Pergi ke kandungan

Titanoboa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Titanoboa
Julat zaman: Paleosen, 60–58 Ma
Pengelasan saintifik
Genus:
Titanoboa
Spesies:
cerrejonensis

Titanoboa, "Boa raksasa" (atau Titanic boa dalam bahasa Inggeris)[1] ialah sebuah genus ular yang hidup lebih kurang 60–58 juta tahun dahulu, yakni pada zaman Paleosen,[2] tempoh 10 juta tahun yang menyusuli peristiwa kepupusan dinosaur.[3] Satu-satunya spesies yang dikenal pasti ialah Titanoboa cerrejonensis, ular yang paling besar, panjang dan berat yang pernah diketemu,[2] yang mengatasi pemegang rekod sebelumnya, Gigantophis.

Melalui perbandingan saiz dan bentuk fosil vertebra dengan takson ular yang masih wujud, para penyelidik mengagak bahawa T. cerrejonensis mencapai panjang maksimum 12 hingga[convert: unknown unit],[4] berat lebih kurang 1135 kg,[1] dan berukuran dan diameter bahagian badan yang paling besar berukur lebih kurang 1 meter ([convert: unknown unit]).[5][6]

Perbandingan dengan ular yang masih wujud

[sunting | sunting sumber]
Lukisan T. cerrejonensis.

Lapan ekor ular terbesar (daripada 28 ekor) T. cerrejonensis yang diketemu dianggarkan mencapai berukur 12.8 meter ([convert: unknown unit]) (sisihan piawai 2.2 meter ([convert: unknown unit])). Sebagai perbandingan, ukuran ular yang kini masih wujud, Python reticulatus, ialah 8.7 meter (29 ka),[7] dan anakonda biasa (Eunectes murinus), berukur 5.21 meter (17 ka) panjang[7] dan dianggap ular yang terberat di dunia. Pada hujung skala pula, ular yerkecil yang ,asih wujud ialah Leptotyphlops carlae, dengan ukuran panjang lebih kurang 10 sm.[8]

  1. ^ a b Head, Jason J. (2009). "Giant boid snake from the paleocene neotropics reveals hotter past equatorial temperatures". Nature. 457 (7230): 715–718. doi:10.1038/nature07671. PMID 19194448. Dicapai pada 2009-02-05. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  2. ^ a b Kwok, Roberta (4 February 2009). "Scientists find world's biggest snake". Nature. Dicapai pada 2009-02-04. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  3. ^ "Science Daily: At 2,500 Pounds And 43 Feet, Prehistoric Snake Is Largest On Record". ScienceDaily. 2009-02-04. Dicapai pada 2009-02-06.
  4. ^ "CTV.ca | Ancient, gargantuan snakes ate crocs for breakfast". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-02-06. Dicapai pada 2009-02-07.
  5. ^ McIlroy, Anne (2009-02-05). "Titanoboa made anaconda look like a garter snake". Science. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-02-05. Dicapai pada 2009-02-06.
  6. ^ Dunham, Will (2009-02-04). "Titanic ancient snake was as long as Tyrannosaurus". Reuters UK. Dicapai pada 2009-02-06.
  7. ^ a b Murphy JC, Henderson RW. 1997. Tales of Giant Snakes: A Historical Natural History of Anacondas and Pythons. Krieger Pub. Co. 221 pp. ISBN 0-89464-995-7.
  8. ^ S. Blair Hedges (August 4, 2008). "At the lower size limit in snakes: two new species of threadsnakes (Squamata: Leptotyphlopidae: Leptotyphlops) from the Lesser Antilles" (PDF). Zootaxa. 1841: 1–30. Dicapai pada 2008-08-04.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]