Bahasa Ido
Bahasa Ido | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Ido | |||||||
Dicipta oleh | Delegasi Untuk Mengangkat Sebuah Bahasa Perantaraan Antrabangsa | ||||||
Dicipta pada | 1907 | ||||||
Latar dan penggunaan | Bahasa perantaraan antarabangsa | ||||||
Pengguna | 100-200 (2000) | ||||||
Penggunaan | |||||||
Skrip Latin | |||||||
Sumber | Berdasarkan Esperanto 1894 | ||||||
Status rasmi | |||||||
Dikawal selia oleh | Uniono por la Linguo Internaciona Ido | ||||||
Kod bahasa | |||||||
ISO 639-1 | io | ||||||
ISO 639-2 | ido | ||||||
ISO 639-3 | ido | ||||||
|
Bahasa Ido (sebutan: /idɔ/) ialah sebuah bahasa buatan yang dicipta untuk dijadikan bahasa kedua sejagat bagi penutur-penutur daripada latar belakang bahasa yang berbeza-beza.
Gambaran keseluruhan
[sunting | sunting sumber]Bahasa ini adalah lebih mudah untuk dibelajar berbanding mana-mana satu bahasa etnik. Penciptaannya bertujuan untuk menyamai penggunaan bahasa Inggeris yang merupakan bahasa perantaraan kini, iaitu serupa dengan bahasa Perancis, Latin dan Greek pada zaman yang lebih awal. Berbeza dengan bahasa Inggeris yang merupakan bahasa semula jadi dan kekadang bersifat tidak sekata, Ido direka bentuk khas untuk memastikan ketekalan dari segi tatabahasa, ejaan dan perkamusan. Bahasa itu juga tidak memihak mana-mana satu kaum etnik yang boleh menyebabkan kelebihan daripada kefasihan asli. Oleh itu, Ido telah dikelaskan sebagai sebuah bahasa perantaraan antarabangsa, dan kini mungkin merupakan bahasa buatan yang kedua dari segi bilangan pengguna, selepas Esperanto, pendahulunya.
Ido diperkembangkan pada awal 1900-an, dan mempunyai pengguna yang tidak banyak, dengan kebanyakannya di Eropah. Bahasa ini dicipta oleh L. L. Zamenhof, berdasarkan bahasa Esperanto. Ido muncul buat pertama kali pada tahun 1907 disebabkan oleh keinginan untuk memperbaik kelemahan Esperanto yang dipercayai oleh pendukung Ido sebagai suatu halangan terhadap penyebaran Esperanto sebagai sebuah bahasa kedua yang mudah dibelajar. Banyak lagi projek pembaikan termuncul selepas Ido: contohnya "bahasa Occidental" dan "bahasa Novial" muncul selepas itu tetapi kini telah hilang. Bersama-sama dengan Esperanto dan Interlingua, Ido merupakan salah satu daripada tiga bahasa perantaraan yang mempunyai banyak karya dan penutur.
Nama bahasa Ido mungkin berasal daripada sebutan "I.D." (bahasa Inggeris: International Delegation yang bermaksud "Perwakilan Antarbangsa", sila lihat di bawah) atau perkataan esperantido yang bermaksud "keturunan Esperanto". Ido menggunakan 26 huruf Latin, iaitu serupa dengan bahasa Inggeris tanpa penggunaan tanda diakritik. Walaupun masih sekata dari segi morfologi, Ido sama rupa dengan bahasa-bahasa Romawi dan kekadang disalah anggap sebagai bahasa Itali atau bahasa Sepanyol pada pertama kali pandang. Sebahagian besar bahasa Ido dapat difahami oleh mereka yang pernah belajar bahasa Esperanto, walaupun terdapatnya beberapa perbezaan dalam pembentukan perkataan, tatabahasa dan perkataan fungsi tatabahasa yang menyebabkannya merupakan lebih daripada hanya satu projek pembaikan yang mudah. Ido adalah suatu bahasa tersendiri.
