Pergi ke kandungan

Anschluss

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Polis sempadan Jerman dan Austria membuka palang sempadan.

Anschluss [ˈʔanʃlʊs]  ( dengar) (dieja Anschluß pada peristiwa tersebut, dan sehingga Reformasi ortografi Jerman 1996; bahasa Jerman untuk "penggabungan" atau penyatuan, pengilhakan politik[1]), juga dikenali sebagai Anschluss Österreichs (Mengenai audio inipronunciation ), adalah pengilhakan negara Austria kedalam Jerman Nazi pada Mac 1938.[2]

Ini berbeza dengan gerakan Anschluss (Austria dan Jerman bersatu sebagai sebuah negara),[a] yang telah cuba dilakukan sejak awal tahun 1918 apabila Republik Jerman-Austria cuba bergabung dengan Jerman tetapi dilarang oleh perjanjian damai Persetiaan Saint Germain dan Persetiaan Versailles.

Perlu diingat bahawa negara terdahulu Austria dan Jerman menjadi bebas sepenuhnya antara satu sama lain pada akhir Perang Austria-Prusia tahun 1866 yang membubarkan Persekutuan Jerman pada abad ke-19.

Anschluss

[sunting | sunting sumber]

Austria telah diilhak ke dalam Reich Ketiga Jerman pada 12 Mac 1938. Terdapat beberapa tekanan yang bertahun dari penyokong di kedua-dua Austria dan Jerman (oleh Nazi dan bukan Nazi) bagi pergerakan "Heim ins Reich".[4] Terdahulu, Jerman Nazi telah menyediakan bantuan untuk Parti Sosialis Nasional Austria (Parti Nazi Austria) dalam usaha untuk merampas kuasa dari kepimpinan Austrofascist Austria.

Mendapat tekanan yang besar dari kedua-dua Austria dan Jerman Nazi, Canselor Austria Kurt Schuschnigg cuba mengadakan referendum untuk mengundi mengenai isu itu. Walaupun Schuschnigg mengharapkan Austria untuk mengundi memihak kepada pengekalan autonomi, rampasan kuasa terancang oleh Parti Nazi Austria keatas institusi negeri Austria di Vienna berlaku pada 11 Mac 1938, sebelum referendum, yang mereka batalkan.

Mereka memindahkan kuasa kepada Jerman, dan tentera Wehrmacht memasuki Austria untuk menguatkuasakan Anschluss. Nazi mengadakan pungutan suara dalam bulan berikutnya, meminta rakyat untuk mengesahkan fait accompli. Mereka mendakwa telah menerima 99,7561% undi sokongan.[5][6]

Walaupun Pihak Bersekutu komited untuk menegakkan syarat-syarat Persetiaan Versailles dan St. Germain, yang secara khusus melarang penyatuan Austria dan Empayar Jerman, reaksi mereka hanya secara lisan dan sederhana. Tiada konfrontasi ketenteraan berlaku dan juga suara-suara kuat terhadap pengilhakan, terutamanya Fasis Itali, Perancis, dan Britain (iaitu "Barisan Stresa") kekal aman.

Anschluss adalah antara langkah-langkah besar pertama bagi Adolf Hitler menubuhkan Empayar Jerman Raya yang merangkumi semua etnik Jerman dan semua tanah dan kawasan yang mana Empayar Jerman telah hilang selepas Perang Dunia I. Walaupun Austria tidak pernah menjadi sebahagian daripada Jerman abad ke-20 (iaitu penyatuan Jerman pada pertengahan 1800-an untuk mencipta sebuah negara dominan Prusia pada tahun 1871, meninggalkan Austria sebagai sebahagian daripada "Lesser Jerman"), ia dilihat sebagai negara Jerman. Sebelum pengilhakan 1938 itu, Reich Ketiga telah menguatkan tentera di Rhineland, dan wilayah Saar telah kembali ke Jerman selepas 15 tahun pendudukan melalui pungutan suara. Selepas Anschluss, Hitler menyasarkan Czechoslovakia, memprovokasi krisis antarabangsa yang membawa kepada Perjanjian Munich pada bulan September 1938, yang memberikan penguasaan Reich Ketiga keatas perindustrian Sudetenland, yang didominasi oleh etnik penduduk Jerman. Pada bulan Mac 1939, Hitler menamatkan Czechoslovakia dengan mengiktiraf kebebasan Slovakia dan membuat seluruh negara sebagai negeri naungan. Pada tahun yang sama, Memelland telah dikembalikan dari Lithuania.

