Bahasa pupus
Status Ancaman Bahasa | |
---|---|
Pupus (EX) | |
| |
Terancam | |
Selamat | |
| |
Kategori lain | |
Topik berkaitan | |
Pengelasan kategori UNESCO berdasarkan Atlas Bahasa-bahasa Dunia yang Terancam | |
Bahasa pupus ialah bahasa yang tidak lagi mempunyai sebarang penutur,[1] terutamanya jika bahasa itu tidak mempunyai turunan bahasa yang mewarisinya.[2] Manakala bahasa mati ialah bahasa yang bukan lagi bahasa ibunda kepada mana-mana komuniti penutur, walaupun ia masih digunakan, contohnya seperti bahasa Latin.[3] Bahasa terpendam ialah bahasa mati yang masih berfungsi sebagai lambang identiti etnik sesuatu kelompok. Bahasa-bahasa ini sering mengalami proses penggiatan semula.[4] Bahasa-bahasa yang pada masa ini mempunyai penutur asli yang masih hidup kadangkala dipanggil sebagai bahasa moden untuk membezakannya dengan bahasa mati, terutamanya dalam konteks pendidikan.
Pada zaman moden, kepupusan sesuatu bahasa adalah hasil daripada proses asimilasi budaya yang membawa kepada peralihan bahasa, serta pengabaian bahasa ibunda secara beransur-ansur untuk memihak kepada lingua franca asing yang lebih dominan, yang pada masa kini bahasa-bahasa dominan tersebut paling banyak dari negara-negara Eropah.[5][6][7]
Sehingga ke zaman 2000-an, sejumlah lebih kurang 7,000 bahasa lisan tempatan di seluruh dunia tercatat akan kewujudannya. Kebanyakannya adalah bahasa-bahasa kecil yang di ambang kepupusan; satu anggaran yang diterbitkan pada tahun 2004 menjangkakan bahawa kira-kira 90% daripada bahasa-bahasa yang digunakan pada masa ini akan pupus menjelang tahun 2050.[8]
Kematian bahasa
[sunting | sunting sumber]Kebiasanya peralihan sesuatu bahasa lisan menjadi pupus berlaku apabila sesuatu bahasa tersebut mengalami proses kepupusan bahasa melalui penggantian secara langsung dengan bahasa yang berbeza. Contohnya, banyak bahasa-bahasa tempatan di benua Amerika telah digantikan dengan bahasa Inggeris, bahasa Perancis, bahasa Portugis, bahasa Sepanyol atau bahasa Belanda kesan penaklukan Eropah di benua Amerika.
Berbeza dengan bahasa pupus yang tidak lagi mempunyai sebarang penutur mahupun sebarang penggunaan dari segi penulisan, bahasa bersejarah boleh kekal digunakan sebagai bahasa kesusasteraan atau bahasa liturgi jauh selepas ia tidak lagi penutur asli bahasa tersebut. Bahasa-bahasa sedemikian kadangkala juga dirujuk sebagai "bahasa-bahasa mati", tetapi lebih lazim dikenali sebagai bahasa-bahasa klasik. Contoh yang paling menonjol bagi bahasa sedemikian di negara-negara Barat ialah bahasa Latin, tetapi perkara yang sama juga boleh ditemui sepanjang sejarah peradaban dunia disebabkan kecenderungan universal untuk mengekalkan peringkat sejarah sesuatu bahasa sebagai bahasa liturgi.
Bahasa bersejarah dengan turunan bahasa yang hidup tetapi telah mengalami perubahan bahasa yang ketara berbanding bahasa bersejarah tersebut boleh dianggap sebagai "pupus", terutamanya dalam kes di mana mereka tidak meninggalkan korpus kesusasteraan atau liturgi yang kekal digunakan secara meluas (lihat bahasa korpus), seperti yang berlaku pada bahasa Melayu Kuno, bahasa Inggeris Kuno atau Bahasa Jerman Hulu Kuno berbanding dengan keturunan kontemporari mereka, bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Jerman.
Kebanyakan bahasa minor terancam disebabkan oleh globalisasi ekonomi dan budaya, asimilasi budaya, serta pembangunan pesat. Dengan peningkatan integrasi ekonomi pada skala kebangsaan dan serantau, orang ramai mendapati lebih mudah untuk berkomunikasi dan menjalankan perniagaan dalam lingua franca yang dominan dalam bidang perdagangan dunia, seperti: bahasa Inggeris, bahasa Cina Mandarin, bahasa Sepanyol dan bahasa Perancis.[10]
Dalam kajian mereka berkenaan perubahan bahasa disebabkan pertembungan budaya, ahli bahasa Amerika Syarikat Sarah Gray Thomason dan Terrence Kaufman (1991) menyatakan bahawa apabila berlakunya tekanan budaya (sewaktu sesuatu populasi terpaksa bertutur dalam bahasa yang dominan), tiga hasil linguistik mungkin berlaku:[11]
- (Paling kerap berlaku) Populasi bawahan tersebut mungkin beralih penggunaan bahasa mereka secara mendadak kepada bahasa dominan dan meninggalkan bahasa ibunda mereka sehingga menyebabkan kematian linguistik mendadak.
- Proses kematian bahasa yang lebih beransur-ansur mungkin berlaku dalam beberapa generasi kemudian.
- (Paling jarang berlaku) kumpulan yang tertekan mengekalkan sebanyak mungkin penggunaan bahasa ibundanya, sambil meminjam unsur tatabahasa dari bahasa dominan (menggantikan semua atau sebahagian daripada tatabahasa bahasa asal).
