Nello Santi
Nello Santi (lahir September 22, 1931) ialah seorang konduktor opera dan orkestra berasal dari Itali. Beliau kerap digelar "Papa Santi" oleh rakan-rakan muzik untuk menunjukkan penghargaan mereka terhadap kerja-kerja muzik beliau.
Biografi
[sunting | sunting sumber]Santi dilahirkan di Adria (Veneto), Itali. Beliau mendapat pendidikan gubahan muzik di Liceo musicale di Padua. Pada tahun 1951, beliau membuat debut sebagai konduktor orkestra di Padua memimpin orkestra untuk persembahan opera Verdi yang berjudul Rigoletto di Teatro Verdi. Beliau dilantik sebagai pengarah muzik di Zurich Opera House dari tahun 1958 hingga 1969. Beliau telah memimpin banyak opera-opera di pelbagai rumah-rumah opera di serata dunia termasuklah Metropolitan Opera, Royal Opera House, Teatro alla Scala dan Verona Arena.
Rakaman terpilih
[sunting | sunting sumber]- 1971: Leoncavallo - Pagliacci bersama Placido Domingo, Montserrat Caballe, Sherrill Milnes; London Symphony Orchestra and Chorus; Audio CD: RCA
- 1981: Giordano - Andrea Chenier bersama Plácido Domingo, Gabriela Benackova, Piero Cappuccilli; Vienna State Opera orchestra and chorus; DVD: Deutsche Grammophon; Cat: 00440 073 4070
- 1982: Puccini - La fanciulla del West bersama Carol Neblett, Plácido Domingo, Silvano Carroli; Royal Opera House, Covent Garden Orchestra and Chorus; DVD: Kultur Video; ASIN: 032031203822
- 1988: Rossini - Guglielmo Tell bersama Antonio Salvadori, Maria Chiara, Salvatore Fisichella; Condor, Opernhaus-Zurich; TV/DVD
- 2000: Verdi - I due Foscari bersama Leo Nucci, Vincenzo La Scola, Alexandrina Pendatchanska; Teatro San Carlo Orchestra and Chorus; DVD: TDK