Pergi ke kandungan

Anjing pemburu Itali

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anjing pemburu berbulu dawai Itali
Nama lainAnjing pemburu berbulu kasar Itali
Negara asalItali
Trait
Berat Jantan 20–28 kilogram (44–62 lb)
Betina 18–26 kilogram (40–57 lb)
Tinggi Jantan 52–60 sentimeter (20–24 in)
Betina 50–58 sentimeter (20–23 in)
Bulu Kasar, tidak melebihi 5 sentimeter (2 in)
Warna Perang kekuning-kuningan, antara merah tua dengan merah sangat muda; hitam dan sawo matang
Anjing (Canis lupus familiaris)
Anjing pemburu berbulu pendek Itali
Negara asalItali
Trait
Berat 18–28 kilogram (40–62 lb)
Tinggi Jantan 52–58 sentimeter (20–23 in)
Betina 48–56 sentimeter (19–22 in)
Bulu Pendek di seluruh tubuh
Warna Perang kekuning-kuningan, antara merah tua dengan merah sangat muda; hitam dan sawo matang
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing pemburu Itali[a] merujuk dua baka anjing Itali jenis anjing pemburu bau, iaitu anjing pemburu berbulu dawai Itali atau anjing pemburu berbulu kasar Itali[b][1] dan anjing pemburu berbulu pendek Itali.[c][2][3]:531 Selain jenis lapis bulu, kedua-duanya sangat serupa,[3]:531 dan dalam sesetengah sumber mungkin dianggap sebagai satu baka tunggal; Persekutuan Kinologi Antarabangsa dan Ente Nazionale Cinofilia Italiana menganggap kedua-duanya sebagai baka terpisah.[1][2][4] Baka-baka ini juga hampir secara genetik dengan dua lagi baka anjing pemburu bau Itali, iaitu anjing pemburu Maremma dan anjing pemburu Appennino.[3]:536 Kedua-duanya digunakan secara tradisional untuk pemburuan kelinci, namun mungkin juga digunakan dalam pemburuan babi hutan.[5]:242

Pada tahun 2009, angka pendaftaran dalam buku pembaka kebangsaan ialah 1740 ekor anjing baka berbulu dawai dan 4500 ekor anjing baka berbulu pendek.[4]

Asal usul baka ini tidak diketahui tetapi dipercayai sebagai asal usul purba.[6] Pada sesetengah patung Rom Kuno, termasuk dua buah di Muzium Vatikan di Rom dan sebuah lagi di Muzium Arkeologi Kebangsaan di Napoli, Diana si Pemburu digambarkan bertemankan seekor anjing pemburu yang disangkakan menunjukkan keserupaan dengan anjing pemburu Itali moden.[6][7][8]

Dua rangka anjing yang sangat serupa daripada jenis grehaun atau anjing pemburu bau dari nekropolis Lombard abad ketujuh di Povegliano di wilayah Verona diperihalkan pada tahun 1995; kedua-duanya menunjukkan keserupaan morfologi dengan anjing pemburu Itali moden, kecuali tingginya yang lebih besar, dengan anggaran ukuran pada paras kelasa sebanyak 64 cm (25 in).[9]:62[6]

Anjing jenis ini banyak digunakan semasa Renaisans Itali dalam perburuan panjang dengan sebilangan besar hamba perburuan dan pengikut perburuan yang berkuda.[7][8]

Anjing-anjing yang serupa dengan anjing pemburu Itali moden, kedua-dua ragam berbulu pendek dan ragam berbulu dawai, ditunjukkan di Milan pada tahun 1886, namun pada masa ini tiada pembezaan baka jelas.[10]:378 Pada 1920, sebuah kelab baka, Società Italiana Amatori del Segugio e del Cane da Tana, ditubuhkan di Lodi, dan piawaian baka dibuat; kelab ini dibubarkan pada tahun 1939, sejenak sebelum tercetusnya Perang Dunia Kedua, selepas perundangan pembatasan diluluskan oleh pemerintah fasis.[11] Menjelang penghujung perang, baka ini berisiko untuk lenyap.[10]:378

