Pergi ke kandungan

Osiris

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Osiris
Usir
Osiris bermakhota atef sambil memegang tongkat dan pengirik sakti (heka hena nekhakha).[1]
Nama dalam hieroglif
Q1
D4
A40
Pusat kultus utamaBusiris, Abydos
SimbolTongkat berkelok dan kayu penebah, mahkota Atef, bulu burung unta, ikan, kain kasa mumia, dan simbol djed
Maklumat peribadi
Ibu bapaGeb dan Nut
Adik-beradikIsis, Set, Nephthys, dan Horus si Tua
PasanganIsis
AnakHorus, Anubis (dalam beberapa laporan)

Osiris atau juga dikenali sebagai Usir,[2] (bahasa Mesir: wsjr, Bahasa Qibti: ⲟⲩⲥⲓⲣⲉ)[3][4] ialah dewa kesuburan, pertanian, kehidupan dan kematian, alam baqa dan kebangkitan semula dalam kepercayaan tamadun Mesir Purba. Dia kononnya abang kepada Set kedua-dua mereka putera kepada Geb[5] dan Nut; dia diisterikan dengan Isis di mana hubungan mereka berdua melahirkan dewa Horus.[5] Segala hubungan mengenai dewa ini dibutirkan dalam mitos Osiris diterangkan secara terperinci dari pelbagai sumber utama seperti Manuskrip Piramid zaman Dinasti Kelima, Batu Shabaka sampailah sejauh catatan ditulis para sejarawan Yunani seperti Ploutarkhos[6] dan Diodorus Siculus.[7]

Para firaun yang mangkat dipercayai akan disatukan roh dengan Osiris lalu akan mendapat keabadian.[8] Osiris juga dikaitkan kuat dengan kitaran banjir sungai Nil yang memainkan peranan penting dalam menampung hidup ketamadunan ini selain naiknya bintang-bintang Belantik and Kalb pada awal takwim mereka.[9] Dewa ini sering disembah sehingga tersebarnya agama Kristian di tanah Mesir serta meluasnya pengaruh ajaran ini dalam Empayar Rom.[10][11]

Kepala dewa Osiris, ~595-525 SM. Muzium Brooklyn

Osiris datang daripada transliterasi Rumi yang menyerap perkataan Yunani Purba, iaitu Ὄσιρις IPA: [ó.siː.ris], yang pula datang daripada bahasa Mesir purba. Hieroglif Mesir tulis nama Osiris sebagai wsjr, dan ahli kaji Mesir purba transliterasikan kepada ꜣsjr atau jsjrj. Oleh kerana hieroglif tidak mempunyai huruf vokal, ahli bidang egiptologi telah menyebut namanya dengan pelbagai cara, seperti Asar, Ausar, Ausir, Wesir, Usir, atau Usire.

Osiris dengan mahkota Atef daripada gangsa di Muzium Naturhistorisches (Vienna)

Penggambaran

[sunting | sunting sumber]

Osiris digambarkan memakai mahkota Atef, yang rupanya mirip mahkota Putih Mesir Hulu, tetapi dengan dua bulu unta di tepi. Dia juga memegang sebatang tongkat berkelok dan sebatang penebah. Tongkat berkelok melambangkan Osiris sebagai dewa pengembala. Lambang penebah pula tidak ditentukan kegunaannya, ada yang cadangkan untuk tebah biri-biri, menebah lalat, atau menunjukkan kaitan dengan dewa Andjeti dari nomos (wilayah) kesembilan Mesir Hilir.[12]

Dia sering digambarkan sebagai seorang firaun dengan kulit hijau (warna kelahiran semula) atau hitam (melambangkan kesuburan dari dataran banjir sungai Nil) sambil memakai kain mumia (memakai ia dari dada hingga hujung kaki).[13]

Penceritaan

[sunting | sunting sumber]

Teks Piramid menjelaskan yang dahulu kala, alam ghaib hanyalah merentas angkasa dengan dewa suria. Dalam salah satu teks seperti ini, yang berasal dari wangsa ke-4, ada tertulis: "Sebuah persembahan raja berikan dan Anubis". Pada penghujung wangsa ke-5, semua catatan seperti ini hanya tulis "Sebuah persembahan raja berikan dan Osiris".[14]

Bapa kepada Horus

[sunting | sunting sumber]
Osiris, Anubis, dan Horus. Lakaran di sebuah dinding makam di Horemheb (KV57).