Selepas permulaannya, Ido mencapai sokongan daripada sebahagian komuniti Esperanto (dianggarkan dalam lingkungan 20% [1]), tetapi pada tahun 1914, selepas kematian tiba-tiba Louis Couturat, salah seorang penyokong yang termasyhur, kepopularan bahasa Ido merosot. Terdapat dua sebab untuk kejadian ini:
- kemunculan perpecahan yang lebih lanjut yang disebabkan oleh beberapa projek pembaikan yang bersaingan;
- ketidaksedaran yang umum terhadap bahasa Ido sebagai calon bahasa antarabangsa.
Halangan-halangan ini melemahkan gerakan Ido dan tidaklah sehingga kebangkitan Internet bahawa bahasa ini bermula mendapatkan semula momentum yang dahulunya.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Idea untuk mencipta sebuah bahasa kedua sejagat bukannya satu idea yang baru, dan bahasa-bahasa buatan juga bukan suatu fenomena baru-baru ini. Lingua Ignota yang dicipta oleh St Hildegard dari Bingen pada abad ke-12 merupakan bahasa buatan pertama yang diketahui. Bagaimanapun, tidaklah sehingga abad ke-19 bahawa idea bahasa buatan menjadi popular ketika bahasa Volapuk yang dicipta oleh Johann Martin Schleyer, seorang paderi Katolik Jerman, pada tahun 1879 diterima oleh sejumlah orang yang besar.
Walaupun bahasa Volapuk mencapai kepopularan untuk suatu tempoh dengan beberapa ribu pengguna, bahasa buatan itu kemudian ditenggelam oleh kepopularan bahasa Esperanto yang disebabkan oleh buku Unua Libro, sebuah karya yang dikarang oleh Zamenhof pada tahun 1887. Tatabahasa Esperanto, yang lebih mudah berbanding bahasa Volapuk, menarik hati banyak orang, dan kepopularannya berkembang dengan cepat. Kongres Esperanto yang pertama diadakan pada tahun 1905. Bagaimanapun, sebilangan orang dalam komuniti Esperanto berasa bahawa bahasa itu harus diperbaik sebelum dijadikan sebagai bahasa kedua sejagat yang rasmi.
Pada ketika itulah Conturat membentukkan Perwakilan untuk Pengambilan Bahasa Perantaraan Antarabangsa. Perwakilan ini mengemukakan permohonan rasmi kepada Persatuan Antarabangsa Akademi-akademi di Vienna untuk memilih satu bahasa antarabangsa; permohonan itu ditolak pada bulan Mei 1907. Oleh itu, perwakilan ini memutuskan untuk bertemu sebagai suatu Jawatankuasa di Paris pada Oktober 1907 untuk membincangkan pengambilan satu bahasa antarabangsa piawai antara pesaing-pesaing bahasa buatan yang telah dicipta sehingga masa itu.
Menurut minit Jawatankuasa, mesyuarat itu memutuskan bahawa tiadanya bahasa buatan yang dapat diterima dengan sepenuhnya, tetapi bahasa Esperanto boleh diterima "dengan syarat beberapa pengubahsuaian dibuat oleh Suruhanjaya tetap dalam arah yang ditakrifkan oleh kesimpulan-kesimpulan Laporan Setiausaha-setiausaha (Couturat dan Leopold Leau) dan oleh projek Ido." "Projek Ido" (tanpa nama) kemudian dikatakan dicipta, terutamanya oleh Conturat, dengan sedikit bantuan daripada Louis de Beaufront, wakil Esperanto untuk Jawatankuasa tersebut. Beaufront merupakan seorang penyokong untuk pengubahsuaian bahasa Esperanto sebelum dipilih untuk menyertai Perwakilan itu. "Penukaran"nya kemudian kepada kem Ido adalah tekal dengan pendiriannya yang terdahulu.
Penyokong-penyokong awal Esperanto cenderung menentangi pembaharuan, dan L. L. Zamenhof, pencipta bahasa Esperanto, menurut pendapat mereka. Dengan penuh ironi, beberapa perbaikan yang dibuat oleh Ido merupakan cadangan-cadangan yang pernah dikemukakan oleh Zamenhof dari semasa ke semasa, terutama dalam 1894 apabila beliau mencadangkan:
- penyingkiran huruf-huruf aksen dan kasus akusatif (beliau merujuk kepadanya sebagai "balast berlebihan"[1]);
- penukaran kata nama jamak kepada -i Itali; dan
- penggantian jadual korelasi dengan perkataan Latin (sila lihat Sejarah bahasa Esperanto).
