Bahasa Belanda
Bahasa Belanda | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Nederlands | |||||||
Sebutan | ˈneːdərlɑnts | ||||||
Asli kepada | Belanda, Belgium, Suriname, Aruba, Antillen Belanda, Indonesia, Perancis, Jerman, Guyana Timur | ||||||
Etnik | |||||||
Penutur bahasa | 25 juta (2021)e19 Total (L1 plus L2 speakers): 30 million (2021)[1][2] | ||||||
Indo-Eropah
| |||||||
Huruf Latin/Rumi | |||||||
Status rasmi | |||||||
Bahasa rasmi di | Aruba, Belgium, Kesatuan Eropah, Belanda, Suriname, Antillen Belanda, Suriname | ||||||
Dikawal selia oleh | Nederlandse Taalunie (Kesatuan Bahasa Belanda) | ||||||
Kod bahasa | |||||||
ISO 639-1 | nl | ||||||
ISO 639-2 | dut (B) nld (T) | ||||||
ISO 639-3 | nld | ||||||
|
Bahasa Belanda (Fail audio "nl-pronunciation-Nederlands.ogg" tidak ditemui) telah dituturkan oleh 30 juta orang di seluruh dunia dengan menggunakan bahasa Belanda dan menjadi bahasa keenam paling kerap dituturkan di Eropah Barat. Kira-kira 60 peratus populasi di negara jiran iaitu Belgium[1][2][3][4] dan Suriname juga menuturkan bahasa Belanda. Dianggarkan lebih 16 juta orang yang tinggal di Belanda termasuklah komuniti di Indonesia dan Afrika Selatan yang menggunakan bahasa Belanda. Bahasa Belanda yang dituturkan orang Belgium dipanggil Bahasa Flemish (Vlaamse) manakala di Afrika Selatan pula dikenali sebagai Bahasa Afrikaans (Afrikaans).
Manakala Stadfries adalah set dialek orang di Friesland iaitu terletak di utara Belanda. Ia adalah gabungan bahasa Belanda dengan bahasa asli Frisian. Maka, terhasilah campuran perbendaharaan kata Hollandic dan tatabahasa Frisian Barat serta prinsip bahasa lain. Hakikatnya, antara semua bahasa daripada rumpun bahasa Germanik, bahasa Frisia paling hampir dengan bahasa Inggeris.
Bagaimanapun, orang Belanda juga bertutur beberapa bahasa lain untuk memudahkan komunikasi dengan pelbagai golongan kosmopolitan di mana 90 peratus warga Belanda fasih berbahasa Inggeris dan bahasa Jerman.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Sejarah dari bahasa Belanda bermula sekitar 450/500 M, selepas Frankish Kuno, salah satu dari kebanyakan puak bahasa Jermanik Barat, telah terpisah oleh peralihan Konsonan Jermanik Kedua sementara pada lebih atau kurang masa sama hukum Ingvaeonic nasal spirant membawa kepada pembangunan dari moyang terus dari Sachsen Hilir, Frisia dan Inggeris.
Pengaruh
[sunting | sunting sumber]Pengaruh bahasa Belanda ke atas kepulauan Nusantara menguat sejurus penandatanganan perjanjian antara Empayar British dan Empayar Belanda pada tahun 1824 menentukan sempadan kekal jajahan mereka di mana pihak British mengambil belah utara termasuk jajahan Melaka dan pihak Belanda mengambil belah selatan termasuk Bengkulu (Bencoolen) menjurus kepada pembentukan sempadan-sempadan moden Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia; malah ia memincangkan bahasa Melayu sepunya yang pernah dituturkan sesama warga serantau yang saling faham melalui penerapan bahasa rasmi pentadbiran di jajahan dikuasai. Antara contoh paling menonjol adalah ciri imbuhan -asi yang datang daripada imbuhan -atie dalam baku Indonesia berbanding dengan -isyen (ejaan lama: -ishen) yang diserap dari bahasa Inggeris -ition dalam baku Malaysia dan baku Singapura.[5]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b European Commission (2006). "Special Eurobarometer 243: Europeans and their Languages (Survey)" (PDF). Europa. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada Feb 21, 2007. Dicapai pada February 3, 2007. "1% of the EU population claims to speak Dutch well enough in order to have a conversation." (page 153).
- ^ a b "Dutch". Languages at Leicester. University of Leicester. Diarkibkan daripada yang asal pada May 2, 2014. Dicapai pada July 1, 2014.
- ^ "Het Nederlandse taalgebied" [The Dutch language area]. taalunieversum.org (dalam bahasa Belanda). 2005. Diarkibkan daripada yang asal pada Oct 23, 2008. Dicapai pada November 4, 2008.
- ^ "Netherlandic language". Encyclopædia Britannica. Diarkibkan daripada yang asal pada February 1, 2014. Dicapai pada June 11, 2014.
- ^ de Vries, J. W. (1984). "Adaptation of polymorphemic loanwords. The case of words ending in -asi in Indonesian". Bijdragen tot de taal-, land- en volkenkunde / Journal of the Humanities and Social Sciences of Southeast Asia. 40 (4): 476–96.
- Sumber utama
- Kembara Khazanah Belanda m/s 142
Wikipedia Bahasa Belanda, ensiklopedia bebas
- Rencana yang memerlukan rujukan tambahan dari Januari 2024
- Halaman artikel bahasa dengan sampel teks
- Bahasa yang memerlukan komen ISO 639-3
- Gambar kotak info bahasa yang tidak berformat
- Bahasa dengan kod ISO 639-2 code
- Bahasa dengan kod ISO 639-1 code
- Rencana bahasa tidak mempunyai kod Glottolog
- Rencana bahasa dengan medan kotak info yang tidak disokong
- Halaman yang memaut ke fail yang hilang
- Tunas bahasa
- Bahasa
- Bahasa di Belgium
- Bahasa di Belanda
- Bahasa di Suriname
- Bahasa Jermanik
- Bahasa Franconian Rendah