Dengan Anschluss, Republik Austria yang berbahasa Jerman tidak lagi wujud sebagai negara merdeka sepenuhnya. Pada akhir Perang Dunia II, Kerajaan Austria Sementara telah ditubuhkan pada 27 April 1945, dan diiktiraf secara sah oleh Pihak Bersekutu dalam bulan berikutnya. Ia bukan sehingga 1955 bahawa Austria kembali mendapat kedaulatan penuh.

Ahli politik dan pemimpin tentera berbangsa Austria dalam Jerman Nazi

[sunting | sunting sumber]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ After the Prussian-dominated German nation-state was created in 1871 without Austria the German question was still very much active in most parts of Austria in the Austria-Hungary empire, the Austrian pan-Germans were in favour of a Pan-Germanism vision of Austria joining Germany to create a "Greater Germany".[3]
  1. ^ Anschluss Diarkibkan 2013-05-21 di Wayback Machine PONS Online Dictionary
  2. ^ "Anschluss". Britannica. Retrieved 2014-21-05.
  3. ^ Alfred D. Low (1974). The Anschluss Movement, 1918–1919: And the Paris Peace Conference. American Philosophical Society. m/s. 3–. ISBN 978-0-87169-103-3.
  4. ^ William L. Shirer (1984). Twentieth Century Journey, Volume 2, The Nightmare Years: 1930–1940. Boston: Little, Brown & Company. ISBN 0-316-78703-5.
  5. ^ Austria: A Country Study. Select link on left for The Anschluss and World War II. Eric Solsten, ed. (Washington, D. C.: Federal Research Division of the Library of Congress, 1993).
  6. ^ Emil Müller-Sturmheim 99.7%: a plebiscite under Nazi rule Austrian Democratic Union London, England 1942

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]
  • Barnett, William P., and Michael Woywode. "From Red Vienna to the Anschluss: Ideological Competition among Viennese Newspapers during the Rise of National Socialism," American Journal of Sociology (2004) 109#6 pp. 1452–1499 in JSTOR
  • Bukey, Evan Burr. Hitler's Austria: Popular Sentiment in the Nazi Era, 1938–1945 (2001) excerpt and text search
  • Bukey, Evan Burr. Hitler's Hometown: Linz, Austria, 1908–1945 (Indiana University Press, 1986) ISBN 0-253-32833-0.
  • Faber, David. Munich, 1938: Appeasement and World War II (2010) pp 139–68
  • Gehl, Jürgen. Austria, Germany, and the Anschluss, 1931–1938 (1963), the standard scholarly monography
  • Low, Alfred D. "The Anschluss Movement (1918–1938) in Recent Historical Writing: German Nationalism and Austrian Patriotism," Canadian Review of Studies in Nationalism (1976) 3#2 pp 212–225, historiography
  • Parkinson, F., ed. Conquering the Past: Austrian Nazism Yesterday and Today (Wayne State University Press, 1989). ISBN 0-8143-2054-6.
  • Pauley, Bruce F. Hitler and the Forgotten Nazis: A History of Austrian National Socialism (University of North Carolina Press, 1981) ISBN 0-8078-1456-3.
  • Rathkolb, Oliver. "The 'Anschluss' in the Rear-View Mirror, 1938–2008: Historical Memories Between Debate and Transformation," Contemporary Austrian Studies (2009), Vol. 17, p5-28, historiography
  • Steininger, Wolf. Austria, Germany, and the Cold War: from the Anschluss to the State Treaty 1938–1955 (New York: Berghahn Books, 2008)
  • Wright, Herbert. "The Legality of the Annexation of Austria by Germany," American Journal of International Law (1944) 38#4 pp. 621–635 in JSTOR; it violated several treaties

Sumber utama

[sunting | sunting sumber]
  • Gedye, George Eric Rowe. Betrayal in Central Europe. Austria and Czechoslovakia, the Fallen Bastions. New and revised edition. Harper & Brothers, New York 1939. Paperback reissue, Faber & Faber, 2009. ISBN 978-0571251896.
  • Schuschnigg, Kurt. The brutal takeover: The Austrian ex-Chancellor's account of the Anschluss of Austria by Hitler (London: Weidenfeld and Nicolson, 1971) ISBN 0-297-00321-6.

Dalam bahasa Jerman

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]