Adat-adat untuk mengekalkan peraturan-peraturan Esperanto yang asas masih dipraktikkan pada hari ini. Pada tahun 1914, Couturat, yang merupakan penyokong Ido yang terutama, mati disebabkan kemalangan kereta. Peristiwa itu, bersama-sama dengan Perang Dunia I, merupakan tamparan yang hebat untuk gerakan Ido. Walaupun gerakan itu dapat pulih sebahagiannya tidak lama selepas Perang Dunia II, gerakan-gerakan bahasa antarabangsa pada keseluruhannya dipecahkan menjadi kumpulan-kumpulan yang bersaingan. Pada tahun 1922, dengan penciptaan bahasa Occidental, sebuah bahasa Eropah terancang, bahasa Ido semakin merosot. Gerakan Ido hilang sebahagian besar terbitan berkalanya pada tahun berikutnya, dan pembelotan Otto Jespersen, seorang ahli bahasa Denmark yang merupakan penyokong intelek yang utama untuk bahasa Ido pada tahun 1928, kelihatan mematikan bahasa Ido.
Beberapa pemerhati mengesan penenggelaman bahasa Ido kepada sifat kacukannya — sebahagian projek perbaikan bahasa Esperanto, dan sebahagian Bahasa Eropah Purata Piawai. Dalam pandangan ini, sewaktu bahasa Ido menjadi jelas bahawa ia tidak akan menggantikan tempat bahasa Esperanto ataupun diterima oleh komuniti Esperanto, banyak penyokong bahasa Ido berpendapat bahawa ciri-ciri Esperanto dalam bahasa Ido adalah beban yang sia-sia, dan mereka berpindah kepada projek-projek yang lebih naturalistik. Mereka yang bersetuju dengan ciri-ciri Esperanto itu kembali semula ke komuniti Esperanto yang lebih besar.
Kemerosotan bahasa Ido menjadi perlahan sejak dekad 1930-an, dan gerakan ini masih merupakan suatu kuasa yang penting dalam bidang interlinguistik sepanjang pembinaan projek Persatuan Bahasa Perantaraan Antarabangsa (International Auxiliary Language Association) (IALA) yang menelan masa yang panjang. Serupa dengan penyokong bahasa Occidental, banyak penyokong bahasa Ido berharap bahawa IALA akan menghasilkan sebuah bahasa yang agak sama denga kesukaan mereka. Malangnya, bahasa Interlingua yang radikal dan naturalistik mengambil bentuk yang lebih jauh daripada bahasa Ido, berbanding bahasa Occidental. Berbeza dengan bahasa Occidental, bahasa Interlingua tidak mendapat banyak penyokong bahasa Ido yang sudi menerima bahasa baru itu. Kewujudan Ido pada tempoh itu dibantu oleh sumber kewangan yang dikumpul sejak masa kegemilangannya (umpamanya, ahli kimia Wilhelm Ostwald telah menderma Hadiah Nobel 1909nya kepada sebuah yayasan Ido).
Bahasa Ido masih mempunyai penutur-penutur yang aktif pada hari ini, dan kemunculan Internet telah mencetuskan pembaharuan minat dalam bahasa itu pada tahun-tahun kebelakangan ini. Anggaran jumlah penuturnya adalah di lingkungan 250 hingga 5,000. Sebagai perbandingan, Esperanto mempunyai sekurang-kurangnya 100,000 (anggaran Sidney S. Culbert sebanyak 1.6 juta orang penutur yang sering disebut, adalah penuh dengan perbalahan).
