Pergi ke kandungan

Sinar ultraungu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Ultraungu)
Tiub pendarfluor cahaya hitam merupakan sumber utama bagi sinar ultraungu gelombang panjang.

Sinaran ultraungu (Jawi: سينر اولترااوڠو), ultralembayung (Jawi: سينر لمبايوڠ‎, bahasa Inggeris: ultraviolet, disingkatkan kepada UV) merupakan sinaran elektromagnet yang mempunyai panjang gelombang yang lebih pendek dari cahaya nampak iaitu antara 200-400 nm, dan bertenaga dari 3 eV hingga 124 eV. Ia dinamakan sedemikian kerana spektrum terdiri dari gelombang elektromagnetik dengan frekuensi lebih tinggi berbanding apa yang manusia kenali sebagai cahaya ungu. Frekuensi ini adalah halimunan atau tidak kelihatan pada pandangan manusia, tetapi kelihatan pada sebilangan serangga, reptilia dan burung malah pada kebanyakan buah-buahan, bunga dan bijian kelihatan lebih menyerlah dalam sinar ini. Ia juga kelihatan secara tidak langsung, dengan menyebabkan bahan floresen bercahaya dengan cahaya nampak.

Cahaya sinar ini terdapat dalam cahaya matahari dan dihasilkan melalui gerbang eletrik dan cahaya khas seperti cahaya hitam. Ia mampu menyebabkan tindak balas kimia, dan menyebabkan banyak bahan bercahaya atau pendarfluor. Kebanyakan sinar ultraungu dikelaskan sebagai pancaran tidak mengion. Tenaga lebih tinggi pada spektrum sinar ultraungu dari gelombang cahaya sekitar 10 nm hingga 120 nm (sinar ultraungu 'melampau') adalah sinaran mengion, tetapi jenis sinar ultraungu ini pada cahaya matahari disekat oleh dioksigen normal pada udara, dan tidak sampai ke tanah.[1] Bagaimanapun, keseluruhan spektrum sinar ultraungu memiliki sebahagian ciri sinaran mengion, dari segi menyebabkan kerosakan lebih banyak pada molekul pada sistem biologi berbanding yang dilihat melalui pemanasan ringkas (sebagai contoh terbakar matahari (mengelupas)). Ciri-ciri ini terhasil akibat kuasa foton ultraungu bagi mengubah ikatan kimia pada molekul, sungguhpun ia tidak memiliki cukup tenaga bagi mengionkan atom molekul.

  1. ^ 08 November 2011. "HPS.org". HPS.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-11-26. Dicapai pada 2011-11-08.

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]



Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.