Pergi ke kandungan

WordPress

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
WordPress
Pembuat asalMatt MullenwegMike Little
PembangunMatt Mullenweg
Ryan Boren
Donncha O Caoimh
Pelancaran pertama27 Mei 2003
Versi terkini/stabil2.6.1 (15 Ogos 2008)
Ditulis dalamPHPReact
Sistem pengendalianSilang pelantar
JenisSistem pengurusan kandunganperisian sumber terbukablog softwareenjin perisianperisian bebas
GenreSistem pengurusan kandungan/
Perisian blog
LesenLesen Awam Am GNU
Pautan berkaitan
Tapak webhttps://wordpress.org/
Repositori
Pautan lainFacebook: WordPress Twitter: WordPress Instagram: wordpress LinkedIn: wordpress GitHub: WordPress Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

WordPress merupakan sistem penerbitan blog Alonghouse net Merupakan penggantian nama semua hang melakukan perniagaan online yang ditulis dalam bahasa pengaturcaraan PHP dan disokong oleh pangkalan data MySQL. WordPress merupakan evolusi yang paling berjaya dari induk sistem penerbitan blog b2/cafelog dan memiliki sejumlah besar pengguna dan pemaju untuk perisiannya. WordPress telah berubah menjadi antara pengedaran web yang paling terkenal. Hari ini, ia mengawal lebih daripada 70 juta laman web.[1]

Diedarkan di bawah Lesen Awam Am GNU, WordPress disebarkan kepada umum sebagai perisian percuma. Versi terkini WordPress iaitu versi 2.6.1 telah diterbitkan pada 15 Ogos 2008.Kemas kini ke laman web anda tidak akan menyebabkan laman web anda terhempas. Kebanyakan masa selepas mengemas kini templat plugin atau laman web, laman web ini bercanggah dan kemalangan tapak. Pasukan sokongan tapak WordPress melakukan ini dengan pengetahuan dan kepakaran yang baik. Kurangkan kos

Lebih penting daripada kos wang adalah kos masa dan jika anda mempunyai masalah dan tidak mempunyai pengalaman menyelesaikan masalah ini, anda perlu menghabiskan beberapa hari atau bahkan bulan menyelesaikan masalah ini, dan kadang-kadang anda perlu membayar orang yang berbeza. Bayaran berlebihan Analisis laman web harian

Laman anda dianalisis setiap hari selepas menerima perkhidmatan sokongan tapak supaya anda tidak lagi terganggu oleh tapak anda.

b2 merupakan sistem induk yang membawa kepada perkembangan WordPress. Ditulis dalam bahasa pengaturcaraan PHP dengan penggunaan MySQL, b2 dibangunkan oleh Michel Valdrighi, yang sekarang masih terus menjadi pemaju sistem perisian WordPress.

Selain WordPress yang merupakan perisian rasmi yang berevolusi dari sistem b2, terdapat projek lain yang masih turut mengalami perkembangan dari induk yang sama, iaitu b2evolution.

Permulaan WordPress

[sunting | sunting sumber]

Nama 'WordPress' telah dicadangkan oleh Christine Selleck, iaitu rakan kepada 'bapa' pemaju WordPress, Matt Mullenweg. WordPress pada masa ini hanya menyokong satu blog atau portal web untuk satu kali pemasangan, namun terdapat juga versi multi-pengguna yang dinamakan sebagai WordPress MU (WordPress MultiUser-WordPress MultiPengguna).

Walaupun begitu, seseorang pengguna WordPress masih boleh memiliki lebih dari satu blog WordPress di dalam satu pelayan dan pangkalan data yang sama, iaitu dengan meletakkan fail-fail pemasangan WordPress dalam direktori yang berlainan.

Terbitan perisian baru WordPress selalunya dinamakan sempena pemuzik jazz yang terkenal, contohnya Mingus dan Ella (Ella Fitgerald).

Perubahan/Penstrukturan Movable Type

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2004, penstrukturan semula pelesenan Movable Type telah dilakukan oleh Six Apart, dan kebanyakan pengguna sistem blog ini telah berpindah dan beralih kepada penggunaan WordPress. Ini meninggalkan satu impak yang hebat dan berterusan untuk populariti WordPress.