Sebuah persatuan baka baharu ditubuhkan pada tahun 1947, dengan nama Società Italiana Pro Segugio; pada tahun itu, jumlah angka pendaftaran dalam kedua-dua buku pembaka kebangsaan (LOI dan LIR) ialah 69 ekor.[11] Piawaian baka disemak oleh ahli kinologi Giuseppe Solaro. Pada tahun 1948, terdapat 120 pendaftaran baharu.[10]:378

Baka berbulu dawai sepenuhnya diterima oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa pada tahun 1956 [12]:440[13] dan baka berbulu pendek pada tahun 1993.[12]:440[14] Pada tahun 2015, pendaftaran dalam buku pembaka kebangsaan ialah 3647 ekor anjing baka berbulu pendek dan 1106 ekor anjing berbulu dawai.[3]

Ia telah dieksport ke sebilangan negara.[7][8]

Terdapat dua baka anjing pemburu Itali, iaitu yang berbulu dawai[b][1] dan yang berbulu pendek.[c][2][3]:531 Selain jenis lapis bulu, kedua-duanya sangat serupa,[3]:531 dan dalam sesetengah sumber mungkin dianggap sebagai satu baka tunggal, namun Persekutuan Kinologi Antarabangsa dan Ente Nazionale Cinofilia Italiana menganggap kedua-duanya sebagai baka terpisah.[1][2][4] Perbandingan genetik telah menemukan bahawa kedua-dua baka hampir tidak dapat dibezakan dan juga hampir secara genetik dengan dua lagi baka anjing pemburu bau Itali, iaitu anjing pemburu Maremma dan anjing pemburu Appennino.[3]:536

Lapis bulu bagi baka berbulu pendek adalah pendek di serata badan sementara lapis bulu bagi baka berbulu dawai adalah kasar, namun tidak lebih daripada 5 sentimeter (2 in); ini mungkin telah menjadikannya lebih sesuai untuk perburuan di kawasan pergunungan lebih sejuk.[7][8] Dua warna bulu diiktiraf: mana-mana cahaya warna perang kekuning-kuningan, antara merah rubah pekat dengan merah sangat pudar; dan hitam dan sawo matang. Sesetengah tanda putih di muka dan di dada ditoleransi.[15][16]

Ia bersaiz sederhana. Apabila dipandang dari sisi, tubuhnya kira-kira berbentuk segi empat sama – panjang tubuhnya sama dengan ketinggian pada paras kelasa. Anjing berbulu dawai jantan berdiri setinggi 52–60 cm (20–24 in) dan berukuran seberat 20–28 kg (44–62 lb) sementara anjing betina pula sekitar 2 cm (0.79 in) lebih pendek dan pada purata berukuran kurang 2 kg (4.4 lb).[1] Baka berbulu pendek kira-kira 2 cm (0.79 in) lebih kecil dengan ukuran berat dalam julat sama.[2]

Ia mengongsi ciri-ciri fizikal tertentu dengan kedua-dua anjing pemburu bau dan anjing pemburu penglihatan.[7][8][15] Ia mempunyai tungkai panjang, loin sepadan, dan belakang menegak (sedikti cembung) yang tipikal seperti yang pada anjing pemburu penglihatan. Kepalanya mempunyai banyak ciri anjing pemburu bau termasuk telinga labuh tergantung rendah tetapi ia mempunyai muncung panjang menirus dengan bibir nipis yang tidak labuh.[7][8][15] Ekornya panjang dan menirus, dan biasanya terangkat tinggi-tinggi apabila berburu, lalu membolehkannya untuk dikenal pasti dengan mudah semasa berburu.[7][15]

Perwatakan

[sunting | sunting sumber]

Anjing pemburu Itali, yang secara tradisional dibela sebagai hound kawanan, adalah sangat degil; sebaik mula menjejaki bau, ia menunjukkan dedikasi tunggalnya kepada penjejakan itu, sangat serupa dengan anjing pemburu darah, namun tidak seperti anjing pemburu darah, anjing pemburu Itali juga menangkap dan membunuh buruan.[8][15]

