Pergi ke kandungan

Deborah Birx

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Deborah Birx
Penyelaras Bertindak Koronavirus Rumah Putih
Menyandang jawatan
27 Februari 2020
PresidenDonald Trump
Didahului olehJawatan ditubuhkan
United States Global AIDS Coordinator
Menyandang jawatan
4 April 2014
PresidenBarack Obama
Donald Trump
Didahului olehEric Goosby
Maklumat peribadi
Lahir (1956-04-04) 4 April 1956 (umur 68)
Pennsylvania, Amerika Syarikat
Anak2
PendidikanKolej Houghton (BS)
Pusat Perubatan Hershey, Universiti Negeri Pennsylvania. (MD)
Perkhidmatan tentera
Kesetiaan Amerika Syarikat
Cabang/khidmatBendera Tentera Darat Amerika Syarikat Tentera Darat Amerika Syarikat
PangkatKolonel
Anugerah tenteraLegion of Merit
Birx bersama Timbalan Presiden Mike Pence pada Mac 2020

Deborah Leah Birx (lahir 4 April 1956) adalah doktor dan diplomat Amerika Syarikat yang pakar dalam imunologi HIV/AIDS, penyelidikan vaksin, dan kesihatan global.[1] Pada Mac 2020, Birx berperanan sebagai Penyelaras Bertindak Koronavirus untuk Pasukan Petugas Koronavirus Rumah Putih oleh Pentadbiran Trump.[2][3] Dari tahun 2014 hingga 2020, Birx berkhidmat sebagai Duta Besar dan United States Global AIDS Coordinator, di mana beliau bertanggungjawab untuk program President's Emergency Plan for AIDS Relief (PEPFAR) di 65 buah negara yang menyokong program rawatan dan pencegahan HIV/AIDS.[4]

Kehidupan awal dan pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Birx dilahirkan di Pennsylvania. Beliau adalah anak perempuan Donald Birx, seorang ahli matematik dan jurutera elektrik, dan Adele Sparks Birx, seorang pengajar kejururawatan.[5][6][7] Birx dan keluarganya tinggal di Lancaster, Pennsylvania, selama beberapa tahun semasa awal kehidupannya, di mana beliau bersekolah di Sekolah Daerah Lampeter-Strasburg, termasuk Sekolah Tinggi Lampeter-Strasburg.[7] Projek sains tahun pertama Birx, dipamerkan pada tahun 1971 di Pameran Sains Lancaster City-County, yang memfokuskan pada paleobotani.[7] Pada tahun berikutnya, Birx, yang merupakan mahasiswi sekolah menengah, menduduki tempat ketiga di Pameran Sains Lancaster yang sama dengan pameran yang lebih mendalam mengenai paleobotani dan batu.[7] Dalam wawancara tahun 1972 bersama Lancaster New Era, Birx menjelaskan minatnya terhadap subjek projeknya, dengan mengatakan, "Saya setuju bahawa sejarah mungkin tidak dapat membantu anda meramalkan masa depan, oleh sebab itulah saya suka batu. Mereka lebih konsisten daripada orang."[7]

Keluarga Birx kemudian berpindah ke Carlisle, Pennsylvania, di mana beliau lulus dari Sekolah Tinggi Carlisle.[8]

Pada tahun 1976, Birx mendapat BS dalam bidang kimia dari Kolej Houghton. Pada tahun 1980, Birx memperoleh MD dari Pusat Perubatan Hershey, Universiti Negeri Pennsylvania.[5]

  1. ^ Das, Pamela (November 2016). "Deborah L Birx: on a mission to end the HIV/AIDS epidemic". The Lancet (dalam bahasa Inggeris). 388 (10060): 2583. doi:10.1016/S0140-6736(16)32227-9.
  2. ^ Pence, Mike (27 Februari 2020). "Vice President Pence Announces Ambassador Debbie Birx to Serve as the White House Coronavirus Response Coordinator". The White House (dalam bahasa Inggeris).
  3. ^ Stolberg, Sheryl Gay (3 April 2020). "Rakyat AS tidak patuh penjarakan sosial". Bernam. Harian Metro. Dicapai pada 16 April 2020.
  4. ^ Rushton, Mary (2015). "Six Prominent Women Scientists Making a Difference in the AIDS Fight". IAVI Report (dalam bahasa Inggeris). 19 (2).
  5. ^ a b Kerry, John (25 April 2014). "Remarks at Swearing-in Ceremony for Ambassador-at-Large and Coordinator of the USG Activities to Combat HIV/AIDS Deborah Birx". Jabatan Negara AS (dalam bahasa Inggeris).
  6. ^ "Class News". Johns Hopkins Nursing Magazine (dalam bahasa Inggeris). Johns Hopkins School of Nursing (26). 21 July 2016.
  7. ^ a b c d e Reinert, Jed (20 Mac 2020). "White House coronavirus response coordinator found early success at Lancaster County science fairs". LNP. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Mac 2020. Dicapai pada 4 April 2020.
  8. ^ Gitt, Tammie (28 Februari 2020). "White House names Carlisle High School grad to serve as chief adviser on coronavirus response team". The Sentinel (dalam bahasa Inggeris).

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]
  • Das, Pamela (November 2016). "Deborah L Birx: on a mission to end the HIV/AIDS epidemic". The Lancet (dalam bahasa Inggeris). 388 (10060): 2583. doi:10.1016/S0140-6736(16)32227-9.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]