Pergi ke kandungan

Spaniel air Ireland

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Spaniel air Ireland
Spaniel air Ireland
Nama lainWhiptail
Spaniel Shannon
Spaniel berekor tikus
Bog dog
Negara asalIreland
Anjing (Canis lupus familiaris)

Spaniel air Ireland[a] ialah satu baka anjing yang merupakan spaniel tertinggi.

Penampilan

[sunting | sunting sumber]

Spaniel air Ireland ialah anjing tegap dan gempal yang asli di Ireland. Lapis bulunya, yang terdiri daripada keriting padat, gugur dengan sangat sedikit (lihat Salin bulu).[1] Toncet keriting panjang dan longgar tumbuh ke arah bawah dari mahkota kepala yang kerap menutup mata, dengan "janggut" yang tumbuh di belakang tekak yang kerap disertai dengan "jambang". Warna lapis bulunya ialah hati-ungu tua hingga rona coklat-perang, dengan nada bawahan "ungu" tersendiri, yang tidak terlihat pada banyak baka lain.[perlu rujukan] Salin bulu minimum tidak bermaksud bahawa spaniel air Ireland semestinya alergenik", namun orang yang mungkin alah terhadap anjing berpotensi mengalami kurang tidan balas terhadapnya.

Selain lapis bulunya, spaniel air Ireland mempunyai beberapa ciri pembeza lain yang menempatkannya sesama baka lebih unik, antaranya yang paling membezakan ialah "ekor tikus" licin, yang sepenuhnya bebas daripada bulu panjang (kecuali di pangkalnya yang dilitupi 2–3 inci sepanjang 2–3 inci (5.1–7.6 cm) dengan keriting). Mukanya sepenuhnya licin dan, tidak seperti pudel, patut memerlukan sedikit atau langsung tidak memerlukan pemangkasan untuk kekal seperti itu. Spaniel air Ireland terbina dengan lasak dan, seperti dalam namanya, dibiakbakakan untuk air. Baka ini mempunyai kaki renang yang membantu dalam kemahiran renang berkuasanya. Secara keseluruhannya, spaniel air Ireland mempersembahkan gambaran anjing pintar, teguh, dan terbina dengan kukuh (namun tidak bertungkai panjang), menggabungkan kecerdasan hebat dan daya tahan lasak dengan perangai berani dan sigap.

Ia merupakan yang terbesar dalam kumpulan spaniel. Anjing ini berkisar dalam ketinggian 22–24 inci (56–61 cm) dan berukuran seberat 55–65 paun (25–29 kg).

Seperti kebanyakan baka yang dikelaskan dalam kumpulan sukan American Kennel Club, seperti pelbagai spaniel lain, anjing pengutip, seter, dan anjing penuding, spaniel air Ireland, pada dasarnya, merupakan teman aktif, berkesanggupan, dan bertenaga. Serupa dengan baka sukan sekelas, ia telah dibiakbakakan daripada ternakan yang digunakan untuk mengutip buruan dan mengembalikannya dalam keadaan tidak rosak, lalu mengekalkan naluri semula jadi kesetiaan dan keinginan untuk menggembirakan. Spaniel air ini mempunyai rasa kuat "pemain berpasukan", yang menjadikannya baka yang agak mudah dilatih dan didisiplinkan dari usia muda. Oleh sebab kecerdasan hebat dan sifat "penuh tanda tanya", ia mempunyai reputasi sebagai "badut" dalam kalangan spaniel[2] dan akan kerap melakukan perkara biasa dengan cara luar biasa. Sesetengah anjing individu mungkin menjadi sangat berwaspada terhadap orang asing, jigak tidak tersosialisasi awal-awal dalam kehidupannya; demikian juga, bukan setiap spaniel air Ireland dapat dipercayai untuk bergaul dengan baik dengan kucing atau haiwan peliharaan kecil, termasuk anjing kecil. Sosialisasi dan latihan awal merupakan kemestian.

