Pergi ke kandungan

Pulau Timbun Mata

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Peta Pulau Timbun Mata

Pulau Timbun Mata adalah pulau terbesar di bahagian selatan berdekatan dengan Teluk Darvel (juga dikenali sebagai Teluk Lahad Datu), di Semporna, Sabah, Malaysia. Panjang pulau ini melebihi 26 kilometer dan keluasannya boleh menjangkau kira-kira 10 kilometer. Pulau ini mempunyai struktur bentuk muka bumi bergunung-ganang dan dianggarkan telah berusia lebih dari 2000 tahun, pulau ini dipenuhi dengan hutan kayu yang tebal.

Gunung Tannabalu, merupakan puncak tertinggi di pulau ini dengan ketinggiannya 620 m. Bentuk puncak tertingginya berbentuk konikal (berkon), dan merupakan bekas gunung berapi. Puncak kedua tertinggi adalah Gunung Sedungal, ia terletak dibahagian timur paling hujung pulau. Tinggi gunung ini boleh mencecah 489 m. bahagian selatan pulau pula hanya berpisah dengan tanah besar Borneo iaitu melalui terusan laut yang dikenali sebagai Trusan Sigalong. Ia terletak di koordinat 4°39' N 118°25' E dengan kawasan seluas 114.97 km².


Koordinat: 4°39′N 118°25′E / 4.650°N 118.417°E / 4.650; 118.417