Pergi ke kandungan

Bantuan:Memantau laman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Fungsi memantau laman membolehkan sesiapa yang log masuk untuk menyimpam senarai laman yang 'dipantau' serta menjana senarai perubahan terkini yang dilakukan pada laman-laman itu (serta laman-laman perbincangannya). Dengan itu, anda boleh menjejaki dan membalas apa yang berlaku pada laman-laman yang dicipta atau diminati oleh anda.

Mengawal laman mana yang dipantau

[sunting | sunting sumber]
Screenshot ini menunjukkan laman yang tidak berada dalam senarai pantau pengguna. Untuk menambahkannya dalam senarai pantau, klik lambang bintang.
Bintang pada laman ini menjadi biru, menandakan laman tersebut memasuki senarai pantau.

Terdapat empat cara untuk mengawal laman-laman dalam senarai pantau anda:

  1. Apabila melihat laman, klik lambang bintang di antara tab 'Lihat sejarah' dan ruangan cari di sudut kanan atas laman (untuk versi tampilan Wikipedia yang tersedia; bagi versi klik pada tab "Pantau" atau "Nyahpantau"), untuk menambahkan/menggugurkan laman dari senarai pantau anda.[1]
  2. Apabila menyunting laman, tandai atau padamkan "Pantau laman ini" sebelum menyimpan (di atas butang 'Pratonton' dan 'Lihat perubahan').
  3. Klik "Sunting senarai pantau" atau "Sunting senarai pantau mentah" di atas laman senarai pantau untuk terus melihat atau mengubah senarai laman yang dipantau. Pilihan "Sunting senarai pantau" membawa anda ke Khas:Senarai pantau/edit, di mana laman-laman yang dipantau itu disenaraikan dengan kotak-kotak pilihan yang boleh digunakan untuk menggugurkan item. "Sunting senarai pantau mentah" membawa anda ke Khas:Senarai pantau/raw yang mempunyai satu senarai laman yang dipantau dalam ruangan teks, satu tajuk sebaris, disusun mengikut ruang nama diikuti oleh turutan abjad. Anda boleh menyunting senarai itu secara terus, salin ke dalam alat penyunting luar atau gantikannya dengan senarai yang dibuat di tempat lain. Pendua dipadamkan secara automatik apabila disimpan.
  4. Jika anda sudah menghidupkan gajet tetimbul, anda boleh menggunakannya untuk memantau atau menyahpantau laman yang terpaut tanpa perlu melihatnya.

Jika anda menandai "Tambahkan laman yang saya sunting ke dalam senarai pantau" pada tab "Senarai pantau" keutamaan pengguna anda, maka kotak pilihan "Pantau laman ini" sentiasa tersedia ditandai apabila anda menyunting laman. Pilihan-pilihan lain: "Tambahkan laman yang saya cipta ke dalam senarai pantau", "Tambahkan laman yang saya pindahkan ke dalam senarai pantau", dan (untuk pentadbir) "Tambahkan laman yang saya hapuskan ke dalam senarai pantau".

Harus diingatkan juga bahawa:

  • Oleh sebab tidak seorang yang memiliki mana-mana rencana, tiada perlunya memantau rencana yang anda cipta atau beri sumbangan, maka anda tidak diharapkan untuk menyemak sama ada suntingan anda dilaku musnah, dicabar (cth. kerana kekurangan sumber rujukan), dibincangkan dalam laman perbincangan rencana dsb. Satu-satunya laman yang anda dijangka perhati ialah laman perbincangan anda sendiri.
  • Laman perbincangan tidak disenaraikan dalam Khas:Senarai pantau/edit atau Khas:Senarai pantau/raw, tetapi dipantau secara automatik sesekali laman rencananya dipantau.
  • Anda tidak bole memantau laman yang dijana secara automatik, seperti laman khas. Laman kategori boleh dipantau hanya untuk perubahan dalam teks laman kategori, bukan senarai subkategori dan laman yang diisikan dalam katergori. Begitu juga, imej yang dipantau juga tidak mengesan muat naik versi baru imej.
  • Tajuk laman tambahan mungkin muncul dalam senarai pantau anda kerana pemindahan laman (lihat Pemindahan, penciptaan dan penghapusan di bawah).
  • Apabila suatu laman yang dipantau mengandungi teks yang ditransklusi, seperti templat, rupa bentuk laman boleh berubah hasil perubahan pada bahan yang ditransklusi itu, tetapi perubahan ini tidak dinyatakan dalam senarai pantau melainkan anda memantau laman-laman yang ditransklusi itu juga.

Membaca senarai pantau

[sunting | sunting sumber]

Apabila anda log masuk ke dalam Wikipedia, munculnya pautan Senarai pantau saya di atas setiap laman. Ini berpaut dengan laman khas Khas:Senarai pantau yang melaporkan perubahan terkini pada laman-laman yang anda pantau. Ia merupakan senarai yang dibahagikan mengikut hari, disusun secara songsang mengikut waktu suntingan.