Spaniel air Ireland sekitar 1915

Baka moden seperti yang dikenali dikembangkan di Ireland pada tahun 1830-an. Tidak ada pengetahuan tentang baka sumber lain bagi perkembangan spaniel air Ireland, kerana bapa baka yang diperakui, Justin McCarthy (dari Dublin), tidak meninggalkan rekod pembiakbakaan. Pelbagai baka telah dicadangkan, sebahagian besar berdasarkan trait luaran, termasuk pudel, anjing air Portugis, barbet, "anjing air lama" generik, dan spaniel air Inggeris yang kini pupus, serta spaniel air utara dan spaniel air selatan. Walau bagaimanapun, persoalan sama ada spaniel air Ireland merupakan anteseden, keturunan, atau hibrid baka-baka lain ini merupakan hal sesetengah spekulasi. Ia dipercayai, dalam folklor Ireland, sebagai keturunan bagi Dobhar-chú ("anjing [pemburu] berang-berang") kriptid dalam mitologi.

Kesesuaian sebagai anjing peliharaan

[sunting | sunting sumber]

Spaniel air Ireland dapat menjadi anjing keluarga bagus, kerana ia biasanya sangat baik dengan kanak-kanak yang hormat dan dengan haiwan peliharaan lain. Ia dapat menjadi anjing pengawal bagus jika telah dilatih untuk berbuat demikian, lalu mengeluarkan salakan dalam, dan akan melindungi keluarga manusianya. Spaniel air biasanya bukan anjing agresif, namun tetap amat berwaspada dan peka dengan persekitaran.

Semua spaniel air Ireland memerlukan rejimen penjagaan yang termasuk pengekalan telinga, gigi, dan kuku sihat. Lapis bulu ganda ketat spaniel air Ireland gugur sedikit, maka ramai penghidap alahan telah mendapati bahawa ia merupakan baka yang selesa untuk menjadi teman atau rakan hidup. Tekstur bulunya menghalang lapis bulu daripada menjadi terjalin ketat-ketat sehingga menjadi fabrik dan upholsteri dan sebarang bulu terlepas mudah ditanggalkan kerana berkumpul bersama-sama untuk membentuk "arnab habuk". Lapis bulunya dapat diselenggara walaupun oleh pemilik baharu jika usaha tetap dikekalkan untuk memastikannya bersih dan bebas daripada kusutan. Penyikatan menyeluruh pada kulit perlu dilakukan setiap 1–2 minggu untuk menggalakkan kulit sihat dan untuk menanggalkan sebarang objek daripada lapis bulu. Pengguntingan diperlukan setiap 6–8 minggu untuk merapikan dan membentuk lapis bulu manakala pendedahan kerap terhadap air menggalakkan "gelung" betul pada lapis bulu tubuh.

Walaupun gembira untuk melingkar dan tidur di rumah, sesi jalan kaki dan bersenam kerap (mungkin dua atau tiga kali sehari) adalah penting untuk spaniel air sihat dan puas. Spaniel air yang tidak disenamkan mungkin menjadi haiwan nakal. Rumah unggul ialah persekitaran kerja yang merangsang minda, serta tubuh anjing. Ramai pemilik spaniel air Ireland mengerjakan anjing mereka di padang tembak, dalam ujian kepatuhan, dalam pertandingan ketangkasan, atau dalam gelanggang pertunjukan pengakuran.

Spaniel air Ireland ialah baka serba guna dan terdapat dalam semua jenis acara anjing termasuk:

Irish Water Spaniel Club of Ireland

[sunting | sunting sumber]

Irish Water Spaniel Club of Ireland[3] ialah salah sebuah kelab anjing tertua di dunia, yang menyokong dan mempromosikan salah satu baka anjing paling terkenal dan tertua di dunia. Kelab ini berdaftar dengan Irish Kennel Club.

