Wee Jeck Seng
Yang Berhormat Dato' Sri Dr. Wee Jeck Seng SSAP (Pahang); DMSM (Melaka) | |
---|---|
Ahli Parlimen Malaysia bagi Tanjung Piai, Johor | |
Menyandang jawatan 19 Disember 2022 | |
Dalam jawatan 18 November 2019 – 10 Oktober 2022 | |
Didahului oleh | Mohamed Farid Md Rafik |
Dalam jawatan 8 Mac 2008 – 9 Mei 2018 | |
Didahului oleh | Ong Ka Ting |
Digantikan oleh | Mohamed Farid Md Rafik |
Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi I | |
Dalam jawatan 30 Ogos 2021 – 10 Oktober 2022 | |
Raja | Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Ismail Sabri Yaakob |
Menteri | Zuraida Kamaruddin |
Digantikan oleh | Siti Aminah Aching |
Kawasan pilihan raya | Tanjung Piai |
Dalam jawatan 10 Mac 2020 – 16 Ogos 2021 | |
Raja | Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Muhyiddin Yassin |
Menteri | Mohd Khairuddin Aman Razali |
Didahului oleh | Shamsul Iskandar Md Akin Industri Utama |
Kawasan pilihan raya | Tanjung Piai |
Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia | |
Dalam jawatan 10 April 2009 – 4 Jun 2010 Berkhidmat with Razali Ibrahim | |
Raja | Tuanku Mizan Zainal Abidin |
Perdana Menteri | Najib Razak |
Menteri | Ahmad Shabery Cheek |
Didahului oleh | Liow Tiong Lai |
Digantikan oleh | Gan Ping Sieu |
Ahli Dewan Negeri Johor untuk Pekan Nenas | |
Dalam jawatan 21 Mac 2004 – 8 Mac 2008 | |
Didahului oleh | Konstituensi baharu |
Digantikan oleh | Tang Nai Soon |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Pontian, Johor | 20 April 1964
Parti politik | Barisan Nasional Persatuan Cina Malaysia |
Pasangan | Datin Sri Lim Joo Hon @ Lin Ruyun |
Tempat belajar | Universiti Sunderland (BBA) |
Pekerjaan | Ahli politik |
Gaji | RM41,422.65 sebulan[1] |
YB Dato' Sri Dr. Wee Jeck Seng (Cina ringkas: 黄日昇 , lahir pada 20 April 1964) ialah seorang ahli politik Malaysia dan kini menyandang jawatan sebagai Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi sejak 10 Mac 2020.[2] Beliau merupakan bekas Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia. Beliau dilantik oleh Perdana Menteri Malaysia ke-6, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada 9 April 2009 di Putrajaya. Beliau kini juga merupakan Ahli Parlimen Tanjung Piai, Johor daripada parti Persatuan Cina Malaysia (MCA) yang juga merupakan sebahagian daripada Barisan Nasional. Pada peringkat parti, beliau juga merupakan Ketua MCA Bahagian Tanjung Piai dan Ahli Jawatankuasa (lantikan) MCA Pusat.
Latar belakang
[sunting | sunting sumber]Wee dilahirkan pada 20 April 1964 di Pontian, Johor. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dari Universiti Sunderland. Beliau berkahwin dengan Lin Ruyun.[3][4]
Kerjaya politik
[sunting | sunting sumber]Wee memulakan kerjaya politiknya sebagai setiausaha politik kepada Datuk Ong Ka Ting.
PRU 11
[sunting | sunting sumber]Pada Pilihan raya umum Malaysia 2004, beliau diberikan tanggungjawab untuk bertanding dan berjaya memenanginya dengan selesa untuk kerusi Dewan Negeri Johor bagi kerusi N.55 Pekan Nanas.
PRU 12
[sunting | sunting sumber]Bagi Pilihan raya umum Malaysia 2008, beliau sekali lagi diberikan tanggungjawab untuk mengisi kekosongan kerusi Parlimen Malaysia bagi kerusi P.165 Tanjong Piai ekoran Datuk Ong Ka Ting berhijarah untuk bertanding di kerusi Kulai.
Beliau berjaya menewaskan calon melayu dari Parti DAP yang dipimpin oleh saudara Ahmad bin Ton dengan majoriti yang besar. Selepas melakar kemenangan, beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia bagi melengkapkan barisan Kabinet Abdullah II, pimpinan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi. Beliau terus memegang jawatan tersebut sehingga April 2009, pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum digugurkan pada Jun 2010 ekoran tewas di jawatan penting dalam parti MCA.
PRU 13
[sunting | sunting sumber]Pada Pilihan raya umum Malaysia 2013, beliau masih diberikan mandat oleh rakyat untuk memenangi kerusi Parlimen Tanjong Piai buat penggal kedua berturut-turut walaupun mendapat tentangan yang sengit lawannya dari Ketua pemuda DAP cawangan Tanjong Piai, saudara Mahdzir Ibrahim.
