Pergi ke kandungan

Bandar Raya Ho Chi Minh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Saigon)

Koordinat: 10°46′10″N 106°40′55″E / 10.76944°N 106.68194°E / 10.76944; 106.68194

Bandar Ho Chi Minh
Thành phố Hồ Chí Minh
Dahulunya Saigon (Vietnamese: Sài Gòn)
بندر هو چي ميڽ
Lokasi di Vietnam
Lokasi di Vietnam
Negara Vietnam
Diasakan1698
Dinama semula1976
Pentadbiran
 • Setiausaha PartiLê Thanh Hải
 • People's Committee Chairman:Lê Hoàng Quân
 • People's Council Chairwoman:Phạm Phương Thảo
Keluasan
 • Jumlah809.23 batu persegi (2,095 km2)
Aras
63 ft (19 m)
Penduduk
 (Census April 1, 2009)[1]
 • Jumlah7,123,340
 • Kepadatan8,805/batu persegi (3,401/km2)
Zon waktuUTC+7
 • Musim panas (DST)UTC+7
Kod kawasan+84 (8)
Laman sesawangwww.hochiminhcity.gov.vn
Pemandangan malam bandar dari Bitexco Financial Tower.

Bandar Raya Ho Chi Minh (Saigon) (bahasa Vietnam: Thành phố Hồ Chí Minh) merupakan bandar raya terbesar di Vietnam.

Bandar ini pernah dikenali sebagai Prey Nokor dan merupakan pelabuhan utama Kemboja sebelum dikuasai oleh Vietnam pada abad ke-17. Semasa dinamai Saigon, bandar ini menjadi ibu kota Cochinchina Perancis dan kemudian Vietnam Selatan dari 1954 hingga 1975 dalam Perang Vietnam. Pada 1975, Saigon digabungkan dengan Gia Định dan dinamakan semula Bandar Raya Ho Chi Minh.

Pusat bandar terletak di tebing Sungai Saigon dan berdekatan dengan delta Sungai Mekong. Bandar Raya Ho Chi Minh terletak 1,760 di selatan ibu negara, Hanoi. Kawasan metropolitannya didiami seramai 10 juta penduduk, dan merupakan kawasan perbandaran terbesar di Vietnam. Penduduk dijangkakan berkembang ke 13.9 juta orang pada akhir tahun 2025.

Nama "Saigon" masih digunakan dengan meluas di kalangan penduduk tempatan.

Bandar ini mempunyai iklim tropika. Pada musim sejuk, terdapat hanya sedikit hujan berbanding musim panas. iklim ini diklasifikasikan sebagai Aw oleh sistem Köppen-Geiger. Purata suhu tahunan di Bandar Raya Ho Chi Minh ialah 27.4 °C. Dalam setahun, purata hujan turun ialah 1868 mm. [2]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]