Haji Ahmad J.P
Haji Ahmad J.P. M.B.E., J.P. | |
---|---|
Kelahiran | Ahmad bin Abdul Rahman 1909 Kupang, Baling, Kedah |
Meninggal dunia | 1971 (berumur 61–62) Kupang, Baling, Kedah |
Terkenal kerana | menentang komunis, menguruskan sekolah pondok Madrasah Khairiyah, Kedah, menyertai Majlis Negeri Kedah sebelum kemerdekaan. |
Haji Ahmad J.P atau nama sebenar Haji Ahmad bin Haji Abdul Rahman ialah seorang ulama dan ahli politik dari Kedah, Malaysia.
Latar belakang
[sunting | sunting sumber]Bapa beliau, Haji Abdul Rahman bin Haji Abdullah bin Haji Abdul Latif al-Patani ialah keturunan ulama Patani yang berasal dari Kota Baharu Reman. Keluarga ayah beliau berpindah dari Patani ke Kota Kuala Muda di Kedah dan seterusnya berpindah ke Kupang, Kedah untuk menyertai kaum kerabat beliau yang tinggal di pesisir Sungai Kupang seperti Kampong Sadik, Kampong Tanjong, Kampong Pisang dan Kampong Jerai.
Pendidikan
[sunting | sunting sumber]Beliau mendapat pendidikan tidak formal sewaktu kecil manakala pendidikan formal diperolehi daripada Pondok Kemelong, Sik, Kedah sama seperti sepupu beliau Tuan Guru Haji Yahya Taha. Pondok Kemelong, Sik pada waktu itu berada di bawah pentadbiran Tuan Guru Haji Yaakub menjadi pusat pengajian yang dikenali di Kedah selepas Perang Dunia Pertama (1916) kerana terdapat pelajar yang datang dari daerah lain dari Asia Tenggara seperti Indonesia, Patani, Legor, Bangkok dan Kampuchea. Banyak lepasan pondok ini merupakan ulama terkenal seperti Syekh Abdul Kadir al-Mandili dari Indonesia yang meningal dunia di Mekah, Tuan Guru Haji Yasin bin Sibar dari Negeri Sembilan yang juga meninggal dunia di Mekah dan Tuan Guru Haji Yahya Taha.
Pada tahun 1930-an, Haji Ahmad berangkat ke Mekah dan kembali pada tahun 1940 iaitu sebelum Jepun menduduki Tanah Melayu. Kepulangan beliau membawa kekuatan kepada Madrasah Khairiah kerana peranan beliau sebagai penolong dan penasihat Tuan Guru Haji Yahya. Beliau memegang jawatan pengerusi madrasah tersebut daripada tahun 1935 hingga 1969.
Beliau dikenali sebagai Paksu Haji Ahmad J.P. oleh penduduk daerah Baling.
Politik
[sunting | sunting sumber]Haji Ahmad terlibat dalam penentangan terhadap komunis dan bergiat dalam politik.
Menentang komunis
[sunting | sunting sumber]Semasa pemberontakan komunis di Tanah Melayu, Sekolah Melayu Kupang telah menjadi markas komunis dan telah menyebabkan gangguan di kampung sekitar. Haji Ahmad dan rakannya Haji Yahya Taha telah mengetuai perarakan menghalau komunis dengan laungan kuat takbir dan tahlil dan berhenti di Masjid Kupang yang terletak bertentangan dengan sekolah tersebut. Di masjid itu, mereka bertakbir dan bertahlil dengan kuat sehingga menggerunkan pihak komunis dan akhirnya melarikan diri.[1]
Menyemarak semangat kemerdekaan
[sunting | sunting sumber]Pada 1946, Haji Ahmad telah berjaya membawa Presiden Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Dato' Onn Jaafar ke sebuah perhimpunan di madrasahnya di Kupang, Baling yang telah dihadiri lebih 1000 orang penduduk. Perhimpunan itu juga turut dihadiri oleh Sultan Kedah.[2] Perhimpunan tersebut diadakan bagi menzahirkan penentangan terhadap penubuhan Kesatuan Tanah Melayu.
Haji Ahmad juga pernah dilantik menjadi ahli masjlis mesyuarat kerajaan negeri Kedah daripada 1947 hingga 1957[3].
Anugerah dan pengiktirafan
[sunting | sunting sumber]- Empayar British
- Ahli Darjah Empayar British (M.B.E.) - 1953[4]
- Kedah
- Jaksa Pendamai (J.P.) - 1950[5]
Meninggal dunia
[sunting | sunting sumber]Haji Ahmad meninggal dunia pada malam Jumaat, 1971 dalam usia 63 tahun.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Haniffa, Mohamed Ali (2023-06-23). "The Japanese Occupation and The Role of Religious Leaders in Raising National Awareness in Malaya: Pendudukan Jepun dan Peranan Agamawan Dalam Membangkitkan Kesedaran Bangsa di Tanah Melayu". Perspektif Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan (dalam bahasa Inggeris). 15 (1): 1–12. doi:10.37134/perspektif.vol15.1.1.2023. ISSN 2462-2435.
- ^ Sultan Of Kedah Meets Dato Onn
- ^ Kedah Councillors
- ^ SUPPLEMENT TO THE LONDON GAZETTE, 1 JANUARY, 1953
- ^ 4 NEW JPs IN KEDAH