Pergi ke kandungan

Neera Azizi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Neera Azizi
Kelahiran
Nurazneera binti Azizi

(1998-07-11) 11 Julai 1998 (umur 26)
Nama lainNeera Azizi
Pekerjaan
Tahun aktif2016–kini
SaudaraZeera Azizi
(kakak)

Neera Azizi (lahir Nurazneera Azizi; 11 Julai 1998) merupakan seorang pelakon, model dan penyanyi wanita Malaysia.[1][2] Beliau memulakan kerjaya lakonan pada 2016, dengan peranan televisyen termasuk Sayangku Kapten Mukhriz (2016), Miss Kapten Cikgu Waiz (2017), dan Melankolia (2018).[3][4] Beliau ialah adik kepada pelakon Zeera Azizi.

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Nurazneera binti Azizi dilahirkan pada 11 Julai 1998 di Bandar Melaka, Melaka dan dibesarkan di Kuantan, Pahang.[5] Kakaknya, Nurazeera "Zeera" Azizi merupakan seorang penyanyi dan peserta Dewi Remaja 2018/19.[6]

Beliau mula mencapai kemasyhuran dalam kerjaya hiburan tanah air setelah dipilih menjayakan watak sebagai Dr. Anisa dalam drama adaptasi novel, Sayangku Kapten Mukhriz yang dibintangi oleh Raja Afiq dan Niena Baharun.[7]

Neera paling dikenali menerusi gandingannya bersama pelakon Singapura Erwin Dawson menerusi drama Miss Kapten Cikgu Waiz arahan M. Hitler Zami yang mana beliau memegang watak sebagai Khalisha. Untuk drama ini, beliau mempelajari sistem kokpit pesawat.[8]

Beliau juga pernah muncul dalam muzik video "Menatap Dalam Mimpi" nyanyian Datuk Siti Nurhaliza dan "Bulan Bintang" nyanyian Izzmad Harun.[2] Neera merupakan penyokong tegar pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia.[9]

Neera paling dikenali menerusi watak lakonannya sebagai Sha, seorang pelajar Indonesia dalam drama Nasi Kerabu Untuk Che Abe (2020) yang memerlukan beliau untuk bertutur bahasa Indonesia.[10]

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Catatan
2022 Musyrik Sabrina Filem pertama
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2016 Cinta Tangkap Muat Unifi TV Drama pertama
Sayangku Kapten Mukhriz Dr. Anisa TV3
Patahnya Sebelah Sayap Mira
Suri Hati Mr. Pilot Emira Astro Ria
Ainur Mardhiyah Aina Safiyyah TV9
2017 Miss Kapten Cikgu Waiz Khalisha TV3
Sedingin Cinta Antasya Antasya Unifi TV
2018 Melankolia Nadia TV3
Doa Ku Mohon Penampilan Khas
Andainya Takdir 2 Sofea
2019 Plan Cinta Mira
Semua Salahku Shila
2020 Nasi Kerabu Untuk Che Abe Sha
2020–2021 Potong Sue Astro Warna Penampilan khas
2021 Kiblat Yang Hilang Jannah Awesome TV
Jangan Menangis Cinta Mariam TV1
Malaysian Ghost Stories Puteri Astro Ria Episod: "Ulek Mayang"
Hani Episod: “Janin”
2022 Teguh Mira TV Okey
Nurlaila Ina TV1
Aku Yang Merinduimu Tasya
Adakah Engkau Menungguku Lara Sofea TV3
2023 Bukan Syurga Pilihan Tina Astro Prima
Bukan Lelaki Terhebat Ratna TV3
Kau? C.E.O Aku? Mila Armilia TV1
4 Musim Cinta Rose TV Okey
Saya Tunggu Awak Intan TV1
Alter-Naratif Kina Jaafar Viu
Bukan Cinta Sempurna Marina Astro Ria
Rajuk Karina Balqish TV3
2023–2024 Mystic Village Mona Astro Premier
Jangan Lupa Janji Murni Astro Ria
Syurga Itu Bukan Mudah Nory Penampilan khas

Telefilem

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2016 Cik Sayur Encik Seafood TV9 Telefilem pertama
Cik Celah Bedah
2017 Musafir Lalu Sarah
2020 Manipulasi TV2
2022 Kampung Si Rabun
Dunia Kita Berbeza TV1
Luruh Sofea TV2
2023 Ai De Mingyun

Muzik video

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Penyanyi
2016 "Menatap Dalam Mimpi" Siti Nurhaliza
"Bulan Bintang" Izzmad Harun

Televisyen

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2020 Oops Terkena (Episod 2) Artis Jemputan Awesome TV

Diskografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk
2018
"Rasa Hati"

Anugerah dan pencalonan

[sunting | sunting sumber]
Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Artis Baru Wanita Popular Tercalon
  1. ^ Kamarul Halim Kamal (15 Februari 2018). "Neera Azizi dari pelakon kini jadi penyanyi". Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Februari 2018. Dicapai pada 26 Jun 2018.
  2. ^ a b Ridzuan Abd Rahman (18 Oktober 2016). ‘Tiada sebab nak berlagak’ - Neera Harian Metro. Dicapai pada 27 Jun 2018.
  3. ^ Najiy Jefri (13 Ogos 2017). Tarik nafas lega Harian Metro. Dicapai pada 27 Jun 2018.
  4. ^ Najiy Jefri (24 Februari 2018). Neera persiapkan diri Harian Metro. Dicapai pada 2 Julai 2018.
  5. ^ Aida Rismariza Kamaruddin (3 April 2018). "Kecaman tidak gugat Neera Azizi". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Oktober 2018. Dicapai pada 27 Jun 2018.
  6. ^ Sairul Zamri Misrani (22 Mac 2021). "Neera Aziz, ada di dalam tiada". Kosmo!. Dicapai pada 1 Mei 2021.
  7. ^ Khadijah Ibrahim (19 September 2016). "Neera popular kerana doktor Anisa". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Jun 2018. Dicapai pada 27 Jun 2018.
  8. ^ Wartawan Sinar Harian (27 Julai 2017). Neera Azizi luang masa pelajari sistem kokpit Sinar Harian. Dicapai pada 27 Jun 2018.
  9. ^ Khadijah Ibrahim (17 Ogos 2017). Neera Azizi penyokong pasukan bola sepak negara Utusan Malaysia. Dicapai pada 22 Julai 2018.
  10. ^ Khadijah Ibrahim (5 Jun 2020). Neera jadi Minah Indon Bebas News. Dicapai pada 7 Julai 2020.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]