Anjing pemburu Itali dibela secara tradisional untuk tujuan perburuan. Ia terkenal kerana kebolehan penghiduan tajamnya dan stamina tingginya apabila berburu sehingga mampu kekal di lapangan sehingga 12 jam tanpa rehat; seperti kebanyakan anjing pemburu bau, ia melolong dengan lantang apabila mengejar buruan.[7][8] Buruan tradisionalnya ialah kelinci, namun ia mungkin juga digunakan untuk memburu babi hutan; ia berburu dengan baik secara bersendirian, dalam kumpulan kecil, atau dalam kawanan,[5]:242 dengan para pemburu yang kekal setempat sementara anjing mengejar buruan ke arah mereka untuk ditembak.[7][8][16]

Sebagai tambahan kepada peranan tradisionalnya sebagai anjing pemburu bau, anjing pemburu Itali semakin banyak dibela anjing teman.[8][15]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Jawi: انجيڠ ڤمبورو ايتالي; Itali: segugio italiano, sebutan bahasa Itali: [seˈɡuːdʒo itaˈljaːno]; bahasa Inggeris: Italian hound
  2. ^ a b Jawi: انجيڠ ڤمبورو بربولو داواي ايتالي; انجيڠ ڤمبورو بربولو کاسر ايتالي; Itali: segugio italiano a pelo forte; bahasa Inggeris: rough-haired Italian hound; Italian rough-haired hound; Italian rough-haired segugio
  3. ^ a b Jawi: انجيڠ ڤمبورو بربولو ڤينديق ايتالي; Itali: segugio italiano a pelo raso; bahasa Inggeris: short-haired Italian hound; Italian shorthaired hound; Italian short-haired hound; Italian short-haired segugio
  1. ^ a b c d e "FCI-Standard N° 198 SEGUGIO ITALIANO A PELO FORTE (Italian rough-haired Segugio)" [Piawaian FCI No. 198 Anjing Pemburu Berbulu Dawai Itali] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Davis, Peggy. Disemak oleh Renée Sporre-Willes. Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 17 Disember 2015. Dicapai pada 26 Disember 2023.CS1 maint: others (link)
  2. ^ a b c d e "FCI-Standard N° 337 SEGUGIO ITALIANO A PELO RASO (Italian Short-Haired Segugio)" [Piawaian FCI No. 337 Anjing Pemburu Berbulu Pendek Itali] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Davis, Peggy. Disemak oleh Renée Sporre-Willes. Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 17 Disember 2015. Dicapai pada 26 Disember 2023.CS1 maint: others (link)
  3. ^ a b c d e f g Pallotti, Stefano; La Terza, Antonietta; De Cosmo, Attilio Massimo; Pediconi, Dario; Pazzaglia, Irene; Nocelli, Cristina; Renieri, Carlo (22 April 2017). "Genetic variability of the short-haired and rough-haired Segugio Italiano dog breeds and their genetic distance from the other related Segugio breeds" [Kebolehubahan genetik bagi baka anjing pemburu berbulu pendek Itali dan anjing pemburu berbulu kasar Itali dan jarak genetik masing-masing daripada baka anjing pemburu Itali lain yang berkaitan]. Italian Journal of Animal Science (dalam bahasa Inggeris). Taylor & Francis. 16 (4): 531–537. doi:10.1080/1828051X.2017.1317221. hdl:11581/400553. ISSN 1828-051X. S2CID 90827205.
  4. ^ a b c [s.n.] (2009). Un anno, 220 razze e 123.000 cani (dalam bahasa Itali). I Nostri Cani Julai/Ogos 2009. Milan, Itali: Ente Nazionale Cinofilia Italiana. Diarkibkan pada 16 Julai 2011.
