Pergi ke kandungan

Mikosis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Mikosis merupakan mekanisma sesuatu kulat melepasi rintangan-rintangan dalam tubuh manusia atau haiwan untuk menghasilkan sesuatu infeksi penyakit.

Pengelasan

[sunting | sunting sumber]

Mikosis ini diklasifikasikan mengikut kepada tahap pengkolonian di dalam tisu:

  1. Mikosis superfisial - Terhad kepada lapisan kulit terluar kulit atau rambut.
  2. Mikosis kutanus - Memasuki ke dalam permukaan lapisan epidermis kulit yang mendatangkan penyakit kulit atau kuku. Jangkitan hanya terhad kepada lapisan berkeratin seperti kulit, rambut dan kuku. Jangkitan ini boleh merangsang imuniti badan untuk bertindakbalas kepada jangkitan. Punca yang disebabkan penyakit ini adalah dermatofit ataupun dikenali sebagai panau. Faktor penyakit setakat ini adalah terdiri daripada 41 spesies.
  3. Mikosis subkutaneous - Infeksi melibatkan lapisan dermis, tisu subkutanus, otot dan juga lapisan fasia.