Schnauzer sederhana
Nama lain |
| ||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Negara asal | Jerman | ||||||||||||||||
| |||||||||||||||||
| |||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Schnauzer,[a] atau khususnya schnauzer sederhana[b] atau schnauzer piawai,[c] ialah satu baka anjing dalam kumpulan Pincer dan Schnauzer.[1][2] Ia bercirikan janggut kejur lebat dan misai, biasanya lebih cerah daripada lapis bulu. Ia merupakan salah satu daripada tiga baka schnauzer. Yang lagi dua merupakan schnauzer gergasi dan schnauzer kerdil. Di Jerman, ia merupakan baka terancam dan tersenarai dalam kategori III bagi Senarai Merah bagi Gesellschaft zur Erhaltung alter und gefährdeter Haustierrassen.[3]
Perkembangannya sebagai baka bertarikh dari tahun 1880-an, di Jerman selatan.[4]:40 Ia merupakan anjing tegap dan bertubuh segi empat sama bersaiz sederhana daripada jenis pekerja atau utiliti; lapis bulunya mungkin berwarna lada dan garam atau hitam. Seekor anjing jenis ini dipamerkan di Hanover pada tahun 1879; seekor lagi menjadi "Best in Show" dalam Pertunjukan Anjing Westminster Kennel Club di Amerika Syarikat pada tahun 1997.[5]
Nama baka
[sunting | sunting sumber]Nama baka ini berasal daripada perkataan bahasa Jerman Schnauze, yang memaksudkan 'muncung',[perlu rujukan] tetapi perjalanan penggunaan perkataan ini untuk baka ini tidak diketahui.[6]:482 Perkataan Schnauzer muncul dalam Bilder und Sagen aus der Schweiz karya Jeremias Gotthelf, yang diterbitkan pada tahun 1842.[6]:482 'Schnauz' ialah nama umum untuk anjing – beberapa ekor anjing dengan nama ini ditunjukkan di Elberfeld pada tahun 1880.[7]:149 Dalam pertunjukan anjing antarabangsa ketiga oleh Verein zur Veredelung der Hunderassen di Hanover pada tahun 1879, seekor anjing bernama 'Schnautzer' mendapat tempat pertama dalam kelas Rauche Pinscher atau pincer berbulu dawai.[7]:149 Nama baka ini diubah secara rasmi daripada rauhaariger Pinscher ("pincer berbulu kasar") kepada Schnauzer ("schnauzer") dengan edisi keenam bagi buku pembaka pada tahun 1917.[6]:482
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Schnauzer berasal dari Jerman selatan;[8] ia mengongsi sejarah bersama dengan pincer Jerman.[9] Anjing jenis ini, kedua-dua berbulu kasar dan berbulu licin, secara tradisional dibela sebagai anjing pedati atau sebagai anjing kandang kuda dan kadang-kadang dikenali sebagai Stallpinscher ("pincer kandang kuda"); ia merupakan anjing pemburu tikus berkemampuan.[9] Kedua-dua jenis dikenali sebagai deutscher Pinscher ("pincer Jerman") dan berasal daripada zuriat sama; anak-anak anjing berbulu kasar dan berbulu licin boleh hadir dalam perinduk sama.[9] Jenis berbulu kasar, yang kemudiannya menjadi schnauzer, juga dikenali sebagai Rattler ("[anjing] pemburu tikus").[9][10]:152
Pada tahun 1880, pincer dicatatkan dalam Deutschen Hundestammbuch ("Buku Pembaka Anjing Jerman") bagi Verein zur Veredelung der Hunderassen[11] dan piawaian baka pertama dirangka.[6]:482 Pelbagai warna diperihalkan untuk jenis berbulu kasar, termasuk kelabu besi, perak kelabu, kuning kelabu, kuning jagung, dan kuning karat.[6]:482 Pada tahun 1895, Ludwig Beckmann memerihalkan lima keragaman pincer – pincer berbulu kasar dan berbulu licin, pincer katik berbulu kasar dan berbulu licin, dan pincer monyet.[9][10]:152 Juga pada tahun 1895, sebuah pertubuhan baka, Pinscherklub, ditubuhkan untuk kedua-dua jenis, kedua-dua berbulu kasar dan berbulu licin.[11][12] Sebuah lagi persatuan, Schnauzerklub München, dibentuk di Munich pada tahun 1907 oleh para pembiak baka Mittelschnauzer ("schnauzer sederhana").[12] Pada tahun 1917, dengan edisi keenam bagi buku pembaka, nama bagi baka berbulu kasar diubah secara rasmi daripada rauhaariger Pinscher kepada Schnauzer.[6]:482 Pada tahun 1918, Pinscherklub dan Schnauzerklub München bergabung untuk membentuk Pinscher-Schnauzer-Verband, yang, pada tahun 1921, mengubah namanya kepada Pinscher-Schnauzer-Klub 1895 e.V. yang masih terpakai sampai sekarang.[12]
