Pulau Tegaipil
Penampilan
Pulau Tegaipil atau lebih dikenali dengan panggilan Tegaipil sahaja adalah sebuah pulau yang terletak didalam kawasan perairan daerah Beluran, Sabah, Malaysia. Pulau ini juga terletak didalam Kawasan Perlindungan Marin Kepulauan Sugud.Berdasarkan kuasa-kuasa yang diberi kepadanya oleh seksyen 21(1) Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997, Yang di-Pertua Negeri Sabah mengikut nasihat Ketua Menteri Sabah telah dibolehkan untuk mengisytiharkan Pulau Tegaipil sebagai kawasan pemeliharaan hidupan liar negeri bagi kategori hidupan marin dan persekitarannya.
Keterangan berkaitan Pulau Tegaipil adalah seperti berikut:
- Lokasi : Pulau Tegaipil
- Daerah Kepulauan Air : Labuk Sugud
- Deskripsi : Lot Ukur Bil. 08200041
- No. Pelan : L.S.C. 1204-8-2-40
- Luas Kawasan Lebih Kurang : 10 Hektar