Jalan raya selorong
Penampilan
Jalan raya selorong merupakan sejenis jalan raya yang membenarkan lalu lintas dua hala tetapi tidak cukup lebar (selebar selorong sahaja) untuk dua kenderaan dari kedua-dua arah bertentangan berselisih. Di Malaysia, jalan raya selorong sangat lazim ditemui sebagai jalan kampung. Untuk membolehkan jalan tersebut menampung aliran trafik dua hala, sesetengah negara membina tempat berselisih di sepanjang jalan untuk membolehkan kenderaan berselisih, manakala negara-negara lain pula sekadar menetapkan lebar minimum jalan (termasuk bahu jalan) yang cukup lebar untuk dua kenderaan dari arah bertentangan berselisih; kenderaan dari kedua-dua hala akan beranjak ke bahu jalan semasa berselisih.