Dalam tempoh antara perang, schnauzer lada dan garam berkembang pesat, manakala yang hitam kurang kerap terlihat; selepas penamat Perang Dunia Kedua, yang sebaliknya adalah benar.[12] Schnauzer diterima secara muktamad oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa pada tahun 1955.[13] Dalam tempoh lima belas tahun dari tahun 2007 hingga tahun 2021, pendaftaran tahunan di Jerman berbeza antara 370 dengan 582, dengan purata tahunan sebanyak 464.[14]
Sejak tahun 2014, schnauzer lada dan garam telah berada dalam Senarai Merah bagi Gesellschaft zur Erhaltung alter und gefährdeter Haustierrassen.[15] Pada tahun 2022, status pemuliharaannya disenaraikan sebagai gefährdet, 'terancam', kategori keterancaman ketiga tertinggi bagi pertubuhan itu.[3] Pada tahun 2018, sejumlah 201 ekor anak anjing lada dan garam dilahirkan dalam 26 perinduk.[16]
Beberapa ekor schnauzer dieksport ke Amerika Syarikat sebelum meletusnya Perang Dunia Pertama. Pada tahun 1925, Wire-Haired Pinscher Club of America dimulakan, meliputi kedua-dua schnauzer bersaiz piawaian dan katik; pada tahun 1933, kelab itu terbahagi kepada dua buah kelab berasingan, salah sebuah daripadanya merupakan Standard Schnauzer Club of America.[17]:108
Ciri
[sunting | sunting sumber]Schnauzer ialah anjing tegap dan bertubuh segi empat sama dengan saiz sederhana daripada jenis pekerja atau utiliti. Lapis bulunya keras, mirip dawai, dan padat, dengan lapis bulu bawah tebal dan lembut.[18] Warnanya mungkin garam dan lada atau hitam; pada anjing garam dan lada, kelabu mungkin berbeza-beza antara kelabu perak pudar dengan kelabu besi gelap.[12] Anjing garam dan lada mempunyai topeng hitam. Hidungnya besar dan hitam. Telinganya terletak tinggi-tinggi dan layu, namun piawaian sesetengah negara mengizinkan telinga terpotong.[19] Matanya gelap.[12]
Kesihatan
[sunting | sunting sumber]Sebuah kajian United Kingdom tahun 2024 mendapati jangka hayat sebanyak 13 tahun untuk baka ini berbanding dengan purata 12.7 tahun untuk baka tulen dan 12 tahun untuk baka silang.[20]
Catatan
[sunting | sunting sumber]- ^ Jawi: شناءوزر سدرهان ; Jerman: Mittelschnauzer
- ^ Jawi: شناءوزر ڤياواي ; Jerman: Standardschnauzer ; bahasa Inggeris: standard schnauzer
- ^ Jawi: شناءوزر ; Jerman: Schnauzer , bahasa Jerman: [ˈʃnaʊ̯t͡sɐ] ( dengar); bahasa Inggeris: schnauzer
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Schnauzer piawai |
- ^ "FCI - Standard Nr. 182 SCHNAUZER" [Piawaian FCI No. 182 Schnauzer] (pdf) (dalam bahasa Jerman). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 18 April 2007. Dicapai pada 8 Januari 2024.
- ^ "FCI-Standard N° 182 SCHNAUZER" [Piawaian FCI No. 182 Schnauzer] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Seidler, Chris. Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 18 April 2007. Dicapai pada 8 Januari 2024.
- ^ a b "Die Rote Liste im Überblick" [Gambaran Keseluruhan Senarai Merah] (dalam bahasa Jerman). Witzenhausen, Jerman: Gesellschaft zur Erhaltung alter und gefährdeter Haustierrassen. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Oktober 2022. Dicapai pada 8 Januari 2024.
- ^ Dennis-Bryan, Kim (5 Mac 2020). The Complete Dog Breed Book [Buku Baka Anjing Lengkap] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). London, United Kingdom: Dorling Kindersley Publishing. ISBN 9780241412732. OCLC 1147942500.
- ^ "Best in Show Winners" [Pemenang Best in Show] (dalam bahasa Inggeris). Westminster Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Disember 2007. Dicapai pada 18 Ogos 2013.
- ^ a b c d e f Räber, Hans (5 Jun 2014). Enzyklopädie der Rassehunde: Ursprung, Geschichte, Zuchtziele, Eignung und Verwendung [Ensiklopedia Anjing Baka Tulen: Asal Usul, Sejarah, Matlamat Pembiakbakaan, Kesesuaian, dan Kegunaan] (dalam bahasa Jerman). 1. Stuttgart, Jerman: Franckh-Kosmos. ISBN 9783440143032. OCLC 859358889.
