Puck (bulan)
Penemuan | |
---|---|
Ditemui oleh | Stephen P. Synnott / Voyager 2 |
Tarikh penemuan | 30 Disember 1985 |
Ciri-ciri orbit | |
Purata jejari orbit | 86,004.444 ± 0.064 km[1] |
Kesipian | 0.00012 ± 0.000061[1] |
Tempoh orbit | 0.76183287 ± 0.000000014 d[1] |
Kecondongan | 0.31921 ± 0.021° (kepada khatulistiwa Uranus)[1] |
Satelit bagi | Uranus |
Ciri-ciri fizikal | |
Min jejari | 81 ± 2 km[2] |
Luas permukaan | ~82,400 km² [a] |
Isi padu | ~2,225,000 km³ [a] |
Jisim | ~2.9 × 1018 kg[a] |
Min ketumpatan | ~1.3 g/cm³ (anggapan) |
Graviti permukaan khatulistiwa | 0.028 m/s² [a] |
Halaju lepas | 0.069 km/s [a] |
Tempoh putaran | segerak[2] |
Kecondongan paksi | 0[2] |
Albedo |
|
Magnitud ketara | 20.5 [4] |
sunting |
Puck adaalah sebuah bulan dalaman Uranus yang ditemui pada 30 Disember 1985 oleh kuar angkasa Voyager 2.[5] Nama Puck dipercayai dipetik dari nama seorang watak karya Shakespeare, seperti mana bulan-bulan Uranus yang lain. Orbit Puck terletak di antara gelang-gelang Uranus dan bulan besar pertama Uranus iaitu Miranda. Puck berbentuk sfera lebih kurang dengan diameter 162 km.[2] Permukaannya gelap-gelita dan penuh dengan kawah yang menunjukkan tanda-tanda air beku.[6]
Ciri-ciri fizikal
[sunting | sunting sumber]Puck adalah bulan dalaman terbesar Uranus yang mengorbit di dalam orbit Miranda. Besarnya adalah antara Portia (bulan dalamam kedua terbesar) dan Miranda (bulan utama terkecil). Orbit Puck terletak di antara gelang-gelang Uranus dan Miranda. Tidak banyak yang diketahui tentang Puck selain orbitnya,[1] jejarinya yang sekitar 81 km,[2] dan albedo geomteri dalam cahaya nampak kira-kira 0.11.[3]
Daripada bulan-bulan yang ditemui oleh pasukan pengimejan Voyager 2, hanya Puck yang ditemui seawal-awalnya supaya kuar boleh diprogramkan untuk mengimejkannya dengan secukup butiran.[5] Imej-imejnya menunjukkan bahawa Puck mempunyai bentuk sferoid yang sedikit lonjong (nisbah antara paksi adalah 0.97 ± 0.04).[2] Permukaannya lebat dengan kawah[4] dan berwarna kelabu.[2] Terdapat tiga kawah yang bernama pada permukaan Puck, yang mana yang paling besarnya berdiameter sekitar 45 km.[5] Pemerhatian dengan Teleskop Angkasa Hubble serta teleskop-teleskop bumian besar menemui ciri-ciri penyerapan air batu di dalam spektrum Puck.[3][6]
Tidak banyak yang diketahui tentang struktur dalaman Puck yang mungkin diperbuat daripada campuran air batu dengan bahan gelap yang serupa dengan yang ditemui pada gelang-gelang Uranus.[6] Bahan gelap ini mungkin diperbuat daripada batu-batan atau bahan-bahan organik prosesan radiasi. Ketiadaan kawah bersinar terang membayangkan bahawa Puck tidak dibezakan, iaitu komponen ais dan bukan ais tidak terasing untuk membentuk teras dan mantel.[5]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- Nota penjelasan
- Petikan
- ^ a b c d e Jacobson 1998.
- ^ a b c d e f g Karkoschka, Voyager 2001.
- ^ a b c Karkoschka, Hubble 2001.
- ^ a b Thomas Veverka et al. 1987.
- ^ a b c d Smith Soderblom et al. 1986.
- ^ a b c Dumas Smith et al. 2003.
- Sumber
- doi: 10.1086/300263
Petikan ini akan disiapkan secara automatik dalam beberapa minit. Anda boleh memotong barisan atau mengembangkannya sendiri - doi: 10.1006/icar.2001.6597
Petikan ini akan disiapkan secara automatik dalam beberapa minit. Anda boleh memotong barisan atau mengembangkannya sendiri - doi: 10.1006/icar.2001.6596
Petikan ini akan disiapkan secara automatik dalam beberapa minit. Anda boleh memotong barisan atau mengembangkannya sendiri - doi: 10.1016/0019-1035(87)90121-7
Petikan ini akan disiapkan secara automatik dalam beberapa minit. Anda boleh memotong barisan atau mengembangkannya sendiri - doi: 10.1126/science.233.4759.43
Petikan ini akan disiapkan secara automatik dalam beberapa minit. Anda boleh memotong barisan atau mengembangkannya sendiri - doi: 10.1086/375909
Petikan ini akan disiapkan secara automatik dalam beberapa minit. Anda boleh memotong barisan atau mengembangkannya sendiri - Marsden, Brian G. (January 16, 1986). "Satellites of Uranus and Neptune". IAU Circular. 4159. Dicapai pada 2012-01-24.
- USGS/IAU (July 21, 2006). "Planet and Satellite Names and Discoverers". Gazetteer of Planetary Nomenclature. USGS Astrogeology. Dicapai pada 2012-01-24.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Puck (bulan) |
- Puck Profile Diarkibkan 2011-09-27 di Wayback Machine by NASA's Solar System Exploration
- Page that includes a reprocessed version of the Voyager Puck image Diarkibkan 2007-10-04 di Wayback Machine
Templat:Moons of Uranus Templat:Solar System moons (compact)