Orang Roma
Jumlah penduduk | |
---|---|
2–20 juta[1][2][3][4] | |
Amerika Syarikat | 1,000,000 orang dianggarkan dengan darah keturunan Roma[note 1][5][6] |
Brazil | 800,000 orang[7] |
Sepanyol | 750,000–1,100,000 orang (1.87%)[8][9][10][11][12] |
Romania | 619,007 orang (3.3%)[note 2][13][9][14][15] |
Turki | 500,000–2,750,000 orang (3.78%)[9][16][17][18] |
Perancis | 350,000–500,000 orang[19][20] |
Bulgaria | 325,343 orang[note 3]–750,000 (10.33%)[21][22] |
Hungary | 309,632[note 4]–870,000 (8.8%)[23][24] |
Argentina | s. 300,000 orang[25] |
Orang Roma merupakan suatu kumpulan etnik Indo-Arya yang bertaburan secara berpindah-randah kebanyakannya di benua-benua Eropah dan Amerika; mereka didapati berasal dari utara anak benua India utara[26][27][28] merangkumi rantau Rajasthan, Haryana dan Punjab di India moden.[27][28]
Kependudukan masyarakat ini paling tertumpu terutamanya di Eropah Tengah, Timur dan Selatan (termasuk Turki, Sepanyol dan Perancis Selatan). Romani berasal dari India utara dan tiba di Asia Barat dan Eropah sekitar 1,000 tahun yang lalu.[29] Masyarakat ini telah dikaitkan dengan satu lagi rumpun etnik Indo-Aryan, orang Dom : kedua-dua kumpulan ini dikatakan telah berkongsi suatu leluhur yang sama[30] yang berhijrah meninggalkan India Utara antara abad ke-6 hingga ke-11.[29] Sebahagian daripada masyarakat ini telah berhijrah ke benua-benua Amerika Utara dan Selatan bermula pada abad ke-19[31] - terdapat sejumlah satu juta orang penduduk berketurunan masyarakat ini di Amerika Syarikat; Brazil pula dihuni kira-kira 800,000 orang berketurunan ini, sebahagiannya datang hasil pemindahan paksa dilakukan Empayar Portugis semasa Pasitan dilakukan di kerajaan tersebut.[32]
Masyarakat ini sering dikenali umum sekurang-kurangnya keitka zaman dahulu dengan nama Gipsi (Gypsy); walhal sesetengah golongan yang disasarkan ini menganggap ia istilah yang kasar atau merendahkan kerana konotasi ia dengan perwatakan haram dan ketidakteraturan.[33]
Peristilahan
[sunting | sunting sumber]Nama "Roma" langsung tiada kaitan dengan kota raya yang menjadi pusat tamadun Rom purba dan seterusnya ibu negara Itali, namun ia berakar daripada bahasa asal dituturi masyarakat ini sendiri di mana "rom" bermaksud "lelaki" atau "suami". [34] Ada juga suatu teori yang mengusulkan istilah ini berasal daripada istilah bahasa Sanskrit डोम doma merujuk kepada suatu kasta pemuzik dan penari rendah.
Masyarakat ini juga dahulunya diberi nama Gypsy (dipinjamkan kepada bahasa Melayu "Gipsi"). Istilah ini datang daripada kata bahasa Inggeris Pertengahan gypcia, atau Egipcien (bandingkan dengan Egyptian dalam bahasa Inggeris moden) jauh berakar daripada istilah bahasa Yunani Αιγύπτιοι (Aigyptioi) yang bermaksud "orang Mesir" Jolokan ini datangnya daripada kepercayaan masyarakat mum pada zaman Pertengahan di mana mereka disangka berhijrah daripada kawasan tersebut;[35][36] ada kisah yang menyatakan mereka dikatakan kononnya dibuang dari Mesir kerana dituduh melindungi Yesus Kristus sewaktu beliau dilahirkan saat Raja Herodes memerintahkan pembunuhan semua anak-anak lelaki kecil di Bethlehem.[37]
Taburan penduduk