Osiris ialah bapa kandung kepada Horus dan kisahnya diceritakan dalam kisah Osiris (sebuah kisah yang sangat diketahui ramai di Mesir purba). Kisah mengatakan bahawa Osiris telah dibunuh oleh saudaranya sendiri, Set, yang mahukan takhta Osiris. Isterinya Isis jumpa mayat Osiris dan sorokkannya di semak mensiang, namun mayatnya tetap dijumpai Set dan dikerat menjadi 14 bahagian lalu disebarkan. Isis temukan semua bahagian dan cantumkan badan Osiris, dan hidupkan dia semula menggunakan mantera. Dengan mantera ini, Isis dapat jumpa dia sekali lagi dan berjaya dihamilkan Osiris sebelum dia mati. Isis akhirnya berputerakan Horus. Oleh sebab Horus dilahirkan selepas kebangkitan Osiris, Horus melambangkan pemulaan baharu dan pengusir Set.

Ptah-Seker (penggabungan dewa Ptah dan Seker) akhirnya digabungkan dengan Osiris, menjadi Ptah-Seker-Osiris. Apabila malam, matahari dianggap akan duduk di alam ghaib dan akan dilahir semula setiap pagi. Maka, Ptah-Seker-Osiris dianggap sebagai pemerintah alam kubur; dewa alam ghaib, kehidupan, kematian dan kelahiran semula.

Dewa bebiri

[sunting | sunting sumber]

Jiwa Osiris, dipanggil Ba, kadangkala disembah juga seperti dewanya sendiri di bandar Mendes. Sukma Osiris ini dipanggil Banebdjedet, dan ialah sebuah perkataan feminin (juga dieja "Banebded" atau "Banebdjed"), secara harafiahnya ia bermaksud "ba kepada tuan djed, dan bermaksud Jiwa kepada tuan tiang kesinambungan. Djed, sejenis tiang, biasanya dianggap sebagai tulang belakang Osiris.

Sungai Nil yang membekalkan air, dan Osiris (yang disembah sebagai dewa tumbuhan) yang mati kemudian dibangkitkan, melambangkan kesinambungan dan keseimbangan. Sebagai Banebdjed, Osiris diberi gelaran seperti Tuan Langit dan Nyawa Ra (dewa suria) kerana apabila Ra dipanggil Atum, dia menjadi datuk moyang Osiris, dan takhta Osiris turun daripadanya. Ba bukanlah bulat-bulat bermakna "roh" seperti kita fahamkan, dan sebaliknya juga bermaksud kuasa, darjat dan perwatakan, lebih-lebih lagi berkenaan hal dewa-dewi.

Oleh sebab ba dikaitkan dengan kuasa dan juga bermaksud biri-biri dalam bahasa Mesir, Banebdjed digambarkan sebagai seekor biri-biri jantan, ataupun berkepala biri-biri. Seekor biri-biri hidup ada pernah dijaga di Mendes dan disembah sebagai dewa, dan apabila ia mati biri-biri tersebut akan dimumiakan dan dikebumikan di sebuah perkuburan khas untuk biri-biri. Banebdjed juga dianggap sebagai bapa Horus kerana Banebdjed ialah sebahagian daripada Osiris.

Osiris juga memegang tongkat berkelok dan penebah, yang digunakan untuk mengembala biri-biri, seperti kabilah-kabilah Mesir yang mengembala biri-biri di hulu sungai Nil. Tongkat berkelok dan penebah asalnya ialah simbol kepada dewa pertanian bernama Andjety, dan kemudian ditukarkan kepada Osiris. Daripada Osiris pula kuasa ini dihulurkan kepada firaun-firaun Mesir sebagai pemegang kuasa ketuhanan.

Kisah Osiris

[sunting | sunting sumber]
Keluarga Osiris. Osiris berada di atas tiang batu lazuardi di tengah, diapit Horus (kiri) dan Isis (kanan). Dari wangsa ke-22, Louvre, Paris.

Ploutarkhos ada catat satu versi kisah Osiris di mana Set dan Ratu Habsyah bersekongkol dengan 72 rakan subahat untuk bunuh Osiris.[15] Set tipu Osiris untuk masuk sebuah peti lalu menutup ia, tampal ia dengan plumbum kemudian mencampak ia ke sungai Nil. Isis pergi merata untuk cari mayatnya sehinggalah dia jumpa petinya yang diselubung sebatang pokok araz, yang dijadikan tiang sebuah mahligai di Byblos di persisiran Phoenicia. Isis akhirnya dapat keluarkan peti tersebut dan selamatkan suaminya.

