Pergi ke kandungan

Nello Santi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semakan 2800528 pada 06:31, 9 Mac 2013 oleh Addbot (bincang | sumb.) (Bot: Memindahkan 7 pautan interwiki, kini disediakan oleh Wikidata di d:q687723)
(beza) ← Semakan terdahulu | Semakan semasa (beza) | Semakan berikutnya→ (beza)

Nello Santi (lahir September 22, 1931) ialah seorang konduktor opera dan orkestra berasal dari Itali. Beliau kerap digelar "Papa Santi" oleh rakan-rakan muzik untuk menunjukkan penghargaan mereka terhadap kerja-kerja muzik beliau.

Santi dilahirkan di Adria (Veneto), Itali. Beliau mendapat pendidikan gubahan muzik di Liceo musicale di Padua. Pada tahun 1951, beliau membuat debut sebagai konduktor orkestra di Padua memimpin orkestra untuk persembahan opera Verdi yang berjudul Rigoletto di Teatro Verdi. Beliau dilantik sebagai pengarah muzik di Zurich Opera House dari tahun 1958 hingga 1969. Beliau telah memimpin banyak opera-opera di pelbagai rumah-rumah opera di serata dunia termasuklah Metropolitan Opera, Royal Opera House, Teatro alla Scala dan Verona Arena.

Rakaman terpilih

[sunting | sunting sumber]
  • 1981: Giordano - Andrea Chenier bersama Plácido Domingo, Gabriela Benackova, Piero Cappuccilli; Vienna State Opera orchestra and chorus; DVD: Deutsche Grammophon; Cat: 00440 073 4070
  • 1988: Rossini - Guglielmo Tell bersama Antonio Salvadori, Maria Chiara, Salvatore Fisichella; Condor, Opernhaus-Zurich; TV/DVD
  • 2000: Verdi - I due Foscari bersama Leo Nucci, Vincenzo La Scola, Alexandrina Pendatchanska; Teatro San Carlo Orchestra and Chorus; DVD: TDK