Papers by Syah Rizal
Journal of Islamic Educational Research (JIER), 2023
Ungkapan cinta kepada Allah SWT tidak cukup dengan huraian kata-kata. Cinta perlu di buktikan den... more Ungkapan cinta kepada Allah SWT tidak cukup dengan huraian kata-kata. Cinta perlu di buktikan dengan ketaatan kepadaNya melalui jalan kekasihNya Muhammad SAW. Oleh kerana itu, pengamalan terhadap as-sunnah menjadi penting dalam usaha menunjukkan seberapa besar kadar cinta seorang hamba kepada tuhannya. Dalam mencapai hal ini, tentu perkara yang didahulukan adalah mempelajari konsep Ittiba' As-Sunnah dan penerapannya. Berdasarkan kajian lepas, terdapat salah satu lembaga pendidikan Islam di Indonesia iaitu pesantren Al-Fatah yang sangat terkenal dengan pembelajaran dan pengamalan sunnahnya. Oleh itu, kajian ini dilakukan bagi mengenal pasti bagaimana pengamalan konsep Ittiba' As-Sunnah (Following the Sunnah) di Pondok Pesantren Al-Fatah Temboro Jawa Timur. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah temu bual secara mendalam bersama 3 orang informan. Data temu bual dianalisis secara tematik dengan menggunakan perisian Nvivo versi 4 bagi menghasilkan dapatan kajian. Analisis temu bual mendapati kesemua informan berjaya menjelaskan bagaimana konsep dan pengamalan ittiba as-sunnah di pesantren Al-Fatah. Di samping itu, hasil kajian juga mendapati bahawa pesantren Al-Fatah memiliki pendekatan yang komprehensif dalam mengamalkan konsep Ittiba' As-Sunnah diantaranya iaitu melalui kurikulum hadis, strategi dakwah, peranan kiai, ustaz-ustazah dan suasana pesantren. Impak kajian ini diharapkan dapat menjadi pedoman bagi pesantren dan institusi pendidikan Islam lainnya dalam mengembangkan strategi dan program pendidikan yang lebih efektif untuk meningkatkan pengamalan ittiba assunnah di kalangan santri serta menambah pemahaman tentang peranan kiai dan ustaz-ustazah dalam memberi teladan dan nasihat bagi santri.
INTERNATIONAL JOURNAL OF MODERN TRENDS IN SOCIAL SCIENCES (IJMTSS), 2020
Education is the most important aspect of human life. Islam views education as a media to make hu... more Education is the most important aspect of human life. Islam views education as a media to make human beings possess Islamic values in itself and practice it in every behavior. However, education today is more oriented to efforts to produce employees with intellectual and expertise in all fields. As a result, the values which are the main essence in the process of education are neglected. Consequent has occurred in various social problems and violence among teenagers such as free sex, nonmarital pregnancy, abortion, lack of concentration in learning, suicide, and murder. Among the causes found by some researchers is the misunderstanding and practice of love among teenagers. Therefore, this article aims to discuss how the concept of true love education according to Islam. This study can provide an understanding of learners about true love. This study can provide students with an understanding of true love. The author finds that the concept of love education in Islam must fulfill three main principles. First; tawhid, recognition of the reality of God Almighty and devoting himself to Allah SWT only. Second; nubuwwah is all the devotion of a servant to Allah SWT in accordance with the way shown by His Prophet. Third; Surrender that all the devotion is done only expecting His pleasure. Therefore, it can be concluded that love education in the study of Islamic education can be found through faith education, Islam, and morality.
Islamic parenting is the primary based of family to get good offspring. Understanding of parents ... more Islamic parenting is the primary based of family to get good offspring. Understanding of parents about it is a measure on quality and moral character of teenagers. Various of moral cases have done in teenagers life, this situation is very worried. Therefore, this paper would like to analyze the concept of parenting in Islam as well as the role of parents in educating teenagers. The results of this analysis provides an understanding that concept in Islam is the concept of education focusing on awareness of the vertical bar (hablum minallah) and
make piety as the platform horizontal relations (hablum minannas) to establish the goal of parenting. As for the success of parent role in youth educating from their awareness of Islamic Parenting that will cover the whole Islamic aspect of life.
