1255
Penampilan
- Rencana ini adalah berkenaan dengan tahun 1255. Bagi kegunaan lain, sila lihat 1255 (nombor).
Milenium: | milenium ke-2 |
---|---|
Abad: | |
Dekad: | |
Tahun: |
1255 merupakan tahun biasa yang bermula pada hari Jumaat dalam kalendar Gregory.
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]Eropah
[sunting | sunting sumber]Eropah Barat
[sunting | sunting sumber]- Ogos - Kubu Cathar yang terakhir di bahagian selatan Perancis jatuh dan dengan itu, perlindungan Cathar yang menyeleweng dihapuskan selepas Gereja Katolik Rom memulakan kempen untuk menghancurkan mazhab itu, mulai dari 1209 dengan Perang Salib Albigensian.
- Kematian Little Saint Hugh dari Lincoln mencetuskan penyeksaan Yahudi di England, akibat tuduhan libel darah.
- Ibu negara Portugal dipindah ke Lisbon.
- Pembinaan katedral Gothik di Bourges, Perancis, disiapkan. Bangunan ini kini merupakan Tapak Warisan Dunia UNESCO.
- Tinjauan hak-hak istimewa diraja dijalankan dan dimasukkan ke dalam Hundred Rolls, banci Inggeris yang dilihat sebagai susulan untuk Buku Domesday yang disiapkan pada tahun 1086; Hundred Rolls kemudian dilengkapi dengan dua tinjauan yang lebih besar pada tahun 1274/1275 dan 1279/1280.
Eropah Tengah dan Timur
[sunting | sunting sumber]- Mei - William dari Rubruck, Constantinople kembali ke Cyprus daripada perjalanan mubalighnya untuk menjadikan Tatar Asia tengah dan timur beragama Katolik. Bagaimanapun, usahanya tidak berjaya.
- Königsberg (kini Kaliningrad) diasaskan di Prusia.
- Theodore II Lascaris, Maharaja Byzantin (dibuang negeri ke Empayar Nicaea), melaksanakan kempen ketenteraan untuk mendapat kembali Thrace daripada orang-orang Bulgaria. Dia berjaya mencapai tujuannya setahun kemudian pada 1256.
- Duchy Bavaria berpecah kepada Bavaria Atas dan Bawah
- Nassau, sebuah negeri Jerman dibahagikan, dan tidak disatukan sehingga 1806.
- Raja Béla IV dari Hungary memberikan Banská Bystrica hak perbandaran sebagai bandar diraja.
Asia
[sunting | sunting sumber]- Hulagu Khan dihantar oleh saudara kandungnya, Möngke Khan, untuk memusnahkan negara-negara Muslim yang tinggal di Asia barat daya.
Kelahiran
[sunting | sunting sumber]- Albert I dari Jerman, Maharaj Rom Holy (maut 1308)
- William de Ros, Baron de Ros Kedua, pihak menuntut takhta Scotland (maut 1317)
- Duccio di Buoninsegna, pelukis Siena (maut 1319)
- Grand Putera Andrey dari Gorodets (tarikh anggaran; maut 1304)
- Adolf dari Nassau-Weilburg, Raja Rom (tarikh anggaran; maut 1298)
Kematian
[sunting | sunting sumber]- 1 Mei - Walter de Gray, matran dan negarawan Inggeris
- Little Saint Hugh dari Lincoln (lahir 1247)
- Jarler, Ketua Biskop Sweden
- Sundiata Keita, perwira separa sejarah dan pengasas Empayar Mali. (tarikh anggaran; lahir 1190)
- Batu Khan, pemerintah Mongol dan pengasas Gerombolan Biru.