Jin Notti
Jin Notti | |
---|---|
Pengarah | Azhari Zain |
Penulis | Azhari Zain |
Dihasilkan oleh | Norman Abdul Halim Yusry Abdul Halim Edry Abdul Halim |
Dibintangi | Fara Fauzana Mawi Cat Farish |
Syarikat penerbitan | |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Bajet | RM 0.486 juta |
Pecah panggung | RM 2.04 juta |
Jin Notti ialah filem komedi fantasi Malaysia 2009 yang diterbitkan di Malaysia pada 20 September 2009. Diarahkan oleh Azhari Zain, filem ini yang dibintangi oleh Fara Fauzana dan Mawi merupakan filem ke-4 KRU Studios. Jin Notti juga menonjolkan sebilangan watak sambilan Cina dan India, dengan pelat-pelat dan ungkapan masing-masing yang menambahkan hiburan. Filem ini ditaja oleh Syarikat telefon|syarikat telekomunikasi gergasi, Telekom Malaysia, dan merupakan filem pertama tajaan Telekom.[1]
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Standard kesusilaan sesebuah masyarakat berbeza-beza antara satu sama lain. Namun dalam dunia jin, apa yang dianggap sebagai kelakuan yang terburuk di dunia manusia merupakan kelakuan yang terbaik.
Notti (Fara Fauzana) ialah jin gadis berusia 117 tahun yang amat sangat "buruk" kelakuannya. Lantaran, dia dihukum dan dikurung di dalam penjara yang digelar "All Alone" oleh Majlis Penghakiman Jin. Bagaimanapun, pemenjaraan tidak berjaya memulihkan Notti menjadi jin yang "baik". Ekoran, Notti dihukum turun ke dunia manusia untuk bergaul dengan golongan yang terjahat. Jinbara (Cat Farish), peguamnya, diperintah oleh Majlis Penghakiman supaya menemani dan menasihatinya melakukan kenakalan pada sepanjang hukumannya di dunia manusia.
Meskipun demikian, Notti yang dihantar ke dalam badan Ruby gagal membuat jahat walaupun bergaul dengan Zulu (Sazzy Falak), seorang pemudi punk yang nakal dan liar daripada keluarga berpecah-belah]]. Selepas kegagalan pertama, Notti meminta Majlis Penghakiman Jin membenarkannya memasuki tubuh gangster. Dengan kebenaran diberikan, dia memasuki tubuh Yvonne, seorang perempuan Cina yang merupakan teman wanita kepada ketua kongsi gelap. Walaupun demikian, Notti masih tidak berjaya kerana sifatnya yang murni sentiasa muncul pada saat yang genting, iaitu dia tidak sanggup menembak Ajiz, seorang polis yang menyamar. Bagaimanapun, atas rayuan peguamnya, Notti diberikan peluang ketiga dan terakhir. Dia memasuki badan Sharifah, seorang peguam yang sedang membela seorang perogol. Tanggungjawab seorang peguam bela adalah untuk membela pelanggan yang melakukan jenayah tetapi Notti sebaliknya mendedahkan jenayah pelanggan Sharifah. Oleh itu, dia gagal sekali lagi.
Jin Notti dirumitkan apabila Notti mula jatuh cinta dengan Aziz (Mawi), seorang lelaki yang ditemuinya. Dapatkah Notti bersama cinta dan mencari haluan kehidupannya yang tersendiri?
Pelakon
[sunting | sunting sumber]Pelakon utama
[sunting | sunting sumber]- Fara Fauzana sebagai Notti
- Mawi sebagai Aziz
- Cat Farish sebagai Jinbara
- Bob Lokman sebagai Jin Samsu
- Adibah Noor sebagai Sofea Jin
- Accapan sebagai VG Jinggam
Pelakon pembantu
[sunting | sunting sumber]- Sazzy Falak sebagai Zulu
- Hafidzuddin Fazil sebagai Nasty
- Aziz M. Osman sebagai Hisyam dan Razlan
- Sheila Mambo sebagai Mak Zulu
- Arie Zaharie sebagai Bapa Zulu
- Shahridayu Ahmad Shafawi sebagai Lola
- Adam Corrie sebagai Boboy Gangster
- Bobby Hazrin Abu Hassan sebagai Pembantu Gangster 1
- Kitson Tan sebagai Pembantu Gangster 2
- KC Chin sebagai Pembantu Gangster 3
- Amir Hamzah sebagai Pembantu Gangster 4
- David Teo sebagai Taiko
- Jackee Tan sebagai Pembantu Taiko 1
- Ronnie Kee sebagai Pembantu Taiko 2
- Billy Ho sebagai Pembantu Taiko 3
- Dannis Lim sebagai Pembantu Taiko 4
- Chermaine Poo sebagai Eyvonne
- Nabil Ahmad sebagai Pusher
- Sally Teo sebagai Mak Boboy Gangster
- Norman Abdul Halim sebagai Hakim
- Betty Banafe sebagai Pendakwaraya
- Fadly Radzi sebagai Pemandu Teksi