Abstrak – Keibubapaan Islam merupakan asas utama dalam meraih zuriat yang salih. Kefahaman ibu ba... more Abstrak – Keibubapaan Islam merupakan asas utama dalam meraih zuriat yang salih. Kefahaman ibu bapa tentangnya merupakan tolok ukur terhadap kualiti moral dan akhlak remaja. Pelbagai persoalan moral mewarnai dunia remaja, keadaan ini sudah sangat mengkhuatirkan. Oleh itu, Kertas kerja ini ingin menganalisis konsep keibubapaan menurut Islam serta peranan ibu bapa dalam mendidik anak remaja. Hasil analisis ini memberi kefahaman bahawa konsep keibubapaan dalam Islam adalah konsep pendidikan yang bertumpu pada kesedaran vertikal (hablum minallah) dan menjadikan ketakwaan sebagai landasan hubungan horizontal (hablum minannas) untuk mewujudkan matlamat keibubapaan. Adapun keberhasilan peran ibu bapa dalam mendidik remaja terhasil daripada kesedaran mereka akan konsep keibubapaan Islam yang meliputi seluruh aspek kehidupan. Abstract – Islamic parenting is a fundamental part to achieve the virtous offspring. The understanding of parents is a measure on quality and moral character of teenagers. Various of moral cases have done in teenagers life, this situation is very worried. Therefore, this paper would like to analyze the concept of parenting in Islam as well as the role of parents in educating teenagers. The results of this analysis provides an understanding that concept in Islam is the concept of education focusing on awareness of the vertical bar (hablum minallah) and make piety as the platform horizontal relations (hablum minannas) to establish the goal of parenting. As for the success of parent role in youth educating from their awareness of Islamic parenting that will cover the whole Islamic aspect of life. I. Pendahuluan Ibu bapa adalah usur penting dalam mendidik anggota keluarga, keibubapaan menjadi penentu kualiti akhlak dan moral seorang anak. Keibubapaan dalam hal ini meliputi segala hal yang berhubungan dengan interaksi antara ibu bapa dan anak. Betapa banyak interaksi yang dilakukan oleh ibu bapa mulai dari membangunkan anak daripada tidur hingga anak tidur kembali. Dalam kehidupan keluarga sarat dengan interaksi ini baik lisan mahupun bukan lisan. Cara ibu bapa menyampaikan keinginan, menanggapi perasaan anak, menangani perilaku dan lain-lain, tentunya memerlukan strategi agar interaksi terjadi dengan baik. Sebab itu pentingnya kualiti ibu bapa, hal ini telah ditunjukkan oleh Zeitlin (1990) bahawa meskipun anak tumbuh dalam keluarga miskin, ia boleh berkembang dengan optimum kerana mendapat keibubapaan yang baik daripada ibu bapa terutama ibu. Hal ini menunjukkan bahawa kualiti keibubapaan yang baik akan berpengaruh positif pada perkembangan anak (Zeitlin 1990).
