkan)
  19. Kampung Temunung Segamo (sudah ditinggalkan)
  • DAERAH KINABATANGAN
  1. Kampung Abai
  2. Kampung Bilit
  3. Kampung Litang
  4. Kampung Sentosa Jaya
  5. Kampung Sukau
  6. Kampung Dagat (sudah ditinggalkan)
  7. Kampung Melapi (sudah ditinggalkan)
  • DAERAH KUNAK
  1. Kampung Kampung Gua Madai
  2. Kampung Sabahan (sudah ditinggalkan)
  3. Kampung Atas (sudah ditinggalkan)
  4. Kampung Langas (sudah ditinggalkan)
  5. Kampung Napu' Melis/Tingkayu/Baturong (sudah ditinggalkan)
  • DAERAH SANDAKAN
  1. Kampung Hidayat
  2. Kampung Lanut
  3. Kampung Segaliud
  4. Kampung Suan Lamba
  5. Kampung Tandawan (sudah ditinggalkan)
  • DAERAH SEMPORNA
  1. Kampung Gua Tegerung (sudah ditinggalkan)
  2. Kampung Pulau Buta Mata/Timbun Mata (sudah ditinggalkan)
  • DAERAH TAWAU
  1. Kampung Kalumpang (sudah ditinggalkan)
  2. Kampung Kalumpang/Batu Pang (sudah ditinggalkan)
  3. Kampung Sungai Apas (sudah ditinggalkan)

Kegiatan Ekonomi

[sunting | sunting sumber]

Kegiatan ekonomi masyarakat Idahan pada zaman dahulu ada bergantung kepada aktiviti mengutip Sarang Burung, Nelayan, Bercucuk Tanam dan Berburu.

Alatan yang biasa digunakan ketika mengutip Sarang Burung di Gua Gomantong, Sandakan

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]