Lanai Kijang

Lanai Kijang
Showing posts with label sausage. Show all posts
Showing posts with label sausage. Show all posts

Monday, September 16, 2019

Tisha's Pratha sosej rolls

Asalamualaikum dan selamat hari Malaysia

 salam hari Malaysia dengan tisha sosej rolls ni... tak perlu guna puff pastry, guna jer roti canai tisha ni sebagai kulit sosej rolls ni... sedap rangup jer lepas bakar tu... ngap ngap x terasa dah berapa jer yang tinggal, sebab kecik2 comel jer kejadian sosoej rolls ni..

 kak rose guna smoked chicken franfuters ni.. potong dua dan belah empat.. ketepikan dulu.

 keluarkan pratha dari dalam fridge, tak perlu tunggu sampai suhu bilik ya.. bila dah sedikit lembut terus potong cam ni... guna kan pizza cutter untuk memudahkan memotong kepingan pratha tu..

 lepas tu amik sebatang potonggan sosej tadi dan dulungkan dengan kulit pratha tadi.. buat sampai habis. sapukan kuning telor pada sosej rolls tu dan boleh terus bakar... kak rose bakar 230°C dan bakar 15 minits


 after 15 minits in the oben antik kak rose..

tadaaaa.... dah siap. boleh ngap!

Thursday, September 4, 2014

Tat kentang

kes nak menghabiskan cheese yang tersimpan sebelum ianya expired....lama dah teringin nak buat tat kentang ni, tapi asik ade jer tapinya.... tiada kerajinan langsung nak menggodeknya....tapi bila kenangkan cheese ni, sayang pulak kalau terbiar expired, transformkan ia jadi something mouthwatering.  dan tu dia.... selambak cheese tabur kat atas tat tu...

 sebelum kebakaran... serabut comot muffin pan tu. walaupun bahan x cukup, tapi kita yang buat dia kan, so guna lah apa yang ade dalam pantry.... crab stick tu kak rose gantikan dengan frankfurter yang disagat jugak... cuma kena beringat untuk kurangkan garam sbb dia kan dah masin...

 bila dah melt.... overflow! bertambah serebeh tat kentang kak rose ni....apa pun mmg yummy bila pekena dengan sos cili thai n nescafe o tanpa gula.... makan hangat2 lagi lah ummmpph! resepinya kak rose cnp dari Ros Sinaranmenu. mekasih Ros... maaf ya kak rose memandai derhakakan resepi! boleh la kawan2 mencuba untuk juadah minum petang nanti....

Bahan-bahannya* 5 biji kentang dikupas basuh bersih dan diparut halus* 1 biji karot di kupas dibasuh dan diparut halus* 1/2 biji bawang besar juga diparut* sedikit potongan daun bawang* 2 batang crab stick dipotong kecil (kak rose gantikan dengan sosej)* 1/4 cawan susu* 3 biji telur* 1 packet mozzarella cheese
* garam dan serbuk lada putih ajishio secukup rasa


Cara memasak
1- Campurkan parutan kentang ,carrot dan bawang besar dalam satu bekas.Perah keluar airnya sebanyak yang boleh.
2- Susu dipukul bersama telur dan tuangkan kedalam campuran kentang tadi.kacau rata.Masukkan daun bawang isi kentang dan segenggam penuh cheese dan gaul sebati..
3- Sapukan butter atau minyak masak sekeliling muffin pan.Masukkan sesudu besar adunan kedalam acuan dan letakkan sedikit cheese diatasnya.
4- Bakar dgn kepanasan 190C selama lebih kurang 20 minit atau sampai cheese bertukar keperangan.Sejukkan seketika sebelum dikeluarkan .
5- Siap dihidang bersama sos pilihan atau makan begitu sahaja.

Saturday, November 16, 2013

Sausage ala teriyaki

 semalam ternampak resepi nak kat blog Ayu Curlybabe's Satisfaction tu...tp katanya this menu is for kids, tapi kat rumah ni x dak kid jadi mak pak la yang makannya...sedap la pulak...thanks Ayu kongsikan resepi ni ya, jugak pada Ummi Kuantan tuan punya resepi asal. kak rose mintak izin nak tepek kat sini pulak...

SAUSAGE ALA TERIYAKI
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 1/2 paket chicken cocktail - (boleh gantikan dengan apa2 sosej jgk)
  • 3 ulas bawang putih - dicincang halus
  • 3 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar kicap ABC Heinz (kak rose x letak)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu kecil cuka
  • garam dan gula secukup rasa
  • sedikit minyak untuk tumis

Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau.
  2. Masukkan sosej dan kacau sebentar.
  3. Masukkan kesemua jenis sos dan cuka, garam dan gula secukup rasa.
  4. Kacau balik sosej hingga kuah pekat dan melekat-lekat pada sosej.
  5. Angkat dan hidangkan.

x de chicken cocktail, kak rose guna 4 batang italian chicken frankfurter dari ayammas ni.