Vesikel semen
Vesikel semen | |
---|---|
Butiran | |
Pendahulu | Duktus mesonefrum |
Sistem | Sistem pembiakan lelaki |
Arteri | Arteri vesikel inferior, Arteri rektum tengah |
Limfa | Nodus limfa iliak luaran, nodus limfa iliak dalaman |
Pengenalpastian | |
nama bahasa Latin | Vesiculae seminales, glandulae vesiculosae |
MeSH | D012669 |
TA | A09.3.06.001 |
FMA | FMA:19386 |
Terminologi anatomi |
Vesikel semen ialah sepasang kelenjar yang terletak di belakang pundi kencing dalam badan beberapa mamalia lelaki. Kelenjar ini merembeskan bendalir yang menjadi sebahagian daripada air mani. Vesikel ini berukuran 5–10 cm dengan diameter 3–5 cm,[1] dan terletak di antara pundi kencing dengan rektum. Vesikel semen memiliki beberapa pundi dengan kelenjar-kelenjar rembesan yang bersambung dengan vas deferens sebagai duktus pancutan.[2] Vesikel ini menerima darah dari arteri vesikulodeferential dengan arteri vesikulodeferential sebagai laluan keluar. Permukaan kelenjar ini terdiri daripada sel epitelium turus dan kuboid. Vesikel ini wujud dalam banyak jenis mamalia, tetapi tidak termasuk kelompok marsupial, monotrem serta karnivor.
Radang di vesikel semen - vesikulitis semen, boleh berlaku akibat jangkitan bakteria terbitan penyakit kelamin atau proses pembedahan. Keradangan ini boleh membawa sakit di bahagian bawah abdomen, skrotum, zakar atau peritoneum, pancutan mani yang menyakitkan dan kehadiran sperma dalam darah (hematospermia). Masalah ini sering diubati dengan antibiotik, tetapi mungkin memerlukan pembedahan pengaliran keluar dalam kes-kes teruk. Other conditions may affect the vesicles, including congenital abnormalities such as failure or incomplete formation, and, uncommonly, tumours. Masalah-masalah lain juga boleh mengakibatkan masalah pada vesikel termasuk pembentukan vesikel yang tidak sempurna atau lebih jarang lagi, tumor.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Standring, Susan, penyunting (2016). "Seminal vesicles". Gray's anatomy : the anatomical basis of clinical practice (ed. 41st). Philadelphia. m/s. 1279–1280. ISBN 9780702052309. OCLC 920806541.
- ^ Michael H. Ross; Wojciech Pawlina (2010). "Male Reproductive System". Histology: A Text and Atlas, with Correlated Cell and Molecular Biology (ed. keenam). m/s. 828. ISBN 978-0781772006.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Media berkenaan Vesikel semen di Wikimedia Commons