Versi 1.5

[sunting | sunting sumber]

Disebarkan untuk umum pada pertengahan Februari 2005 dan dilabelkan dengan kod nama 'StrayHorn' bersempena nama Billy Strayhorn, versi 1.5 telah menambah julat dan kepelbagaian fungsi untuk WordPress. Satu daripadanya ialah kemampuan untuk mengurus dan mengemaskini laman statik. Ini membenarkan kandungan halaman web dicipta dan diuruskan di luar kronologi blog yang normal. WordPress telah melangkah dari sebuah sistem blog yang mudah kepada Sistem Pengurusan Kandungan (CMS-Content Management System) yang lebih kompleks dan berkepelbagaian dari segi fungsi.

Seperkara lagi merupakan sistem templat/tema yang baru, yang membenarkan pengguna untuk mengaktivasi atau menyahaktivasi templat untuk laman web mereka. Ia dilengkapi dengan templat tema terbina dalam yang terkini(dilabelkan dengan kod nama Kubrick bersempena mendiang Stanley Kubrick). Ia direka oleh Michael Heilemann.

Versi 2.0

[sunting | sunting sumber]

Disebarkan untuk umum pada Disember 2005 (kod nama Duke bersempena pemain piano Jazz juga penggubah Duke Ellington), fungsi versi 2.0 telah ditambah dengan ruang pemproses kata bergrafik, sistem perngurusan yang lebih baik, kemampuan untuk memindahnaik imej, penerbitan artikel dengan lebih pantas, sistem import yang diperbaiki dan seterusnya mengubah wajah akhir sebahagian besar antara muka WordPress. WordPress 2.0 juga menawarkan variasi peningkatan untuk pemaju perisian-masukan (plug-in)

Versi 2.1

[sunting | sunting sumber]
frames
frames

Pada 22 Januari 2007, WordPress menyebarkan satu lagi versi perisiannya yang terbaru (dilabelkod sebagai versi 'Ella', bersempena nama vokalis jazz Ella Fitzgerald). Versi 2.1 ini merupakan satu evolusi WordPress yang besar, memperbaiki isu sekuriti, merekabentuk semula antaramuka dan memperkemaskan alat-alat mengedit (termasuk semakan ejaan bersepadu dan auto-simpan), menaiktaraf opsyen untuk pengurusan kandungan web, dan pelbagai variasi kod juga optimisasi pangkalan data.

Ciri-Ciri

[sunting | sunting sumber]
  • Menghasilkan kod XML, XHTML dan CSS yang standard dan diterimapakai umum.
  • Pengurusan pautan web bersepadu
  • Struktur pautan individual yang mesra-mesin pencari
  • Sokongan perisian-tambahmasuk(plugin)
  • Kategori dalam kategori,dan kategori berbilang untuk artikel
  • Trackback dan pingback
  • Sistem penapisan tipografik untuk pemformatan dan visualisasi teks.

WordPress MU

[sunting | sunting sumber]

(WordPress dengan MultiPengguna)

WordPress MU adalah sistem penerbitan multiblog yang terbina dalam WordPress. Perbezaan utama antara WordPress dan WordPress MU ialah Wordpess MU dicipta untuk membenarkan berbilang blog wujud dalam satu langkah pemasangan sahaja. WordPress MU membolehkan pemilik laman web mewujudkan komuniti blog mereka sendiri,dan mengawal serta melakukan tugas memoderasi semua blog dari hanya satu papan-pemula.

Contoh komuniti yang dapat dilihat menggunakan WordPress MU adalah WordPress.com dan Universiti Harvard.

Pemajuan dan perkembangan WordPress diketuai oleh Ryan Boren dan Matt Mullenweg. Mullenweg dan Mike LIttle merupakan pemula bersama untuk projek ini.

Pemaju yang turut menyumbang termasuk:

  • Dougal Campbell
  • Mark Jaquith
  • Alex King
  • Donncha O'Caoimh
  • Michel Valdrighi

Walaupun komuniti WordPress lebih banyak menyumbang kepada kemajuan binaan WordPress, tetapi ia sering berkait rapat dengan Automattic.

Komuniti WordPress membantu perkembangan perisian dengan terlibat menguji WordPress, iaitu satu kumpulan yang sukarela dalam membantu menguji setiap versi dan prototaip. Mereka memiliki akses yang awal terhadap versi Beta WordPress dan perisian penguji. Segala log ralat dan pepijat akan dilaporkan kepada satu senarai log khas, dinamakan sebagai alat Projek Trac.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-16. Dicapai pada 2018-08-16.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]