MTR
Mass Transit Railway (MTR) 港鐵 Perkhidmatan Rel Transit Massa | |
---|---|
Fail:HK MTR logo.svg | |
Umum | |
Lokasi | Hong Kong |
Jenis transit | |
Jumlah laluan/aliran |
|
Jumlah stesen |
|
Bil. penumpang harian | November 2023:
4,823,000 (laluan metro bandar sahaja, tanpa penumpang rentas sempadan) 5,764,000 (Semua pengangkutan rel, termasuk rel ringan dan kereta api berkelajuan tinggi) |
Bil. penumpang tahunan | Januari 2023 ke Disember 2023
1,586,646,000 (laluan metro bandar sahaja, tanpa penumpang rentas sempadan) 1,896,798,000 (Semua pengangkutan rel, termasuk rel ringan dan kereta api berkelajuan tinggi) |
Laman sesawang | mtr.com.hk |
Operasi | |
Mula beroperasi |
|
Pengendali | MTR Corporation |
Teknikal | |
Panjang sistem | |
Tolok landasan |
|
sunting |
Mass Transit Railway (MTR) (Perkhidmatan Rel Transit Massa) merupakan rangkaian pengangkutan awam utama yang memberikan perkhidmatan rel kepada Hong Kong. Dikendalikan oleh MTR Corporation (MTRCL), ia terdiri daripada perkhidmatan rel berat, rel ringan dan bas pengantara yang berpusat pada rangkaian transit aliran 10 laluan yang memberikan perkhidmatan rel kepada kawasan yang dibandarkan di Pulau Hong Kong, Kowloon dan Wilayah Baharu. Sistem rel ini termasuk 245.3 kilometer (152.4 bt) landasan rel setakat Disember 2022 dengan 179 stesen, termasuk 99 stesen rel berat, 68 hentian rel ringan dan 1 perhentian penghabisan kereta api berkelajuan tinggi.
Di bawah dasar pengangkutan berasaskan rel pemerintah Hong Kong,[4] sistem MTR merupakan mod pengangkutan awam yang biasa di Hong Kong, dengan rata-rata lebih lima juta setengah perjalanan dilakukan setiap hari bekerja, selalu mencapai kadar tepat masa 99.9 peratus dalam ketibaan dan perlepasan kereta apinya. Sehingga tahun 2018, MTR memiliki 49.3 peratus saham pasaran pengangkutan awam berfrancais, menjadikannya pilihan pengangkutan yang paling popular di Hong Kong.[5] Persepaduan teknologi pembayaran tambang kad pintar Octopus ke dalam sistem MTR pada September 1997 telah menambah lebih lanjut kesenangan berulang-alik dengan MTR.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaMTR-train-services
- ^ a b Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamabusiness-overview
- ^ "MTR Press Release" (PDF). MTR Corporation. 2012. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 17 October 2015. Dicapai pada 11 March 2013.
- ^ Merging Hong Kong's Railways Diarkibkan 4 Mac 2016 di Wayback Machine, Civic Exchange, 2004
- ^ "2018 Annual Report" (PDF). MTR Corporation. m/s. 32. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 29 October 2020. Dicapai pada 8 September 2019.