PRU 14
[sunting | sunting sumber]Bagi Pilihan raya umum Malaysia 2018, beliau akhirnya berjaya ditewaskan oleh calon melayu dari Parti PPBM, Datuk Wira Dr. Mohamed Farid Md Rafik dengan majoriti 524 undi yang menyaksikan pertandingan tiga penjuru yang lebih sengit berbanding dengan siri-siri PRU yang lepas.
PRK Tanjung Piai
[sunting | sunting sumber]Dato' Sri Dr Wee Jeck Seng yang mewakili Barisan Nasional memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai dengan majoriti 15,086 undi, menewaskan pencabarnya iaitu calon Pakatan Harapan, Hj Karmaine Saidini yang memperoleh undi sebanyak 10,380 pada 16 November 2019.
Pilihan raya kecil 2019
[sunting | sunting sumber]Pada 16 November 2019, Wee telah memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai dengan bilangan undian sebanyak 25,466 lantas mengalahkan pesaing beliau yang lain dengan majoriti sebanyak 15,086 undi. Calon pilihan raya yang bertanding termasuklah Hj Karmaine Saidini, Wendy Subramaniam, Dr Badrulhisham Abdul Aziz, Dr Ang Chuan Lock dan Faridah Aryani Abdul Ghaffar.[5]
Keputusan pilihan raya
[sunting | sunting sumber]Tahun | Kerajaan | Undi | Peratusan | Pembangkang | Undi | Peratusan | Jumlah undi | Majoriti | Kehadiran | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2008 | Wee Jeck Seng (MCA) | 23,302 | 65.52% | Ahmad Ton (DAP) | 10,931 | 30.74% | 35,564 | 12,371 | 77.82% | ||
2013 | Wee Jeck Seng (MCA) | 25,038 | 54.88% | Mahdzir Ibrahim (DAP) | 19,581 | 42.92% | 45,622 | 5,457 | 87.90% | ||
2018 | Wee Jeck Seng (MCA) | 20,731 | 46.12% | Mohamed Farid Md Rafik (PPBM) | 21,255 | 47.29% | 45,858 | 524 | 85.67% | ||
Nordin Othman (PAS) | 2,962 | 6.59% | |||||||||
2019 | Wee Jeck Seng (MCA) | 25,486 | 65.60% | Karmaine Sardini (BERSATU) | 10,380 | 26.74% | 38,815 | 15,086 | 74.43% | ||
Wendy Subramaniam (GERAKAN) | 1,707 | 4.40% | |||||||||
Badhrulhisham Abd Aziz (BERJASA) | 850 | 2.19% | |||||||||
Ang Chuan Lock (BEBAS) | 380 | 0.98% | |||||||||
Faridah Aryani Abd Ghaffar (BEBAS) | 32 | 0.08% |
Tahun | Kerajaan | Undi | Peratusan | Pembangkang | Undi | Peratusan | Jumlah undi | Majoriti | Kehadiran | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2004 | Wee Jeck Seng (MCA) | 15,395 | 75.80% | Tan Hang Meng (DAP) | 4,233 | 20.84% | 20,309 | 11,162 | 76.33% |
Penghargaan
[sunting | sunting sumber]- Melaka :
- Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) - Datuk (2009)[9]
- Pahang :
- Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) - Dato' Sri (2016)[10]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b "Portal Pengisytiharan Harta". Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Ogos 2020. Dicapai pada 15 Oktober 2020.
- ^ "SENARAI KABINET 2020". www.bharian.com.my. 2020-03-13. Dicapai pada 2020-03-31.
- ^ "Wee Jeck Seng". Malaysian Chinese Association. Dicapai pada 3 March 2010.[pautan mati kekal]
- ^ Muhammad Ariff Mohamad Nizam (Jan 30, 2013). "Malaysian Representatives alpha : Wee Jeck Seng". #MyMP UndiMsia! Sinar Project. Dicapai pada 15 November 2017.
- ^ Mohd Sabran Md Sani (16 November 2019). "Jeck Seng menang di Tanjung Piai". myMetro. Dicapai pada 17 November 2019.
- ^ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2017. Results only available from the 2004 Malaysian general election.
- ^ "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum (dalam bahasa Malay). Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 24 March 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "The Star Online GE14". The Star. Dicapai pada 24 May 2018. Percentage figures based on total turnout.
- ^ "MB Perak ketuai senarai penerima darjah kebesaran Melaka". Bernama (dalam bahasa Malay). The Star. 10 October 2009. Dicapai pada 19 October 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ 200 terima darjah kebesaran, pingat negeri Pahang
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Laman menggunakan kotak info pemegang jawatan dengan parameter tidak diketahui
- Orang dari Johor
- Orang hidup
- Kelahiran 1964
- Anggota Persatuan Cina Malaysia
- Ahli Dewan Negeri Johor ke-11
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-12
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-13
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-14
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-15