Irish Water Spaniel Club of America

[sunting | sunting sumber]

Irish Water Spaniel Club of America (IWSCA) ialah kelab induk AKC untuk spaniel air Ireland.[4] Kelab ini wujud untuk memulihara dan melindungi baka jarang ini. Kelab ini membantu untuk mendidik pemilik dan pembiak baka serta mengalu-alukan semua anggota yang mengongsi rasa cinta terhadap anjing luar biasa dan serba guna ini. Komitmen IWSCA terhadap kesihatan spaniel air Ireland dicerminkan dalam sokongannya terhadap ketelusan dalam pendapatan kesihatan selaras dengan pertubuhan seperti Orthopedic Foundation of America (OFA), Canine Health Information Center (CHIC), Canine Eye Registration Foundation (CERF), dan Canine Health Foundation.

Pembiak baka IWSCA

[sunting | sunting sumber]

Kebanyakan pembiak baka dalam IWSCA tergolong dalam Breeders Education Committee (BEC). BEC wujud untuk memaklumkan dan mendidik para pembiak baka IWSCA tentang isu kesihatan, genetik, dan amalan pembiakbakaan yang direka untuk menggalakkan kesihatan dan kebajikan berterusan bagi spaniel air Ireland. Untuk tujuan ini, pembiak baka BEC telah bersetuju dengan satu set ketat bagi amalan pembiakan yang disyorkan seperti: pertukaran maklumat terbuka, pengujian kesihatan mengikut protokol CHIC spaniel air Ireland, kerjasama dengan Jawatankuasa Kesihatan dan Genetik IWSCA, penyertaan dalam kajian kesihatan spesifik baka, penggalakan pemilikan bertanggungjawab bagi haiwan peliharaan, dan tanggungjawab untuk mana-mana anak anjing yang dibiakbakakan – sepanjang hayat anjing itu. Individu pembiak baka BEC boleh didapati di tapak web IWSCA.

IWS Health Foundation

[sunting | sunting sumber]

Matlamat IWS Health Foundation ialah berkhidmat kepada komuniti spaniel air Ireland sedunia dengan menyediakan forum untuk pengumpulan dan pengedaran berdasarkan Internet bagi maklumat, penyelidikan, dan bahan pendidikan yang berkaitan dengan kesihatan dan jangka hayat baka ini, dan untuk sesiapa yang berminat untuk menggalakkan penyelidikan untuk faedah jangka panjang baka ini.[5]

Kesihatan

[sunting | sunting sumber]

Sebuah kajian United Kingdom tahun 2024 mendapati jangka hayat sebanyak 10.8 tahun untuk baka ini berbanding dengan purata 12.7 tahun untuk baka tulen dan 12 tahun untuk baka silang.[6]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Jawi: سڤانيئل اءير اءيرلند; Ireland: spáinnéar uisce, lit.'spaniel air'; bahasa Inggeris: Irish water spaniel
  1. ^ Dogs that do not shed (dalam bahasa Inggeris). Go Pets America. Dicapai pada 9 Mac 2024.
  2. ^ "Irish Water Spaniel Club of America". Irish Water Spaniel Club of America (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 Mac 2024.
  3. ^ "IWSCI". Irish Water Spaniel Club of Ireland (dalam bahasa Inggeris).
  4. ^ American Kennel Club; Irish Water Spaniel (dalam bahasa Inggeris) Diarkibkan 10 Ogos 2012 di Wayback Machine. American Kennel Club. Dicapai pada 9 Mac 2024.
  5. ^ IWS Health Foundation (dalam bahasa Inggeris). IWS Health Foundation. Dicapai pada 9 Mac 2024.
  6. ^ McMillan, Kirsten Marie; Bielby, Jon; Williams, Carys Louisa; Upjohn, Melissa Mary; Casey, Rachel Alison; Christley, Robert Matthew (1 Februari 2024). "Longevity of companion dog breeds: those at risk from early death" [Kelanjutan usia baka anjing teman: yang berisiko untuk kematian awal]. Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). Nature Portfolio. 14 (1): 531. Bibcode:2024NatSR..14..531M. doi:10.1038/s41598-023-50458-w. ISSN 2045-2322. PMC 10834484 Check |pmc= value (bantuan). PMID 38302530 Check |pmid= value (bantuan). S2CID 267382263 Check |s2cid= value (bantuan).