- ^ a b Ash, Edward Cecil (1931). The Practical Dog Book [Buku Anjing Amali] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). London, United Kingdom: Simpkin & Marshall. OCLC 154277445.
- ^ "Deutscher Pinscher" [Pincer Jerman] (dalam bahasa Jerman). Witzenhausen, Jerman: Gesellschaft zur Erhaltung alter und gefährdeter Haustierrassen. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Februari 2022. Dicapai pada 8 Januari 2024.
- ^ a b c d e Simantke, Christel. "Die Gefährdete Nutztierrasse des Jahres 2003: Gefährdete Haus- und Hofhunde: Von Spitzen und Pinschern" [Baka Haiwan Ternakan Terancam Tahun 2003: Anjing Peliharaan dan Anjing Ladang Terancam: Spits dan Pincer] (dalam bahasa Jerman). Witzenhausen, Jerman: Gesellschaft zur Erhaltung alter und gefährdeter Haustierrassen. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Jun 2012. Dicapai pada 8 Januari 2024.
- ^ a b Beckmann, Ludwig (1895). Geschichte und Beschreibung der Rassen des Hundes [Sejarah dan Perihal Baka Anjing] (dalam bahasa Jerman). 2. Braunschweig, Jerman: Bieweg & Sohn. OCLC 20621908.
- ^ a b "Rasseportrait: Deutscher Pinscher" [Potret Baka: Pincer Jerman] (pdf) (dalam bahasa Jerman). Remscheid, Jerman: Pinscher-Schnauzer-Klub 1895. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 23 Mac 2022. Dicapai pada 8 Januari 2024.
- ^ a b c d e f "Die Rasse des Monats: Pinscher und Schnauzer" [Baka Bulan Ini: Pincer dan Schnauzer] (dalam bahasa Jerman). Dortmund, Jerman: Verband für das Deutsche Hundewesen. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Ogos 2020. Dicapai pada 8 Januari 2024.
- ^ "FCI breeds nomenclature: SCHNAUZER (182)" [Tatanama baka FCI: SCHNAUZER (182)] (dalam bahasa Inggeris). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. Dicapai pada 8 Januari 2024.
- ^ "Welpenstatistik" [Statistik Anak Anjing] (dalam bahasa Jerman). Dortmund, Jerman: Verband für das Deutsche Hundewesen. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 September 2022. Dicapai pada 8 Januari 2024.
- ^ "Berichte der GEH-Koordinatoren anlässlich der GEH-Jahrestagung in Witzenhausen vom 20.- 22. Februar 2015" [Laporan penyelaras GEH sempena persidangan tahunan GEH di Witzenhausen dari 20 hingga 22 Februari 2015] (pdf) (dalam bahasa Jerman). Witzenhausen, Jerman: Gesellschaft zur Erhaltung alter und gefährdeter Haustierrassen. 2015. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 14 Jun 2018. Dicapai pada 8 Januari 2024.
- ^ "Mittelschnauzer (Pfeffer und Salz)" [Schnauzer Sederhana (Lada dan Garam)] (dalam bahasa Jerman). Witzenhausen, Jerman: Gesellschaft zur Erhaltung alter und gefährdeter Haustierrassen. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Oktober 2022. Dicapai pada 8 Januari 2024.
- ^ Paramoure, Anne Fitzgerald (1959). The Complete Miniature Schnauzer [Schnauzer Kerdil Lengkap] (dalam bahasa Inggeris). Middleburg, Virginia, Amerika Syarikat: Denlinger's Publishers. OCLC 11962157.
- ^ "Schnauzer" [Schnauzer] (dalam bahasa Jerman). Dortmund, Jerman: Verband für das Deutsche Hundewesen. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Ogos 2021. Dicapai pada 14 Disember 2024.
- ^ "Presenting - The Standard Schnauzer" [Mempersembahkan - Schnauzer Piawai] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). The Standard Schnauzer Club of America. 2012. Dicapai pada 11 September 2024.
- ^ McMillan, Kirsten Marie; Bielby, Jon; Williams, Carys Louisa; Upjohn, Melissa Mary; Casey, Rachel Alison; Christley, Robert Matthew (1 Februari 2024). "Longevity of companion dog breeds: those at risk from early death" [Kelanjutan usia baka anjing teman: yang berisiko untuk kematian awal]. Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). Nature Portfolio. 14 (1): 531. Bibcode:2024NatSR..14..531M. doi:10.1038/s41598-023-50458-w. ISSN 2045-2322. PMC 10834484 Check
|pmc=
value (bantuan). PMID 38302530 Check|pmid=
value (bantuan). S2CID 267382263 Check|s2cid=
value (bantuan).