Jespersen yang hadir pada sepanjang mesyuarat Jawatankuasa yang berlangsung selama sepuluh hari di Paris dan kemudian berkhidmat sebagai sebahagian Suruhanjaya tetap, menulis sebuah rencana mengenai sejarah bahasa Ido.<ruj>Jespersen, Otto. Sejarah Bahasa kita (Ido) di https://www.geocities.com/Forum[pautan mati kekal] Athens//5037/Hist.html - 1912. Terjemahan dalam bahasa Inggeris daripada bahasa Ido boleh didapati di https://web.archive.org/web/19990117055716/https://www.geocities.com/Athens/Forum/5037/OJhist.html</ruj>
Sebilangan penyokong Esperanto telah membidaskan penyokong-penyokong bahasa Ido selama bertahun-tahun. Don Harlow, penyokong bahasa Esperanto, telah menggambarkan pengasas-pengasas Ido sebagai penipu helah yang bersifat berpakat<ruj>Harlow, Don. Bagaimana Membina Sebuah Bahasa, Bab 3.</ruj>. Bagaimanapun, kebanyakan pemihak bahasa Ido memperdebatkan bahawa sejarah Harlow adalah berpolemik dan tidak secocok dengan semua laporan saksi, umpamannya laporan Jespersen. Harlow mendakwa bahawa laporannya adalah berdasarkan bahan-bahan daripada beberapa saksi yang lain, seperti Emile Boirac dan Gaston Moch, serta daripada dokumentasi sumber yang lain (seperti dokumen surat-menyurat Zamenhof dengan Couturat dan orang-orang yang lain pada tempoh itu). Beliau mengatakan bahawa Jespersen tidak dapat membaca surat-surat tersebut.
Komuniti penutur Ido
[sunting | sunting sumber]Kebanyakan penutur Ido mengetahui kewujudan bahasa Ido hanya selepas mengetahui kewujudan bahasa Esperanto, dan oleh itu, peratus bilangan penutur bahasa Ido yang memahami bahasa Esperanto adalah jauh lebih tinggi berbanding yang sebaliknya. Bilangan penutur bahasa Ido terbanyak di dapati di negara Jerman, Perancis, dan Sepanyol.
Sebagaimana dengan semua bahasa buatan, menganggar bilangan penutur bahasa Ido adalah suatu tugas yang amat susah. Tambahan pula, seseorang juga perlu membezakan antara bilangan penutur bahasa Ido dengan penyokong bahasa Ido. Bahasa Ido hampir serupa dengan bahasa Esperanto, dan banyak penutur Esperanto telah mempelajari bahasa Ido hanya kerana ingin tahu tetapi tidak menggunakannya, dan lebih suka menyokong gerakan Esperanto yang lebih terkenal. Dalam sebuah papan buletin bahasa Esperanto tertulis petikan yang merumuskan keadaan ini dengan tepat:
Mi provis Idon antaŭ Esperanto, kaj alvenis konklude: la diferoj estas efike trivialaj, komparite al pli gravaj koncernaĵoj (kiujn mi ne detalos ĉi tie). Pro tio mi elektis subteni Esperanton, kaj ne subteni Idon, kvankam eble mi lernos Idon por hobio. Tamen via id-vortoj estas bone komprenebla al mi, kaj mi uzus Idon, se ne ekzistis tre pli subtenita lingvo.
Saya mencuba bahasa Ido sebelum bahasa Esperanto, dan menyimpulkan bahawa perbezaan antaranya adalah sangat kecil, berbanding dengan perkara-perkara besar yang membimbangkan (saya tidak akan memperincikannya di sini). Disebabkan itu [komuniti penutur dan jumlah bahan-bahan yang lebih besar], saya memilih untuk menyokong bahasa Esperanto dan bukannya bahasa Ido, walaupun saya akan mempelajari bahasa Ido sebagai satu hobi. Bagaimanapun, tulisan anda dalam bahasa Ido [menjawab kepada penutur bahasa Ido] dapat saya memahami, dan saya akan menggunakan bahasa Ido, jika tidak wujudnya suatu bahasa yang mempunyai lebih sokongan.[2]
Adalah mungkin untuk seseorang mencari perbincangan tribahasa seperti jenis ini dalam Internet, iaitu bahasa Inggeris, bahasa Esperanto, dan bahasa Ido, dengan setiap penulis memahami satu sama lain dengan tiada banyak masalah.
