Pergi ke kandungan

Zachary Taylor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Zachary Taylor
Dalam jawatan
4 Mac 1849 – 9 Julai 1850
Naib PresidenMillard Fillmore
Didahului olehJames Knox Polk
Digantikan olehMillard Fillmore
Maklumat peribadi
Lahir24 November 1784
Barboursville, Virginia
Mati9 Julai 1850
Washington, D.C.
KewarganegaraanAmerika
Parti politikWhig
PasanganMargaret Smith Taylor
TandatanganTandatangan

Zachary Taylor ialah Presiden Amerika Syarikat yang kedua belas, dengan masa jabatan selama satu tahun dari tahun 1849 hingga meninggalnya pada tahun 1850. Sebelum menjadi presiden beliau merupakan seorang pemimpin di dalam Angkatan Tentera Amerika. Beliau berasal dari parti Whig dan didampingi Millard Fillmore sebagai wakil presiden. Sebelum sempat dilantik secara rasmi, beliau meninggal dunia dan digantikan oleh wakil presidennya.

Zachary Taylor dilahirkan pada 24 November 1784. Beliau adalah presiden Amerika pertama yang berasal dari pegawai dari Tentera Darat Amerika. Beliau mendapat pangkat jeneral selama 40 tahun beliau berkhidmat di dalam tentera. Dalam tempoh ini, beliau telah terlibat di dalam 4 peperangan

Taylor menjadi terkenal di seluruh Amerika Syarikat kerana kemenangan-kemenangan kempen ketenteraan beliau, salah satunya adalah peperangan melawan Mexico dalam Perang Amerika-Mexico.

Pada tahun 1848, beliau telah dicalonkan sebagai presiden. Beliau memenangkan pemilihan presiden di wilayah bahagian New York. Hal ini dianggap istimewa, kerana pada ketika itu negara bahagian New York sedang berpecah-belah. Zachary Taylor berhasil memenangi pemilihan presiden tahun 1848.

Kekurangan pengalaman poitik Taylor segera terlihat, terutama ketika ia menunda mengadakan perubahan dalam kabinetnya, padahal nama kabinet itu telah tercemar akibat keterlibatan beberapa anggotanya dalam praktek korupsi. Walaupun begitu Taylor selalu berusaha untuk jujur dan mengambil tindakan terbaik untuk negaranya. Upaya ini jelas terlihat dalam cara ia menangani persoalan perbudakan yang menjadi bibit perpecahan negara.

Persoalan perbudakan ditanganinya dengan tidak berat sebelah, pada orang-orang selatan yang pro-perbudakan, ia memberikan jaminan kepada mereka agar tidak usah takut diserang oleh daerah-daerah di mana perbudakan masih berlaku , tetapi ia memperingatkan pada mereka bahwa ia akan memakai kekerasan apabila mereka memberontak secara terang-terangan. Dalam sebuah konferensi dengan pemimpin-pemimpin bagian selatan yang mengancam akan keluar dari Amerika Serikat, Taylor menegaskan pada mereka bahwa apabila perlu untuk menegakkan hukum, maka ia sendiri akan memimpin tentara. Ia mengatakan akan menggantung siapa saja yang memberontak terhadap Amerika Serikat, dan ia tak pernah ragu-ragu.

Di luar dugaan, pada 4 Julai 1850, dalam sebuah upacara hari kemerdekaan Amerika Syarikat di lapangan peringatan Washington (Washington Memorial Park), Washington D.C., Taylor jatuh sakit, dan meninggal dunia lima hari kemudian pada tanggal 9 Julai 1850. Presiden Zachary Taylor telah memperjuangkan semangat berkompromi dan kemenangan. Walaupun begitu, perang saudara di Amerika yang dihindarinya pecah sebelas tahun kemudian. Ironisnya, dalam perang saudara itu, putra tunggalnya, Richard Taylor, bertugas sebagai jeneral untuk negara-negara bahagian selatan yang memberontak.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
Didahului oleh
Henry Clay
Unggulan Presiden Parti Whig
1848 (menang)
Diikuti oleh:
Winfield Scott
Didahului oleh
James K. Polk
Presiden Amerika Syarikat
4 Mac 18499 Julai 1850
Diikuti oleh:
Millard Fillmore

Pemilihan umum

[sunting | sunting sumber]

Hasil pemilihan umum yang mengantarkan Taylor ke kerusi kepresidenan Amerika Syarikat adalah sebagai berikut:

Hasil pemilihan umum 1848
Calon Parti Suara
Electoral
Suara
Popular
Zachary Taylor Whig 163 47,4%
Lewis Call Demokrat 127 42,5%
Martin Van Buren Free-Soil 0 10,1%
Komposisi politik Kongres Ke-31 (1849-1851)
Dewan Demokrat Whig Lain-lain
Senat 35 25 2
Dewan Perwakilan 112 109 9

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]