[sunting | sunting sumber]Ramai dalam kalangan masyarakat ini memilih tidak memasukkan identiti etnik mereka semasa mendaftarkan diri atau ketika pemerangkaan ("banci" atau "sensus") rasmi dilakukan pemerintah-pemerintah negara dihuni atas banyak sebab. Terdapat kira-kira 3.8 juta orang Romani yang dianggarkan duduk di Eropah (sehingga tahun 2002), [38] namun ada beberapa anggaran dilakukan organisasi kaum ini yang diberikan setinggi 14 juta orang penduduk. [39] Terdapat juga bilangan kependudukan signifikan di rantau Balkan, di beberapa negara Eropah Tengah serta di Sepanyol, Perancis, Rusia dan Ukraine. Beberapa juta orang Roma yang lain bertaburan di luar Eropah, khususnya di rantau Timur Tengah dan benua-benua Amerika.[40]
Negara | Sumber rasmi | Sumber lain | ||
---|---|---|---|---|
Bil. penduduk | Peratusan | Bil. penduduk | Peratusan | |
Jerman | — | — | 70,000 | 0.09% |
Bulgaria | 325,343 | 4.9% | — | — |
Sepanyol | 1,000,000[41] | — | 600,000 | 1.62% |
Perancis | 20,000[42] | 0.03 % | 350,000[20] - 1,300,000[43] | 0.5-1.2% |
Greece | — | — | 200,000[44] | 1.82% |
Hungary | 308,957 | 3.6 % | 600,000 - 800,000 | 6-8% |
Itali | — | — | 130,000 | 0.22 % |
Kosovo | 35,784 | 2.1% | — | — |
Macedonia Utara | 53,879 | 2.66% | — | — |
Romania | 619,007 | 3.25% | 700,000 | 5.3% |
United Kingdom | — | — | 90,000 | 0.15% |
Rusia | 20,5007 | 0.15% | — | — |
Serbia | 147,604 | 2.05% | — | — |
Slovakia | 352,924[45] | 2.0 % | — | — |
Turki | — | — | 500,000 | 0.72% |
- Nota kaki
- ^ 5,400 per 2000 census.
- ^ This is a census figure. Some 1,236,810 (6.14% of the population) did not declare any ethnicity. There was not any option for a person to declare multiple ethnicities.
- ^ This is a census figure. Some 736,981 (10% of the population) did not declare any ethnicity. There was not any option for a person to declare multiple ethnicities. In a report of the census’ authors, the ethnic results of this census are identified as a "gross manipulation".
- ^ This is a census figure. There was an option to declare multiple ethnicities, so this figure includes Romani of multiple backgrounds. According to the 2016 microcensus 99.1% of Hungarian Romani declared Hungarian ethnic identity also.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Teori asal-usul
[sunting | sunting sumber]Memandangkan masyarakat ini tidak menyimpan catatan sejarah mengenai latar belakang mereka baik dalam bentuk tulisan mahupun lisan, kebanyakan hipotesis tentang sejarah awal migrasi masyarakat ini didasarkan kepada penemuan dalam teori linguistik perbandingan terhadap bahasa Roma yang dituturkan mereka.[46] Malah, tidak ada catatan mengenai penghijrahan dari India ke Eropah dari zaman Pertengahan yang boleh dihubungkaitkan dengan masyarakat ini. [47]
Kajian terhadap bahasa yang dituturi masyarakat Roma mendapati bahawa bahasa tersebut terbentuk di anak benua India: bahasa masyarakat ini mempunyai ciri-ciri tatabahasa yang mirip bahasa-bahasa di rantai tersebut serta penbendaharaan kata asas (misalnya: mengenai bahagian tubuh badan atau rutin seharian). [48] terutamanya dengan bahasa-bahasa Hindi dan Punjabi. Ia berkongsi banyak ciri fonetik dengan bahasa Marwari, sementara tatabahasa ia paling dekat dengan bahasa Benggali.[49]
Suatu kajian genomik bertarikh tahun 2012 mendapati masyarakat ini berhijrah ke kawasan Balkan seawal abad ke-12.[50] Terdapat catatan bersejarah terawal penghijrahan masyarakat ini oleh orang Barat ke tenggara benua Eropah pada 1322, di mana seorang rahib pengikut Francsiscus dari pulau Ireland bernama Symon Semeonis menemui sekumpulan daripada golongan tersebut di bandar Candia (kini Heraklion) di pulau Kriti ketika bersinggah dalam perjalanan ziarahnya ke Yerusalem.