Sebilangan penyokong bahasa Esperanto melihat perpecahan bahasa Ido sebagai satu rahmat yang ada baik tak baiknya, dan sebilangan tulisan dalam internet menunjukkan bahawa sesetengah orang berasa gembira sewaktu melihat mereka yang hanya berminat untuk mencipta suatu bahasa yang sempurna dan sentiasa memperbaiknya, meninggalkan bahasa Ido supaya mereka yang tertinggal boleh mengerjakan penggunaan dan promosi bahasa Ido. Daripada jumlah projek reformis-reformis yang berpindah daripada bahasa Ido, tidak banyak yang dapat bertahan selepas kematian penciptanya, dan sejak masa itu, bahasa Ido telah menjadi stabil — adalah selamat untuk mengatakan bahawa walaupun komuniti bahasa Ido bermula sebagai sebuah komuniti reformis bahasa pada awal-awalnya, ini bukan sifatnya lagi.<ruj>Chandler, James. Perubahan dalam Ido selepas 1922, daripada https://www.geocities.com/Forum[pautan mati kekal] Athens//5037/changes.html</ruj>
Satu sampel dari akhir tahun 2005 yang terdiri daripada 24 orang penutur Ido dalam Idolisto, sebuah kumpulan Yahoo!, menunjukkan bahawa 57% daripad mereka telah bermula mempelajari bahasa Ido dalam tempoh tiga tahun yang lepas, 32% dari pertengahan 1990-an hingga 2002, dan 8% sebelumnya.
Kesusasteraan dan terbitan
[sunting | sunting sumber]Ido mempunyai sebilangan terbitan yang boleh dilanggani atau dimuat turun, biasanya secara percuma. Kebanyakan daripada terbitan Ido terdiri daripada bahan-bahan mengenai pelbagai perkara, dengan beberapa halaman mengenai kedudukan gerakan dan berita mengenai perhimpunan yang akan datang.
Progreso ialah alat sebaran rasmi untuk gerakan Ido dan telah diterbitkan sejak permulaan gerakan itu pada tahun 1908. Kuriero Internaciona ialah sebuah majalah bahasa Ido yang diterbitkan di Perancis setiap beberapa bulan sekali mengenai pelbagai topik, manakala Adavane! adalah sebuah majalah yang diterbitkan oleh Persatuan Ido Sepanyol setiap dua bulan mengenai pelbagai topik, termasuk beberapa dozen halaman yang diterjemahkan daripada bahasa-bahasa lain. Tapak-tapak bahasa Ido yang lain juga boleh dijumpai dengan pelbagai cerita, dongeng, atau peribahasa, bersama-sama dengan beberapa buku kitab Bible yang diterjemahkan dalam bahasa Ido pada skala yang kecil. Tapak web, publikaji, mempunyai beberapa podcast dalam bahasa Ido, bersama-sama dengan pelbagai lagu dan bahan rakaman yang lain.
Wikipedia mempunyai edisi bahasa Ido (dikenali sebagai Wikipedio dalam bahasa Ido); sehingga bulan Januari 2006, edisi ini mempunyai melebihi 13,000 buah rencana.
