Raja Ahmad Nazim Azlan Shah
Raja Ahmad Nazim Azlan Shah | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Yang Teramat Mulia Raja Kecil Sulong Perak Darul Ridzuan | |||||||||
Fail:- | |||||||||
Raja Kechil Sulong Perak - | |||||||||
Pemerintahan | (10 tahun, 3 bulan dan 28 hari) | ||||||||
Pelantikan | 6 September 2014 | ||||||||
Didahului oleh | Raja Ashman Shah | ||||||||
Diikuti oleh | - | ||||||||
Raja Kechil Tengah Perak | |||||||||
Pemerintahan | - 2012 | ||||||||
Kemahkotaan | - | ||||||||
Didahului oleh | Raja Ashman Shah | ||||||||
Diikuti oleh | en:Raja Iskandar | ||||||||
Keputeraan | Raja Ahmad Nazim Azlan Shah binRaja Ashman Shah 1994 Hospital Kuala Lumpur, Malaysia | ||||||||
| |||||||||
Kerabat | Kesultanan Siak Siak-Perak]] Kesultanan Perak (Secara lahir) | ||||||||
Wangsa | - | ||||||||
Ayahanda | Raja Dato' Seri Ashman Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah | ||||||||
Bonda | Dato' Seri Noraini Jane binti Tan Sri Kamarul Ariffin | ||||||||
Agama | Islam | ||||||||
Pekerjaan | t k | ||||||||
Tandatangan | Tandatangan Raja Ahmad Nazim Azlan Shah |
Kerabat Diraja Perak |
---|
|
Kerabat Sultan Azlan Shah |
YMM Raja Permaisuri Tuanku Bainun, Paduka Bonda Sultan Perak
|
Kerabat Sultan Idris Shah |
|
Yang Teramat Mulia Raja Dato' Seri Ahmad Nazim Azlan Shah bin Almarhum Raja Ashman Shah[1][2] (diputerakan pada 10 Mac 1994 di Hospital Kuala Lumpur) merupakan Raja Kecil Sulong Perak Darul Ridzuan. Beliau adalah anakanda kedua dan putera bongsu kepada pasangan Raja Dato' Seri Ashman Shah dan Dato’ Seri Noraini Jane. Beliau ialah salah seorang Raja Bergelar Perak dan waris yang keempat dalam Sistem Hierarki Kesultanan Perak.[3]
Latar belakang
[sunting | sunting sumber]Raja Ahmad Nazim dilahirkan dalam sebuah keluarga bangsawan dan kerabat Diraja Perak serta satu-satunya anak lelaki tunggal Raja Ashman Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah,[4] anakanda kepada Almarhum Sultan Perak, dan isterinya, Dato’ Seri Noraini Jane Kamarul Ariffin. Dari sebelah bapanya, beliau ialah cucu kepada bekas Sultan Perak ke-34, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Yussuf Izzuddin Shah dan bekas Raja Permaisuri Perak, Raja Permaisuri Tuanku Bainun. Datuk di sebelah ibu beliau ialah Tan Sri Kamarul Ariffin Mohamed Yassin, bekas pengerusi Bank Bumiputera. Beliau mempunyai darah kacukan Melayu dan Australia melalui keturunan di sebelah ibunya.
Raja Ahmad Nazim Azlan Shah juga merupakan anakanda saudara kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizuddin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim.
Adik-beradiknya termasuk Yang Mulia Raja Eminah Alliyah binti Almarhum Raja Ashman Shah yang diputerakan pada 17 September 1992 dan Yang Mulia Raja Bainunnisa Safia binti Almarhum Raja Ashman Shah yang diputerakan pada 3 April 1995.[5]
Raja Ahmad Nazim juga merupakan sepupu kepada Yang Teramat Mulia Raja Azlan Muzzaffar Shah Ibni Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang juga merupakan Raja Kecil Besar Perak dan Yang Teramat Mulia Raja Nazira Safya Binti Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang kedua-duanya merupakan anakanda kepada Sultan Nazrin Shah (Sultan Perak ke-35).
