Pergi ke kandungan

Kecondongan paksi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Untuk memahami kecondongan paksi, anggaplah solenoid biru dalam petua tangan kanan ini sebagai paksi putaran Bumi, arah lawan jam medan magnet sebagai 'satah orbit' Bumi dan arah ibu jari ke arah kutub utara Bumi. Dalam rajah ini, 'kecondongan paksi' adalah sifar darjah kerana paksi putaran itu serenjang dengan satah orbit. Jika solenoid biru (paksi putaran) ini condong sedangkan satah orbit kekal tegak, maka inilah kecondongan paksi planet atau jasad samawi berkenaan.

Dalam bidang astronomi, kecondongan paksi merupakan sudut di antara paksi putaran sesebuah objek, dan garis yang serenjang dengan satah orbitnya. Ia berbeza dengan kecondongan orbit.

Untuk mengukur kecondongan aksi, gunakan petua tangan kanan untuk putaran dan pergerakan orbit sekali, iaitu: garis dari bucu di pusat objek ke kutub utara (di atas mana objek kelihatan berputar melawan arah jam); dan garis yang dilukiskan dari bucu itu pada arah normal ke satah orbitnya, (di atas mana objek bergerak melawan arah jam pada orbitnya). Pada sifar darjah, garis-garis ini menunjuk ke arah yang sama.

Kecondongan paksi planet Zuhrah adalah 177.3° kerana ia berputar secara songsang dengan planet-planet lain seperti Bumi. Kutub utara Zuhrah menunjuk ke 'arah bawah' (iaitu arah selatan kita). Planet Uranus berputar sambil 'berbaring', yang mana paksi putarannya, yakni kutub utaranya, menunjuk lebih kurang ke arah orbitnya di keliling Matahari. Oleh itu, kecondongan paksi Uranus ialah 97°.[1]

Sepanjang perjalanan mengikut orbit, biarpun sudut kecondongan paksi tidak berubah, namun orientasi kecondongan paksi sesebuah planet melengkapi pusingan 360 darjah (satu kitaran lengkap di keliling Matahari) secara nisbi dengan garis antara planet dan Matahari, maka jadinya perubahan musim di Bumi.

Kecondongan

[sunting | sunting sumber]
Kecondongan paksi bumi ialah 23.44°.[2]

Dalam sistem suria, satah orbit Bumi dipanggil satah ekliptik, maka kecondongan paksi Bumi secara rasmi dipanggil kecondongan ekliptik dan dilambangkan oleh huruf Yunani ε.

Kecondongan paksi Bumi kini berada pada 23.5°.[2] Paksi ini kekal condong ke arah yang sama ke arah bintang-bintang sepanjang tahun; ertinya, apabila satu hemisfera (separuh utara atau selatan bumi) menunjuk lawan arah Matahari pada satu titik di orbit, maka setelah menjalani separuh orbit (setengah tahun kemudian), hemisfera ini menunjuk ke arah Matahari. Kesan inilah yang menjadi punca utama perubahan musim. Hemisfera mana yang kini mencondong ke arah Matahari pasti mengalami waktu siang yang lebih lama hari demi hari, maka cahaya matahari pada waktu tengahari juga menyinari bumi pada sudut yang paling dekat dengan garis tegak, oleh itu menyampaikan lebih banyak tenaga seunit keluasan permukaan.

Kecondongan yang lebih rendah menyebabkan kawasan kutub kurang mengalami perbezaan sinaran matahari antara musim, maka menimbulkan keadaan yang sesuai sekali untuk pengglasieran. Seperti perubahan dalam liukan dan kesipian, perubahan pada kecondongan ini mempengaruhi kekuatan nisbi sesama musim, tetapi kesan-kesan kitaran kecondongan ini paling ketara di kawasan-kawasan arah tinggi di mana bermula zaman-zaman air batu.[3] Kecondongan merupakan faktor utama dalam perbuahan glasier/antara glasier (rujuk kitaran Milankovitch).

Kecondongan paksi objek-objek terpilih dalam sistem suria

[sunting | sunting sumber]
Objek Kecondongan paksi (°) Kecondongan paksi (radian)
Matahari 7.25 0.1265
Utarid 0.0352 0.000614
Zuhrah 177.4 3.096
Bumi 23.44 0.4091
Bulan 6.688 0.1167
Marikh 25.19 0.4396
Ceres ~4 ~0.07
Pallas ~60 ~1
Musytari 3.13 0.0546
Zuhal 26.73 0.4665
Uranus 97.77 1.7064
Neptun 28.32 0.4943
Pluto 119.61 2.0876

† Kecondongan pada orbitnya dalam sistem Bumi-Bulan. Kecondongan Moon adalah 1.5424° (0.02692 radian) kepada ekliptik

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ https://nssdc.gsfc.nasa.gov/planetary/factsheet/planetfact_notes.html
  2. ^ a b Staff (2007-08-07). "Useful Constants". International Earth Rotation and Reference Systems Service (IERS). Dicapai pada 2008-09-23.
  3. ^ Paleo Slide Sets