Pergi ke kandungan

Jam tangan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jam tangan lampau buatan Waltham yang dipakai oleh para perajurit di Perang Dunia Pertama (Deutsches Uhrenmuseum, Inv. 47-3352)

Jam tangan merupakan sejenis jam yang lazimnya dipakai di atas pergelangan tangan atau bertaut pada rantai dan dibawa dalam kocek baju. Jam tangan merupakan jenis jam yang paling am digunakan kini. Jam tangan berubah rupa pada abad ke-17 dari jam janaan spring yang muncul pada abad ke-15. Jam-jam tangan yang terawal hanya bersifat mekanik. Seiring dengan kemajuan teknologi, mekanisme-mekanisme yang digunakan untuk mengukur masa telah banyak digantikan oleh penggunaan getaran kuarza atau nadi elektronik.[1] Jam tangan elektronik digital yang sulung dibangunkan pada tahun 1970.[2]

Sebelum jam gelang tangan menjadi laris pada 1920-an, kebanyakan jam tangan merupakan jam poket yang bertutup dan dibawa dalam poket dan berantai.[3] Pada awal 1900-an, jam gelang tangan hanya dipakai oleh kaum wanita dan dianggap tidak lebih daripada kegilaan sementara daripada jam yang mantap. Kaum lelaki yang gemar membawa jam poket pula dikatakan "lebih rela memakai skirt daripada jam tangan".[4] Pendirian ini berubah pada Perang Dunia Pertama apabila para askar di medan perang mendapati jam poket tidak sesuai digunakan lalu memasang jam mereka pada pergelangan tangan dengan jalur kulit yang terangkup. Juga dipercayai bahawa Girard-Perregaux melengkapi Tentera Laut Diraja Jerman dengan jam gelang tangan sebegitu rupa seawal 1880-an untuk kegunaan sewaktu menyelaraskan serangan di laut serta menembakkan api meriam.[4]

Kebanyakan jam tangan yang berharga murah dan sederhana yang digunakan terutamanya untuk menjaga waktu merupakan jam elektronik dengan jalanan kuarza.[1] Jam tangan mahal-mahal yang dihargai lebih atas kemahiran kerja dan tarikan estetika daripada sekadar menjaga waktu, selalunya berjalan secara mekanikal sahaja dan dijana oleh spring walaupun perjalanan mekanikal kurang jitu daripada perjalanan kuarza yang lebih murah. Selain waktu, jam tangan masa kini sering memaparkan hari, tarikh, bulan dan tahun, apatah lagi jam elektronik yang lebih banyak fungsinya. Tidak jarang adanya jam-jam yang menyediakan ciri-ciri tambahan yang berkenaan waktu seperti jam randik, kronograf dan jam loceng. Sesetengah jam tangan terkini juga merangkumi ciri-ciri GPS[5] atau pengawasan nadi jantung[6].

Jenis-Jenis Jam Tangan

[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah antara beberapa jenis jam tangan yang terdapat di pasaran Malaysia dan di dunia;

  1. Jam Tangan Lelaki
  2. Jam Tangan Wanita
  3. Jam Tangan Analog
  4. Jam Tangan Digital
  5. Jam Tangan Pintar
  1. ^ a b "The History of Watches". SteelWatch.co. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-07. Dicapai pada 2013-04-07.
  2. ^ Pulsar LED Smithsonian Diarkibkan 2011-03-23 di Wayback Machine
  3. ^ The New Oxford American Dictionary (2nd Ed., eBook edition), Oxford University Press, 2008
  4. ^ a b John E. Brozek (January 2004). "The History and Evolution of the Wristwatch". International Watch Magazine. InfoQuest Publishing, Inc.
  5. ^ "Epson announces world's lightest GPS watch". The Verge. Dicapai pada 14 April 2012.
  6. ^ "Heartrate Watch Company". Heartrate Watch Company. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-04-30. Dicapai pada 14 April 2012.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  1. Ideal4men Diarkibkan 2017-04-16 di Wayback Machine