Pergi ke kandungan

Orang Tamil Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Orang Tamil Malaysia
Bastianpillai Paul Nicholas
Bastianpillai Paul Nicholas atau dikenali sebagai B.P Nicholas merupakan pengasas Oriental Bank of Malaya.Beliau merupakan pengasas bank berketurunan Asia yang pertama di Malaya.
Kawasan ramai penduduk
Negeri Sembilan, Perak, Selangor, Singapura, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Kedah dan Johor
Bahasa
Tamil, Bahasa Inggeris, Tanglish dan Bahasa Melayu
Agama
Hinduisme, Islam, Kristian

Orang Tamil Malaysia merujuk kepada penduduk Malaysia yang berketurunan Tamil yang berasal dari India dan Sri Langka. Mereka merangkumi 80% penduduk berketurunan India di Malaysia.Walaupun sebahagian besar daripada penghijrahan berlaku semasa zaman penjajahan British telah mewujudkan masyarakat Tamil merentasi satu milenium[1][2].

Latar Belakang

[sunting | sunting sumber]

Orang Tamil sudah sampai ke Kepulauan Melayu sebelum era Penjajah British, terutamanya sejak tempoh kegemilangan Kerajaan Chola di India Selatan sejak abad ke-11.Waktu itu, orang Tamil merupakan kalangan rakyat perdagangan maritim yang terkenal di Asia.Walaupun sebahagian besar pendatang-pendatang di Asia Tenggara telah diserap bersama kumpulan etnik majoriti Melayu tetapi sesetengah golongan masyarakat seperti umat Islam Tamil dan Chittys Melaka adalah sisa-sisa sejarah penghijrahan ini lebih awal.[3]

Agama Masyarakat Tamil Malaysia
Agama Percent
Hindu
  
92.39%
Kristian
  
3.87%
Islam
  
3.48%
Agama Lain
  
0.26%

92.39% daripada masyarakat Tamil berpegang kepada agama Hindu, 3.87% agama Kristian, 3.48% Islam dan 0.26% lain - lain.

  1. ^ https://www.transcomm.ox.ac.uk/working%20papers/ravijain.pdf
  2. ^ www.mediaasiaconference.humanities.curtin.edu.au/pdf/Amira%20Firdaus.pdf
  3. ^ Sneddon, James (2003). The Indonesian Language: Its history and role in modern society. Sydney: University of South Wales Press Ltd. m/s. 73.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]