Institusi seperti sistem pendidikan, dan juga platform media (selalunya yang bersifat global) seperti Internet, televisyen, dan media cetak memainkan peranan penting dalam proses penghapusan bahasa minoriti.[10] Contohnya, apabila sekelompok manusia berhijrah ke negara baharu, anak-anak mereka bersekolah di negara tersebut dan sekolah tersebut berkemungkinan besar akan mengajar mereka dalam bahasa majoriti negara tersebut berbanding bahasa ibunda ibu bapa mereka.
Kebangkitan bahasa
[sunting | sunting sumber]Penghidupan bahasa ialah percubaan untuk memperkenalkan semula bahasa yang telah pupus dalam penggunaan seharian oleh penutur asli generasi baharu. Neologisme optimistik bahasa Inggeris "sleeping beauty languages" telah digunakan untuk membawa harapan sedemikian,[12] walaupun para sarjana biasanya merujuk bahasa sedemikian sebagai bahasa dorman.
Dari segi praktikal, penghidupan semula bahasa ini hanya berjaya dilakukan dalam skala besar terhadap satu bahasa sahaja: iaitu penghidupan semula bahasa Ibrani. Bahasa Ibrani telah bertahan selama beribu tahun sejak pembuangan negeri ke Babylon sebagai bahasa liturgi, tetapi bukan sebagai bahasa vernakular. Kebangkitan semula bahasa Ibrani sebahagian besarnya telah berjaya disebabkan oleh keadaan yang sangat menggalakkan, terutamanya sejak pembentukan Israel moden pada tahun 1947 dan menjadi bahasa rasmi, serta dedikasi melampau Eliezer Ben-Yehuda kepada kebangkitan semula bahasa itu, dengan mencipta perkataan baharu untuk istilah moden yang tidak terdapat dalam bahasa Ibrani.
Percubaan kebangkitan untuk bahasa pupus minoriti yang tiada status bahasa liturgi biasanya mempunyai hasil yang agak sederhana. Pemulihan bahasa Cornish telah dibuktikan kejayaan separanya: selepas satu abad usaha terdapat 3,500 orang yang mendakwa sebagai penutur asli, cukup ramai untuk UNESCO menukar klasifikasinya daripada "pupus" kepada "genting terancam". Gerakan kebangkitan bahasa Livonia untuk mempromosikan penggunaan bahasa Livonia telah berjaya melatih beberapa ratus orang untuk mempunyai pengetahuan tentangnya. [13]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Lenore A. Grenoble, Lindsay J. Whaley, Saving Languages: An Introduction to Language Revitalization, Cambridge University Press (2006) p.18
- ^ Foltz, Anouschka (2015-12-10). "How Languages Die". The New Republic. ISSN 0028-6583. Dicapai pada 2023-01-17.
- ^ Matthews, P. H. (2007-01-01), "dead language", The Concise Oxford Dictionary of Linguistics (dalam bahasa Inggeris), Oxford University Press, doi:10.1093/acref/9780199202720.001.0001, ISBN 978-0-19-920272-0, dicapai pada 2021-11-14
- ^ "What is the difference between a dormant language and an extinct language?". www.ethnologue.com. 15 February 2013. Dicapai pada 2022-01-02.
- ^ Byram, Michael; Hu, Adelheid (2013-06-26). Routledge Encyclopedia of Language Teaching and Learning (dalam bahasa Inggeris). Routledge. ISBN 978-1136235535.
- ^ Walt, Christa Van der (2007-05-01). Living Through Languages: An African Tribute to René Dirven (dalam bahasa Inggeris). AFRICAN SUN MeDIA. ISBN 9781920109707.
- ^ Hall, Christopher J.; Smith, Patrick H.; Wicaksono, Rachel (2015-05-11). Mapping Applied Linguistics: A Guide for Students and Practitioners (dalam bahasa Inggeris). Routledge. ISBN 978-1136836237.
- ^ "Study by language researcher, David Graddol". NBC News. 2004-02-26. Dicapai pada 2012-03-22. Ian on Friday, January 16, 2009 61 comments (2009-01-16). "Research by Southwest University for Nationalities College of Liberal Arts". Chinasmack.com. Dicapai pada 2012-03-22.CS1 maint: multiple names: authors list (link). Ethnologue records 7,358 living languages known,"Ethnologue". Ethnologue. Diarkibkan daripada yang asal pada October 5, 2001. Dicapai pada 2012-03-22. but on 2015-05-20, Ethnologue reported only 7,102 known living languages; and on 2015-02-23, Ethnologue already reported only 7,097 known living languages.
- ^ "One of the Last Remaining Native Yuchi Speakers Passes". www.culturalsurvival.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-12-13.
- ^ a b Malone, Elizabeth (July 28, 2008). "Language and Linguistics: Endangered Language". National Science Foundation. Diarkibkan daripada yang asal pada March 9, 2010. Dicapai pada October 23, 2009.
- ^ Thomason, Sarah Grey & Kaufman, Terrence. Language Contact, Creolization, and Genetic Linguistics, University of California Press (1991) p. 100.
- ^ See pp. 57 & 60 in Ghil'ad Zuckermann's A New Vision for "Israeli Hebrew": Theoretical and Practical Implications of Analysing Israel's Main Language as a Semi-Engineered Semito-European Hybrid Language, Journal of Modern Jewish Studies 5: 57–71 (2006). Dr Anna Goldsworthy on the Barngarla language reclamation, The Monthly, September 2014
- ^ Ernštreits, Valts (14 December 2011). "Lībiešu valodas situācija". Livones.net (dalam bahasa Latvia). Diarkibkan daripada yang asal pada 2 February 2014.
Bibliografi
[sunting | sunting sumber]