Setiap baris menunjukkan butiran setiap suntingan, sama ada suntingan itu kecil (k), dibuat oleh bot (b), waktunya, pautan ke laman terbabit, pautan ke laman perbezaan antara semakan ("beza") yang dibuat oleh suntingan berkenaan, pautan ke sejarah laman ("seja"), nama pengguna atau alamat IP penyunting, peningkatan (hijau) atau pengurangan (merah) jumlah bait, cth. (+76), (-490), ditebalkan jika melebihi 500: (+794), (-2,412), dan ringkasan penyuntingan.

Secara teknikal, senarai pantau ini sekadar cara lain untuk menapis perubahan terkini. Entri-entrinya datang dari jadual perubahan terkini, oleh itu ia terhad pada suntingan yang tidak lebih lama daripada 30 hari (nilai semasa pembolehubah $wgRCMaxAge untuk Wikipedia).

Terdapat pelbagai pilihan untuk mengawal cara jadual perubahan dipaparkan:

  • Anda boleh memilih untuk menyorokkan atau menunjukkan suntingan kecil, suntingan bot, suntingan sendiri, suntingan oleh pengguna tanpa nama dan suntingan oleh pengguna yang log masuk (pautan-pautan untuk yang ini ada di bahagian atas senarai pantau). Kesemua pilihan ini tersedia dalam mod "tunjukkan"; ini boleh diubah dengan menggunakan pilihan-pilihan yang ada dalam tab "Senarai pantau" keutamaan pengguna anda.
  • Anda boleh memilih berapa banyak jam atau hari yang ingin anda imbas kembali, dengan menggunakan pautan-pautan di atas senarai pantau. Pilih "semua" untuk maksimum 30 hari. Untuk nilai yang tidak tersedia pada pautan, pilih salah satu pautan yang ada, kemudian sunting nilai selepas "days=" dalam URL. Nilai yang tersedia, yang seharusnya berupa bilangan hari tak lebih 7, ditetapkan pada tab "Senarai pantau" keutamaan pengguna.
  • Anda boleh menyekat senarai perubahan kepada ruang nama yang tertentu dengan menggunakan menu juntai bawah "Ruang nama" (tandai "Kecualikan pilihan" untuk mengecualikan ruang nama yang terpilih).
  • Anda boleh memilih untuk memaparkan suntingan terakhir sahaja pada setiap laman yang dipantau ("Senarai pantau ringkas"). Inilah tetapan tersedia buat sekarang, tetapi boleh memulangkan hasil yang membingungkan (cth. jika suntingan laman yang terakhir adalah kecil, maka tidak ditunjukkan bahawa berlakunya suntingan tak kecil yang terkini). Untuk memastikan semua perubahan dipaparkan, tandai pilihan "Kembangkan senarai pantau untuk memaparkan semua perubahan, bukan hanya yang terkini" pada tab "Senarai pantau" keutamaan pengguna anda.

Kesan lain pemantauan laman

[sunting | sunting sumber]

Apabila anda membuka laman Perubahan terkini, atau Perubahan berkaitan, entri-enteri yang berkenaan dengan laman-laman dalam pantauan ditampilkan berhuruf tebal. Ini menunjukkan ada faedahnya menandai laman yang hendak "dipantau" walaupun tidak berniat untuk melihatnya dalam laman Khas:Senarai pantau.

Pemindahan, penciptaan dan penghapusan

[sunting | sunting sumber]

Tindakan yang mempengaruhi laman yang dipantau (yakni memindahkan, mencipta, menghapuskan atau melindungi laman) juga muncul dalam senarai pantau. Misalnya, jika anda memantau satu rencana yang belum ada laman perbincangan, anda akan melihatnya pada senarai pantau apabila seseorang membuka laman perbincangannya.

Anda boleh memantau laman walaupun kedua-dua laman kandungan atau perbincangan pun tiada. Untuk itu, pergi ke URL laman dengan menaipkan URL itu terus atau mengikuti pautan yang kosong, kemudian tekan "Pantau" (bergantung pada kulit tampilan anda, anda mungkin kena tekan Batal terlebih dahulu).

Jika laman yang anda pantau itu dipindahkan ke tajuk baru, tajuk baru itu akan ditambahkan ke dalam senarai pantau anda secara automatik. Biarpun laman itu dipindahkan balik ke tajuk laman (dan sekalipun laman pada tajuk baru itu dihapuskan), tajuk baru itu kekal dalam senarai pantau anda bersama yang lama itu. Jika anda memerhatikan laman yang tak wujud dalam senarai pantau, inilah penjelasan yang paling munasabah.

  1. ^ Apabila lambang bintang (atau tampilan "pantau"/"nyahpantau") diklik, pesanan dengan id 'addedwatchtext' (bincang) atau pesanan dengan id 'removedwatchtext' (bincang) ditunjukkan di atas laman, dan "Pantau" ditukar kepada Nyahpantau atau sebaliknya. Bergantung pada kemampuan pelayar (browser) anda, ini dilakukan tanpa memuat semula seluruh laman, menggunakan AJAX dengan ajaxwatch.js.

Templat:Readership