1997
Penampilan
- Rencana ini adalah berkenaan dengan tahun 1997. Bagi kegunaan lain, sila lihat 1997 (nombor).
Milenium: | milenium ke-2 |
---|---|
Abad: | |
Dekad: | |
Tahun: |
1997 merupakan tahun biasa yang bermula pada hari Rabu. Ia berlangsung dari 21 Syaaban 1417 hingga 1 Syawal 1418.
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]Januari
[sunting | sunting sumber]- 1 Januari: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ditubuhkan.
Februari
[sunting | sunting sumber]- 22 Februari: Saintis di Scotland mengumumkan kejayaan mereka mengklon sebuah biri-biri yang diberi nama Dolly.
Mac
[sunting | sunting sumber]- 12 Mac : Menteri Kanan Singapura Lee Kuan Yew memohon maaf kepada Malaysia kerana beliau menuduh Johor sebagai negeri yang terkenal dengan kejadian tembak menembak, menyamun dan merampas kereta.
April
[sunting | sunting sumber]- 2 April : Sebuah pesawat Boeing 777-200 milik Penerbangan Malaysia memecah rekod Pusingan Besar Tanpa Mendarat untuk pesawat penumpang dengan terbang ke timur dari Boeing Field, Seattle ke Kuala Lumpur, Malaysia.
- 3 April: Penukaran nama Universiti Pertanian Malaysia kepada Universiti Putra Malaysia.
Mei
[sunting | sunting sumber]- 1 Mei: Parti Buruh UK berjaya memenangi pilihan raya di UK selepas 18 tahun.
- 11 Mei: Komputer Deep Blue IBM akhirnya berjaya mengalahkan Gary Kasparov, kali pertama sebuah komputer berjaya mengalahkan manusia dalam perlawanan catur.
Julai
[sunting | sunting sumber]- Julai: Krisis Kewangan Asia bermula di Thailand.
- 1 Julai: United Kingdom menyerahkan kembali Hong Kong kepada republik Rakyat China.
Ogos
[sunting | sunting sumber]- 31 Ogos:
- Puteri Diana terlibat dengan kemalangan di Paris, dan disahkan mati di hospital keesokan paginya.
- Jalur Gemilang diisytiharkan sebagai nama rasmi bendera Malaysia.
Tarikh tepat tidak pasti
[sunting | sunting sumber]- Mac: Pasukan Tindakan Kecemasan Komputer Malaysia (MyCERT) diasaskan.
- Julai: Makmal Kaspersky, sebuah syarikat keselamatan komputer, diasaskan bersama oleh Eugene Kaspersky, Natalia Kasperskaya, dan Vitaly Bezrodnykh.
- Julai: Perisian anti-virus Kaspersky diterbitkan oleh Makmal Kaspersky.
- Bas EISA, versi ISA terluas16-bit, diisytiharkan oleh Microsoft sebagai subsistem "warisan" dalam kertas putih industri PC 97.
- Cakera Muzik 5.1, pendahulu DVD Audio, diperkenalkan dan merupakan cakera padat audio yang mengandungi muzik dalam format bunyi pekeliling.
- AGP diperkenalkan oleh Intel sebagai suatu penyelesaian pemecutan video yang khusus.
- PHP 3 dicipta oleh Andi Gutmans dan Zeev Suraski. Versi mereka itu merupakan titik peralihan untuk bahasa pengaturcaraan PHP yang kini menguasai 20 juta tapak web dan mempunyai melebihi 4.5 juta pengikut pembangun.
- Virus Bliss, suatu virus untuk Linux, diterbitkan.
Kelahiran
[sunting | sunting sumber]- 6 Januari - Faa Zaini, penyanyi dan pelakon wanita Malaysia
- 18 Januari - Rimar Callista, penyanyi dan pelakon Indonesia.
- 12 April - Zahra Damariva, penyanyi, penulis lagu, dan pelakon wanita Indonesia
- 16 Mei - Indah Permatasari, pelakon wanita Indonesia.
- 12 Jun - Haris Halim, penyanyi dan pelakon lelaki Malaysia
- 18 Julai - Hari Putra, penyanyi, model, dan pelakon lelaki Indonesia
- 27 Julai - Aryan Naim, pelakon lelaki Malaysia
- 29 Julai - Axel Matthew Thomas, pelakon lelaki Indonesia.
- 2 Ogos - Firdaus Rahmat, penyanyi dan pelakon lelaki Malaysia
- 20 Ogos - Valentino Peter, pelakon lelaki Indonesia.
- 1 September - Ahmad Al Ghazali, pelakon, DJ, dan penyanyi lelaki Indonesia.
- 15 Oktober - Nadya Arina, pelakon wanita Indonesia.
- 27 Oktober - Ahmed Rebai, penyanyi dan pelakon lelaki Tunisia.