DALAT 01/02/2014 | Buat julungkali selepas tiga tahun ditubuhkan, Kelab Fotografi Dalat atau lebih dikenali ramai sebagai DPC telah menganjurkan bengkel asas fotografi untuk ahli-ahlinya. Bengkel satu hari ini telah menarik beberapa pencinta photography Dalat turut serta. Saya sebagai pembimbing agak berpuas hati dengan kehadiran peserta ini. Bengkel seterusnya tengah dirancang dan mungkin diadakan satu sessi pada pertengahan tahun dan sessi ketiga akan diadakan pada penghujung tahun.
Peserta Bengkel Asas Photography DPC Siri 1
Update: Keratan akhbar dari Utusan Borneo 26-02-2014.
Keratan akhbar Utusan Borneo dalam ruang A5 Sana-Sini pada 26-02-2014
Petikan dari Akbar | oleh Freddy Amil
KELAB FOTOGRAFI DALAT ANJUR BENGKEL ASAS FOTOGRAFI
Sebagai aktiviti pembukaan tahun 2014, Kelab Fotografi Dalat (DPC) telah mengadakan bengkel asas fotografi di Dalat baru-baru ini.
Objektif utama bengkel ialah untuk mendedahkan para peserta terhadap pengendalian kamera DSLR dan ‘setting’ yang penting dan kesesuaian penggunaan setiap setting.
Bengkel dibimbing oleh pengasas DPC sendiri iaitu Naising Bega atau lebih dikenali sebagai Nainet Photomania dan disertai 14 peserta dari sekitar Dalat dan Mukah.
Bagi mengetahui cara-cara pengendalian kamera DSLR dan setting, beberapa perkara penting telah disentuh oleh Naising seperti asas-asas dalam fotografi yang meliputi pengenalan kepada manual kamera, ‘priority mode button’, mengawal ‘exposure’, ‘white balance(WB)’, ‘file RAW and JPEG’, depth of field(DOF)’, ‘aperture’, ‘shutter speed’, serta komposisi dalam fotografi (rules of third, leading line, potret dan landscape).
Selain itu, turut dibincangkan ialah asas pencahayaan fotografi yang mengupas mengenai cahaya sedia ada dan lampu denyar.
Sebagai bonus pula, Naising mendedahkan kepada para peserta tentang penggunaan aplikasi Adobe Photoshop Lightroom.
Sementara itu, DPC yang merupakan kelab fotografi berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan ini merancang akan mengadakan ‘creative outdoor photography lighting’ pada masa akan datang.