Conference Presentations by Syah Rizal
INTERNATIONAL SEMINAR ON DA’WAH, 2023
Sunnah merupakan sumber kedua hukum Islam, sedangkan pengamalan terhadap sunnah (Ittiba’ Assunnah... more Sunnah merupakan sumber kedua hukum Islam, sedangkan pengamalan terhadap sunnah (Ittiba’ Assunnah) merupakan salah satu syarat mutlak meraih cinta dan ampunan Allah SWT. Hal ini menjadi motivasi umat Islam untuk kembali kepada ajaran sunnah. Namun daripada itu, pada kebelakangan ini kesalahpahaman (missunderstanding) masyarakat dalam memahami sunnah dan Ittiba’ As-Sunnah juga semakin meningkat dengan wujudnya praktik bid’ah-membid’ah serta melabelkan sesat antara sesama. Dibimbangkan keadaan ini dapat merosak persatuan umat Islam. Oleh itu, penyatuan pemahaman umat perlu menjadi tumpuan utama penulis untuk mewujudkan pemahaman dan pengamalan sunnah yang saling menghargai atas wujudnya kepelbagaian perbezaan pendapat. Kajian ini berusaha menganalisis pandangan Yusuf Al-Qaradawi terhadap Ittiba’ AsSunnah dengan kaedah kepustakaan (library research). Pada pandangan penulis kajian ini mendapati bahawa Yusuf Al-Qaradawi berusaha merumuskan tentang kaedah dalam Ittiba’ As-Sunnah (mengamalkan as-Sunnah) agar terwujudnya pemahaman dan pengamalan hadis yang sahih dengan cara; Pertama, memahami hadis sesuai petunjuk Al-Quran. Kedua, mengkompromikan atau mentarjih hadis-hadis yang kontradiksi serta mendalami asbab al-wurud hadis. Ketiga, memastikan makna dan maksud kata-kata dalam hadis. Keempat, dapat membezakan antara ungkapan hakiki atau majazi. Kelima, dapat membezakan antara alam ghaib dan alam nyata. Keenam, menghimpunkan hadis-hadis sesuai dengan tema yang sama. Ketujuh, membezakan antara saranan yang sentiasa berubah dan matlamat yang tetap.
International Conference on Global Business and Social Science, 2020
Pendidikan merupakan aspek yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Islam memandang pendidika... more Pendidikan merupakan aspek yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Islam memandang pendidikan sebagai media untuk menjadikan manusia agar memiliki nilai-nilai Islam dalam dirinya dan mengamalkannya dalam setiap perilakunya. Akan tetapi pendidikan dewasa ini lebih diorientasikan kepada usaha untuk melahirkan pekerja yang memiliki intelektual dan keahlian dalam segala bidang, akibatnya nilai (values) yang merupakan intipati utama dalam proses pendidikan terabai begitu sahaja. Akibat daripada itu terjadilah berbagai-bagai masalah sosial serta keganasan dalam kalangan remaja seperti seks bebas, hamil di luar nikah, pembuangan bayi, hilang tumpuan dalam pembelajaran, bunuh diri dan pembunuhan. Diantara puncanya yang didapati oleh sebahagian penyelidik adalah kerana pemahaman dan pengamalan cinta yang salah dalam kalangan remaja. Oleh itu, artikel ini bertujuan untuk membincangkan bagaimana konsep pendidikan cinta yang sebenar menurut Islam. Kajian ini dapat memberi kefahaman bagi peserta didik akan cinta yang sebenar. Penulis mendapati bahawa konsep pendidikan cinta dalam Islam harus memenuhi tiga prinsip utama iaitu pertama; Tauhid, pengakuan atas realiti Tuhan Yang Maha Esa dan mengabdikan dirinya hanya kepada Allah SWT sahaja. Kedua; Nubuwah iaitu seluruh pengabdian hamba kepada Allah SWT menepati cara yang ditunjukkan NabiNya. Ketiga; Pasrah bahawa seluruh pengabdian itu dilakukan hanya mengharapkan keredaanNya sahaja. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa cinta dalam Islam dapat diajarkan melalui tiga pilar utama iaitu Iman, Islam dan Ihsan.
Uploads
Papers by Syah Rizal
make piety as the platform horizontal relations (hablum minannas) to establish the goal of parenting. As for the success of parent role in youth educating from their awareness of Islamic Parenting that will cover the whole Islamic aspect of life.
Conference Presentations by Syah Rizal
make piety as the platform horizontal relations (hablum minannas) to establish the goal of parenting. As for the success of parent role in youth educating from their awareness of Islamic Parenting that will cover the whole Islamic aspect of life.