SCART
SCART (dari Bahasa Perancis [Syndicat des Constructeurs d'Appareils Radiorécepteurs et Téléviseurs] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan), Persatuan Pengilang Penerima Radio dan Televisyen) ialah piawaian yang berasal dari Perancis dan juga nama penyambung 21 pin berasaskan piawaian tersebut yang bertujuan menyambungkan kelengkapan audio-visual (AV). SCART juga dikenali sebagai [Péritel] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) (terutamanya di Perancis), 21-pin EuroSCART (istilah yang digunakan oleh Sharp dalam cubaan memasarkan penyambung ini di rantau Asia, Euroconector[1] atau EuroAV. Di Amerika Syarikat, SCART juga dikenali sebagai EIA Multiport (sejenis antara muka EIA).
Di Eropah, SCART ialah kaedah penyambungan kelengkapan audio-visual yang terlaris, hinggakan menjadi piawaian utama bagi peranti-peranti sedemikian (berbanding palam fono); tetapi jarang ditemui di tempat lain. Bagaimanapun, sebagai bahantara pemindahan kandungan analog berdefinisi biasa, SCART semakin kurang digunakan berikutan kemunculan piawaian digital baru seperti HDMI yang juga boleh membawa kandungan definisi tinggi dan audio berbilang saluran. Namun demikian, HDMI juga berasaskan konsep-konsep yang pernah dikembangkan untuk SCART; misalnya, HDMI-CEC diterbitkan dari AV.link SCART.
Piawaian rasmi untuk SCART ialah CENELEC nombor dokumen EN 50049-1. SCART kadang-kala dirujuk sebagai piawaian IEC 933-1.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Conector SCART (Euroconector)[[Category:Rencana yang mengandungi teks bahasa Sepanyol]] [[Category:Lang and lang-xx using deprecated ISO 639 codes|es]]". uvigo.es. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-12-15. Dicapai pada 2009-11-17. URL–wikilink conflict (bantuan)
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Paul Gardiner, Peter Barnett, Preliminary Investigation of a SCART Lead Benchmarking Scheme Diarkibkan 2011-07-16 di Wayback Machine
- SCART connector pinout and cables schemes
- SCART — hardwarebook.info
- RGB/VGA and SCART