Pendidikan
[sunting | sunting sumber]Raja Ahmad Nazim memulakan pelajaran di Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara. Beliau kemudiannya meneruskan pelajaran peringkat menengah di salah sebuah sekolah menengah yang berprestij di Malaysia, Sekolah Antarabangsa Garden (GIS). Selepas menamatkan A-Level di Kolej Marlborough, Raja Ahmad Nazim melanjutkan pelajaran ke salah satu universiti yang tertua dan juga terkenal iaitu, Universiti Cambridge, United Kingdom.[6]
Kerabat dan keluarga
[sunting | sunting sumber]Nama | Keputeraan | Tempat Keputeraan | Umur |
---|---|---|---|
Yang Berbahagia Dato' Seri Noraini Jane Binti Tan Sri Kamarul Ariffin |
25 Julai 1959 | Hospital Kuala Lumpur | 65 tahun, 5 bulan dan 9 hari |
Yang Mulia Raja Eminah Alliyah | 17 September 1992 | Kuala Lumpur | 32 tahun, 3 bulan dan 17 hari |
Yang Mulia Raja Bainunisa Safia | 3 April 1997 | Kuala Lumpur | 27 tahun dan 9 bulan |
Darjah kebesaran
[sunting | sunting sumber]Raja Ahmad Nazim telah dianugerahkan:
- Darjah Kerabat Azlanii Kelas Kedua (DKA II, 24.4.2010)
- Darjah Seri Paduka Cura Si Manja Kini (S.P.C.M.) 27 Ogos 2016 - Dato' Seri
Terasul dan gelaran
[sunting | sunting sumber]Gelaran hormat bagi Raja Ahmad Nazim Azlan Shah | |
Gaya panggilan | Yang Teramat Mulia |
---|---|
Gaya pertuturan | Engku |
Gaya pilihan | Raja Kecil Sulong |
- 10 Mac 1994 - 10 Mac 2010: Yang Mulia Raja Ahmad Nazim Azlan Shah bin Raja Dato' Seri Ashman Shah
- 10 Mac 2010 - 1 April 2013: Yang Teramat Mulia Raja Kecil Tengah Perak Darul Ridzuan Raja Dato' Ahmad Nazim Azlan Shah bin Raja Dato' Seri Ashman Shah
- 6 September 2014 - Kini: Yang Teramat Mulia Raja Kecil Sulong Perak Darul Ridzuan Raja Dato' Seri Ahmad Nazim Azlan Shah bin Almarhum Raja Ashman Shah
Nama penuh berserta gelaran rasmi ialah: Yang Teramat Mulia Raja Kecil Sulong Perak Darul Ridzuan Raja Dato' Seri Ahmad Nazim Azlan Shah bin Almarhum Raja Ashman Shah, D.K.A. II, S.P.C.M.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Sultan Perak
- Sejarah Perak
- Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Yussuf Izzuddin Shah
- Tuanku Siti Bainun binti Mohd Ali
- Raja Ashman Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah
- Datin Seri Noraini Jane
- Sultan Nazrin Muizuddin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah
- Tuanku Zara Salim Davidson
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- ^ "PERAK16". royalark.net. Dicapai pada 22 Jun 2014. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ "Maharum Bugis Syah (MBS): YTM Dato' Raja Ahmad Nazim Azlan Shah". tengkusyah.blogspot.com. Dicapai pada 22 Jun 2014. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ Raja Ahmad dilantik Raja Kechil Sulung Perak
- ^ "Raja Ashman Anakanda Sultan Perak Mangkat Akibat Asthma". BERNAMA. 30 Mac 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-06. Dicapai pada 30 Mac 2012. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ "Alert! - ESET NOD32 Antivirus". perihalnegara.blogspot.com. Dicapai pada 22 Jun 2014. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ "MALAYSIA IN CRISIS: Dinasti Azlan Shah Bahagian Akhir". webcache.googleusercontent.com. Dicapai pada 22 Jun 2014. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan)
Yang Teramat Mulia Raja Kechil Sulung Perak Raja Ahmad Nazim Azlan Shah Ibni Almarhum Raja Dato' Seri Ashman Shah Tarikh keputeraan: 10 Mac 1994
| ||
Kerabat diraja Malaysia | ||
---|---|---|
Gelaran Diraja | ||
Susunan penggantian | ||
Didahului oleh Raja Ashman Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah |
Pewaris Tahkta Negeri Perak Darul Ridzuan Kedudukan keempat 16 Mac 2010 - 30 Mac 2012 |
Pemegang jawatan kini Heir: Raja Ahmad Nazim Azlan Shah |
Didahului oleh tiada |
Raja Kechil Sulung Perak Waris keempat Kesultanan Perak 1 April 2013 - Kini |
Pemegang jawatan kini |