Zaman Pertengahan
[sunting | sunting sumber]Pasca-zaman Pertengahan
[sunting | sunting sumber]Semasa pemerintahan Maharani Maria Theresia dalam Kerajaan Habsburg dari tahun 1740 hingga 1780, terdapat beberapa perintah dikeluarkan yang memaksa masyarakat ini menetap secara kekal, menghapuskan hak milik kereta kuda (1754) pengerahan belia mereka dalam tentera kerajaan sekiranya tiada kerja berdagang (1761), pendaftaran paksaan dengan pihak kerajaan (1767), serta pengharaman perkahwinan sesama kaum (1773). Maharaja Josef II yang menggantikan baginda pula melarang pemakaian tradisi serta penuturan bahasa mereka yang boleh dikenakan hukuman sebat.[51]
Pelaksanaan sama turut dilakukan di Sepanyol seawal 1619 malah lelaki dan wanita Gitano dihantar untuk memisahkan rumah kerja dan anak-anak mereka yang dihantar ke rumah asuhan; namun keadaan menjadi kurang tegang dengan naiknya takhta Raja Carlos III di mana baginda mengisytiharkan mereka mempunyai hak yang sama sebagai warga Sepanyol serta menghapuskan dasar penindasan rasmi terhadap kaum tersebut lalu mengalakkan integrasi dalam pertubuhan dan perjumpaan rasmi.[52][53] Dasar-dasar Raja tersebut walau bagaimanapun gagal kerana kurangnya pelaksanaannya di luar bandar-bandar utama serta perasaan kebencian meluas dalam kalangan penduduk Sepanyol terhadap masyarakat itu.[51][54]
Perang Dunia Kedua
[sunting | sunting sumber]Penindasan terhadap masyarakat ini memuncak pada Perang Dunia Kedua bermula dengan pelucutan kewarganegaraan mereka pada tahun 1935 melalui undang-undang Nuremberg Jerman Nazi. Penduduk Roma setempat lama-kelamaan ditahan sebelum ada yang dihapuskan di tapak-tapak khusus semasa Holokus bukan sahaja di Jerman tetapi juga di negara-negara sekutu termasuk Croatia, Romania dan Hungary; insiden pembasmian kaum ini turut mendapat nama tersendiri iaitu Porajmos.
Keadaan semasa
[sunting | sunting sumber]Masyarakat ini pada zaman kini sering dikaitkan tidak sahaja dengan kemiskinan malah disalahkan sebagai punca kadar jenayah tinggi hasil prasangka selebih penduduk sebagai antisosial atau tidak sesuai. [55] Faktor ini dilihat sebagai sebab masyarakat ini sering menjadi mangsa diskriminasi.[56][57] namun ada usaha sedang dilakukan untuk mengatasi masalah sebegitu.[58] Amnesty International melaporkan keadaan berterusan Antizigan diskriminasi semasa abad ke-20, terutamanya di Romania, Serbia,[59] Slovakia,[60] Hungary,[61] Slovenia,[62] dan Kosovo.[63] Pihak Kesatuan Eropah telah mengakui bahawa diskriminasi terhadap masyarakat ini mesti ditangani, dan dengan strategi integrasi Roma nasional mereka menggalakkan negara-negara anggota untuk bekerja ke arah mengintegrasikan Romani secara meluas serta menegakkan hak-hak asasi mereka sebagai sebahagian warga dalam kesatuan ini. [64]
Gaya hidup
[sunting | sunting sumber]Kepercayaan
[sunting | sunting sumber]Leluhur masyarakat ini dipercayai menganut agama Hindu, namun lama kelamaan memeluk agama kebanyakan atau majoriti tempat yang diduduki mereka;[65] Orang Roma beragama Islam ada di Turki, Bosnia dan Herzegovina, Albania, Mesir, Kosovo, Makedonia Utara dan Bulgaria; yang memeluk agama Kristian mazhab Ortodoks pula ada wujud di Serbia dan Yunani. Pemelukan agama yang berbeza-beza dilihat cenderung menyebabkan keluarga-keluarga mereka tidak mampu berkahwin campur sesama mereka.[66] Majoriti kaum mereka di Sepanyol pula memeluk mazhab Katolik.
Terdapat juga segolongan yang mengekalkan ajaran nenek moyang mereka manakala ada yang mendirikan pertubuhan agama dan politik mereka tersendiri.[67]
Keluarga
[sunting | sunting sumber]Masyarakat ini sangat memandang tinggi hubungan kekeluargaan. [Dara|Perawan merupakan aspek penting dalam kaum perempuan yang mesti dijaga. Masyarakat ini juga cenderung kahwin dalam usia yang muda; ada adat resam yang menyatakan keluarga bakal suami mesti membayar mahar kepada keluarga bakal isteri namun kurang diamalkan kini. Isteri akan mengikut keluarga suami dengan peranan keperluan suami dan anak-anak serta mertua mereka.
Keluarga biasanya diketuai oleh orang lelaki paling tua - selalunya datuk. Kaum lelaki dilihat mempunyai kuasa melebihi kaum wanita. Kaum wanita semakin mendapat kuasa dengan meningkatnya usia, terutamanya selepas berkahwin dan mendapatkan anak.
