Apedemak
Apedemak | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Dewa Singa Perang Nubia | |||||||
Nama dalam hieroglif |
Apedemak Jprmk | ||||||
Pusat kultus utama | Kuil Singa, Naqa | ||||||
Pasangan | Amesemi | ||||||
Equivalents | |||||||
Kesetaraan Rom | Jupiter | ||||||
Kesetaraan Bakongo | Nzambi | ||||||
Kesetaraan Mesir | Amun |
Apedemak atau Apademak (Jawi: اڤدماک ; Bahasa Meroitik: 𐦠𐦧𐦡𐦷𐦡𐦨𐦲 kemungkinan besar dahulu disebut Abedemak kerana bunyi /p/ tidak wujud dalam bahasa Meruwi[1]) merupakan dewa tertinggi dalam agama Kush purba. Apedemak seorang dewa perang yang dipuja oleh orang Meruwi di Kush dahulu. Sebagai dewa perang, Apedemak menjadi lambang kuasa tentera, penaklukan, dan empayar orang Meruwi. Tiada dewa yang menyerupainya dalam agama Mesir.[2] Apedemak juga dikait rapat dengan Amun, dewa Mesir yang disokong oleh kerajaan semasa zaman Napata sebelumnya, dan dipercayai sama taraf kepentingannya.
Asal usul
[sunting | sunting sumber]Kerana hiasan singa asalnya digunakan untuk pengebumian individu-individu yang sangat dihormati, mungkin imej-imej singa Kerma awal ini kemudian menjadi Apedemak. Walau bagaimanapun, sama ada orang Kerma memujanya sebagai dewa dengan kuil khas, seperti lewat dalam zaman Napata dan Meroitik, atau jika mereka simbol-simbol daripada legenda, adat lisan, atau cerita rakyat.
Kebanyakannya Apedemak muncul semasa Zaman Meroitik. Kemungkinan terdapat dewa pendahulu sebelum Apedemak dan dewa itu berasal daripada mitologi budaya Kerma, yang mana singa banyak digunakan dalam seni dan rekaan azimat. Digambarkan dalam gaya separa manusia, Apedemak nampaknya dipuja mengikut adat animisme, berbeza dengan gaya politeisme dalam budaya-budaya di sungai Nil yang lain.[perlu rujukan]
Walau bagaimanapun, sekurang-kurangnya pada kurun ke-3 SM, Apedemak muka menjadi dewa penting bagi penduduk Nubia Hilir.[3] Banyak kuil Apedemak tertumpu di kawasan Butana, di selatan ibu kota Meruwi. Tempat pemujaannya tiada di kawasan yang lebih utara menunjukkan dia berasal dari selatan.[4]
Galeri
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "The Meroitic Language and Writing System".
- ^ The Ancient World : Extraordinary People in Extraordinary Societies. Michael Shally-Jensen. Ipswich, Mass.: Salem Press. 2017. ISBN 978-1-68217-190-5. OCLC 975044922.CS1 maint: others (link)
- ^ Kuckertz, Josefine; Lohwasser, Angelika (2019). Introduction to the Religion of Kush. Germany: J.H. Röll GmbH. m/s. 115–118. ISBN 978-3-89754-543-4.
- ^ Yellin, Janice (2012). "Nubian Religion." In Ancient Nubia : African kingdoms on the Nile. Marjorie M. Fisher, Sue D'Auria, Salima Ikram, Peter Lacovara, Chester Higgins. Cairo: American University in Cairo Press. m/s. 125–144. ISBN 978-977-416-478-1. OCLC 733232274.
- ^ Török, László (2002). The Image of the Ordered World in Ancient Nubian Art: The Construction of the Kushite Mind, 800 Bc-300 Ad (dalam bahasa Inggeris). BRILL. m/s. 226. ISBN 978-90-04-12306-9.
Bacaan lanjut
[sunting | sunting sumber]- Louis V., Žabkar (1975). Apedemak, Lion god of Meroe : a study in Egyptian-Meroitic syncretism. Warminster, Eng.: Aris & Phillips. ISBN 978-0856680274. OCLC 2543227.
- "Ancient Sudan~ Nubia: Religion: Apedemac". www.ancientsudan.org. Diarkibkan daripada yang asal pada September 21, 2008. Dicapai pada 2018-09-05.CS1 maint: unfit URL (link)
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Kategori berkenaan Apedemak di Wikimedia Commons