Konvensyen Ido Antarabangsa terkini
[sunting | sunting sumber]- 2006: Berlin, Jerman, 25 orang peserta dari 10 buah negara (Raporto)
- 2005: Toulouse, Perancis, 13 orang peserta dari 4 buah negara (Raporto)
- 2004: Kiev, Ukraine, 17 orang peserta dari 9 buah negara (Raporto)
- 2003: Grossbothen, Jerman, peserta-peserta dari 6 buah negara (Raporto)
- 2002: Kraków, Poland, 14 orang peserta dari 6 buah negara (Raporto)
- 2001: Nürnberg, Jerman, 14 orang peserta dari 5 buah negara (Raporto)
- 1998: Białobrzegi, Poland, 15 orang peserta dari 6 buah negara
- 1997: Bakkum (mun. Castricum), Belanda, 19 orang peserta dari 7 buah negara
- 1995: Elsnigk, Jerman
- 1991: Ostend, Belgium, 21 orang peserta
- 1980: Namur, Belgium, 35 orang peserta
- 1960: Zürich, Switzerland, k.k. 50 orang peserta
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan dan nota
[sunting | sunting sumber]- L. Couturat, L. Leau. Delegation pour l'adoption d'une Langue auxiliare internationale (15-24 October 1907). Coulommiers: Imprimerie Paul Brodard, 1907
- ^ Ido-movado. (2005, novembro 15). Vikipedio, La Libera Enciklopedio. Dicapai pada pukul 19:04, novembro 28, 2005 from https://eo.wikipedia.org/w/index.php?title=Ido-movado&oldid=321224.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]
| ||
[[wikibooks:|]] Wikibooks mempunyai maklumat lanjut mengenai:
|
Gambaran keseluruhan dan jawapan untuk soalan-soalan biasa
[sunting | sunting sumber]Sejarah dan pendapat-pendapat mengenai Ido
[sunting | sunting sumber]- Sejarah Otto Jespersen mengenai Ido
- Lagi sebuah forum mengenai sejarah Ido
- "Laporan Emile Boirac kepada Kongres Esperanto, 1908" Diarkibkan 2002-05-14 di Wayback Machine mengenai pengalamannya sebagai sebahagian Jawatankuasa Perwakilan
- "Kebenaran tentang Perwakilan pada 1907" oleh Léopold Leau, suatu pematahan terhadap kritikan mengenai peristiwa-peristiwa Perwakilan, berdasarkan pengalamannya sendiri sebagai salah seorang ahli Perwakilan.
- "Bagaimana Membina Sebuah Bahasa", sebuah bahagian rencana mengenai bahasa Ido Diarkibkan 2012-02-04 di Wayback Machine, dan "Ido: Permulaan" Diarkibkan 2002-06-27 di Wayback Machine oleh Don Harlow
- Ido-Pagino da Ailanto - Perbincangan mengenai bahasa Ido, pautan-pautan ke tapak web, pertubuhan, senarai mel, kursus, kamus, tatabahasa, dll.
- Rangka tindakan untuk Babel: Ido Diarkibkan 2005-06-20 di Wayback Machine - Ulasan dan ringkasan tatabahasa Ido, dengan daftar istilah dan pautan-pautan.
Halaman dalam bahasa Ido dan tempat untuk membelajarinya
[sunting | sunting sumber]- 'Idolisto' di Kumpulan Yahoo! dan senarai forum dalam bahasa yang lain, serta untuk tema yang lebih kursus
- Wiktionary Ido
- Kompleta Gramatiko Detaloza di la Linguo Internaciona Ido (PDF), dalam HTML Diarkibkan 2005-06-15 di Wayback Machine, dan dalam HTML juga
- "Ido untuk Semua", sebuah kursus untuk penutur bahasa Inggeris, boleh didapati di sini dan di sini juga. Fail MP3 untuk Pelajaran 1 - 7 boleh didapati di sini Diarkibkan 2005-11-24 di Wayback Machine.
- Fail MP3 juga boleh didapati di Radio Idia Internaciona. Banyak podcast menonjolkan kandungan daripada majalah Adavane!.
- Senarai tapak dalam bahasa Ido yang lebih besar, dan mengenai bahasa Ido dalam 33 bahasa yang lain boleh didapati di Wikipedia Ido.
- Ekofin Diarkibkan 2011-07-08 di Wayback Machine, log web yang membincangkan ekonomi dan kewangan. Disertasi tahun keempat Diarkibkan 2006-04-05 di Wayback Machine mengenai pengaruh-pengaruh perhubungan perbankan terhadap persaingan dalam sektor bank, dalam bahasa Ido oleh pengarang yang sama
- Dyer Projek Pentranskripsian Kamus Diarkibkan 2006-04-20 di Wayback Machine - sebuah projek untuk mentranskripsikan seluruh Kamus bahasa Ido-bahasa Inggeris/bahasa Inggeris-bahasa Ido Dyer dalam talian, dengan 521 daripada 800 halaman telah siap
- Kamus bahasa Ido-bahasa Inggeris Webster
Ido | |
---|---|
Bahasa: |
Tatabahasa | Fonologi | Kesatuan | Bahasa Ido lawan Bahasa Esperanto |
Sejarah: |
Beaufront | Couturat | Jespersen | Bahasa Esperanto dan Bahasa Ido |
Berkaitan: | |
Wikimedia: |