Dalam penceritaan lain, Isis ada gunakan mantera untuk hidupkan Osiris buat masa yang singkat supaya dia dapat hamilkan Isis. Selepas mengawetkan dan mengebumikan Osiris, Isis berputerakan Horus. Dengan itu Osiris menjadi dewa alam ghaib. Kematian dan kehidupan semula Osiris dikaitkan dengan sungai Nil yang membanjir dan menyurut, dan tanaman yang hidup dan mati di lembah Nil.

Diodorus Siculus pula ceritakan Osiris ialah raja zaman dahulu yang mengajar orang Mesir cara-cara peradaban, seperti bercucuk tanam, kemudian dia meneroka dunia dengan kakaknya Isis, satir-satir, dan sembilan dewi seni, kemudian pulang ke Mesir. Osiris lalu dibunuh Tifon, yang asalnya Set. Tifon kerat badannya kepada 26 bahagian, dan berikan kepada rakan subahatnya untuk jerat mereka sekali dalam pembunuhan ini. Isis dan Hercules (Horus) tuntut kematian Osiris dan bunuh Tifon. Isis temukan semua bahagian Osiris kecuali zakarnya, dan tanamb ahagian-bahagian tersebut secara diam-diam. Isis buatkan replika dan edarkan semua ke beberapa tempat, yang kemudian menjadi tempat pemujaan Osiris.[16][17]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "Egyptian Mythology - Osiris Cult". www.touregypt.net (dalam bahasa Rusia). Dicapai pada 26 Oktober 2018.
  2. ^ Napoli, Donna J., & Balit, Christina (2013). Treasury of Egyptian mythology: Classic stories of gods, goddesses, monsters & mortals. Washington, D.C: National Geographic Kids.
  3. ^ "Coptic Dictionary Online". corpling.uis.georgetown.edu. Dicapai pada 2017-03-17.
  4. ^ Allen, James P. (2010). Middle Egyptian: An Introduction to the Language and Culture of Hieroglyphs (dalam bahasa Inggeris). Cambridge University Press. ISBN 9781139486354.
  5. ^ a b Wilkinson, Richard H. (2003). The Complete Gods and Goddesses of Ancient Egypt. London: Thames & Hudson. m/s. 105. ISBN 978-0-500-05120-7.CS1 maint: ref=harv (link)
  6. ^ "Isis and Osiris", Plutarch, translated by Frank Cole Babbitt, 1936, vol. 5 Loeb Classical Library. Penelope.uchicago.edu[pautan mati kekal]
  7. ^ "The Historical Library of Diodorus Siculus", vol. 1, translated by G. Booth, 1814.
  8. ^ "Man, Myth and Magic", Osiris, vol. 5, pp. 2087–2088, S.G.F. Brandon, BPC Publishing, 1971.
  9. ^ Donald B. Redford, penyunting (2003). The Oxford Guide: Essential Guide to Egyptian Mythology. Berkley. m/s. 302–307. ISBN 0-425-19096-X.
  10. ^ "Catholic Encyclopedia: Theodosius I". Newadvent.org. 1912-07-01. Dicapai pada 2012-05-01.
  11. ^ "History of the Later Roman Empire from the Death of Theodosius I. to the Death of Justinian", The Suppression of Paganism – ch22, p. 371, John Bagnell Bury, Courier Dover Publications, 1958, ISBN 0-486-20399-9
  12. ^ The Oxford Guide: Essential Guide to Egyptian Mythology (Disunting oleh Donald B. Redford). Berkley (2003). m/s 302–307. ISBN 0-425-19096-X.
  13. ^ Collier, M. & Manley, B. (1998). How to Read Egyptian Hieroglyphs. Percetakan Muzium British. m/s 42. ISBN 0-7141-1910-5.
  14. ^ Roth, Ann M. (Musim bunga 1998). "Architecture of the Afterlife: Understanding Egypt's pyramid tombs". Archaeology Odyssey.
  15. ^ Plutarch's Moralia, On Isis and Osiris, bab 12. 1874. Dicapai 17 Jun 2019.
  16. ^ Brandon, S.G.F. (tiada tarikh). "Osiris". Man, Myth & Magic (Jilid 5, P2088). BPC Publishing.
  17. ^ Diodorus, S. (1814). The Historical Library of Diodorus Siculus (terjemahan George Booth). Dicapai 17 June 2019.