  5. ^ a b Pelbagai (2001). Il cane - Pregi, difetti e morfologia delle razze di tutto il mondo [Anjing: Harga, Kekurangan, dan Morfologi Baka Seluruh Dunia] (dalam bahasa Itali). Milan, Itali: Arnoldo Mondadori Editore. ISBN 9788804490029. OCLC 434344201.
  6. ^ a b c Segugio italiano a pelo forte (dalam bahasa Itali). Milano: Ente Nazionale Cinofilia Italiana. Diarkibkan pada 31 Oktober 2020.
  7. ^ a b c d e f g h i Alderton, David (2000). Hounds of the World [Hound di Dunia] (dalam bahasa Inggeris). Shrewsbury, United Kingdom: Swan Hill Press. m/s. 21–22. ISBN 9781853109126. OCLC 43674171.
  8. ^ a b c d e f g h i j Morris, Desmond (2002). Dogs: The Ultimate Dictionary of Over 1,000 Dog Breeds [Anjing: Kamus Muktamad Lebih daripada 1,000 Baka Anjing] (dalam bahasa Inggeris). North Pomfret, Vermont, Amerika Syarikat: Trafalgar Square Publishing. m/s. 91–92. ISBN 9781570762192. OCLC 859060407.
  9. ^ Riedel, Alfredo (1995). "Le inumazioni di animali della necropoli longobarda di Povegliano (Verona)" [Pengebumian haiwan nekropolis Lombard Povegliano (Verona)] (PDF). Annali del Museo Civico di Rovereto (dalam bahasa Itali). 11: 53–98. ISSN 1720-9161.
  10. ^ a b c Räber, Hans (5 Jun 2014). Enzyklopädie der Rassehunde: Ursprung, Geschichte, Zuchtziele, Eignung und Verwendung [Ensiklopedia Anjing Baka Tulen: Asal Usul, Sejarah, Matlamat Pembiakbakaan, Kesesuaian, dan Kegunaan] (dalam bahasa Jerman). Stuttgart, Jerman: Franckh-Kosmos. ISBN 9783440143124. OCLC 859358937.
  11. ^ a b Gino Motta (17 Ogos 2013). Le origini (dalam bahasa Itali). Casalpusterlengo, Itali: Società Italiana Pro Segugio. Dicapai pada 26 Disember 2023.
  12. ^ a b Pallotti, Stefano; Riganelli, Stefania; Antonini, Stefano; Valbonesi, Alessandro; Renieri, Carlo (2 Mei 2020). "Estimates of non-genetic effects for measures of hunting performance in short-haired and rough-haired Italian hound" [Anggaran kesan bukan genetik untuk ukuran prestasi perburuan pada anjing pemburu berbulu pendek Itali dan anjing pemburu berbulu kasar Itali]. Italian Journal of Animal Science (dalam bahasa Inggeris). Taylor & Francis. 19 (1): 439–446. doi:10.1080/1828051X.2020.1748526. hdl:11581/449025. ISSN 1828-051X. S2CID 219047474.
  13. ^ "FCI breeds nomenclature: SEGUGIO ITALIANO A PELO FORTE (198)" [Tatanama baka FCI: ANJING PEMBURU BERBULU DAWAI ITALI (198)] (dalam bahasa Inggeris). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. Dicapai pada 26 Disember 2023.
  14. ^ "FCI breeds nomenclature: SEGUGIO ITALIANO A PELO RASO (337)" [Tatanama baka FCI: ANJING PEMBURU BERBULU PENDEK ITALI (337)] (dalam bahasa Inggeris). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. Dicapai pada 26 Disember 2023.
  15. ^ a b c d e f Fogle, Bruce (2009). The Encyclopedia of the Dog [Ensiklopedia Anjing] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-1 Amerika). New York, New York, Amerika Syarikat: Dorling Kindersley Publishing. m/s. 184. ISBN 9780756660048. OCLC 697506545.
  16. ^ a b Fiorone, Fiorenzo (1973). The Encyclopedia of Dogs: The Canine Breeds [Ensiklopedia Anjing: Baka Anjing] (dalam bahasa Inggeris). New York, New York, Amerika Syarikat: Thomas Y. Crowell Co. m/s. 242–245. ISBN 9780690000566. OCLC 624065.