Hazara
Hazāra (Parsi: هزاره ) ialah sebuah kumpulan etnik yang kebanyakannya berada di Afghanistan. Populasi Hazara juga dapat ditemui di Iran, Pakistan, Scandinavia, Australia dan New Zealand.
Agama
[sunting | sunting sumber]Orang Hazara secara majoritinya ialah penganut yang beragama Islam Syiah, walaupun ada beberapa populasi yang menganut Sunni dan Ismaili di daerah utara dan barat laut Afghanistan.
Bahasa
[sunting | sunting sumber]Orang Hazara bertutur dalam bahasa Hazara dengan dialek bahasa Parsi dengan beberapa kata-kata daripada Bahasa-bahasa Turkik dan bahasa Mongolia. Banyak orang Hazara di kota-kota yang lebih besar seperti Kabul dan Mazari Sharif menuturi bahasa Dari, sementara orang Hazara dari provinsi Daykundi dan daerah Dai Zangi mempunyai banyak pengaruh Bahasa-bahasa Turkik dan bahasa Mongolia dalam bahasa mereka. Orang Hazara di Quatta, Pakistan lebih banyak menggunakan perkataan-perkataan bahasa Urdu dan bahasa Inggeris.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- Macgregor, Central Asia, (Calcutta, 1871)