Budaya
[sunting | sunting sumber]Muzik Roma merupakan unsur budaya utama masyarakat ini terutamanya yang bertaburan penduduk di kawasan Balkan. Malah, gaya persembahan muzik ini banyak mempengaruhi penggubah muzik klasikal Eropah termasuk Franz Liszt dan Johannes Brahms. Di Romania, perkahwinan tradisi dalam negara tersebut sering diiringi golongan pemuzik khusus dalam kalangan masyarakat ini dipanggil lăutar ([lĕu.tar]). Mereka turut menceburi genre kugiran muzik bras.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Lewis, M. Paul, penyunting (2009). "Ethnologue: Languages of the World" (online) (ed. 16th). Dallas, TX: SIL. Dicapai pada 15 September 2010.
Ian Hancock's 1987 estimate for 'all Gypsies in the world' was 6 to 11 million.
- ^ "EU demands action to tackle Roma poverty". BBC News. 5 April 2011.
- ^ "The Roma". Nationalia. Dicapai pada 20 November 2015.
- ^ "Rom". Encyclopædia Britannica. Dicapai pada 15 September 2010.
... estimates of the total world Roma population range from two million to five million.
- ^ The Marginalization of Shadow Minorities (Roma) and Its Impact on Opportunities. m/s. 117. ISBN 978-1-109-78487-9. Dicapai pada 27 July 2016.
- ^ Kayla Webley (13 October 2010). "Hounded in Europe, Roma in the U.S. Keep a Low Profile". Time. Dicapai pada 3 October 2015.
Today, estimates put the number of Roma in the U.S. at about one million.
- ^ "Falta de políticas públicas para ciganos é desafio para o governo" [Lack of public policy for Romani is a challenge for the administration] (dalam bahasa Portuguese). R7. 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Januari 2012. Dicapai pada 22 Januari 2012.
The Special Secretariat for the Promotion of Racial Equality estimates the number of "ciganos" (Romanis) in Brazil at 800,000 (2011). The 2010 IBGE Brazilian National Census encountered gypsy camps in 291 of Brazil's 5,565 municipalities.
Unknown parameter|dead-url=
ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link) - ^ "Roma integration in Spain". European Commission – European Commission (dalam bahasa Inggeris).
- ^ a b c "Roma and Travellers Team. TOOLS AND TEXTS OF REFERENCE. Estimates on Roma population in European countries" (PDF)Council of Europe Roma and Travellers DivisionCS1 maint: postscript (link)
- ^ Estimated by the Society for Threatened Peoples [1]
- ^ "The Situation of Roma in Spain" (PDF). Open Society Institute. 2002. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 1 December 2007. Dicapai pada 15 September 2010.
The Spanish government estimates the number of Gitanos at a maximum of 650,000.
- ^ "Diagnóstico social de la comunidad gitana en España : Un análisis contrastado de la Encuesta del CIS a Hogares de Población Gitana 2007" (PDF). mscbs.gob.es. 2007.
Tabla 1. La comunidad gitana de España en el contexto de la población romaní de la Unión Europea. Población Romaní: 750.000 [...] Por 100 habitantes: 1,87% [...] se podrían llegar a barajar cifras [...] de 1.100.000 personas
- ^ "Roma integration in Romania". European Commission – European Commission (dalam bahasa Inggeris).
- ^ 2011 census data, based on table 7 Population by ethnicity, gives a total of 621,573 Roma in Romania. This figure is disputed by other sources, because at the local level, many Roma declare a different ethnicity (mostly Romanian, but also Hungarian in Transylvania and Turkish in Dobruja). Many are not recorded at all, since they do not have ID cards [2]. International sources give higher figures than the official census(UNDP's Regional Bureau for Europe Diarkibkan 7 Oktober 2006 di Wayback Machine, World Bank, International Association for Official Statistics Diarkibkan 26 Februari 2008 di Wayback Machine).
- ^ "Rezultatele finale ale Recensământului din 2011 – Tab8. Populația stabilă după etnie – județe, municipii, orașe, comune" (XLS) (dalam bahasa Romanian). National Institute of Statistics (Romania). 5 July 2013. Dicapai pada 18 December 2013.CS1 maint: unrecognized language (link) However, various organizations claim that there are 2 million Romanis in Romania. See [3]
- ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 10 October 2012. Dicapai pada 17 June 2014. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan)CS1 maint: archived copy as title (link) - ^ "Türkiye'deki Kürtlerin sayısı!" [The number of Kurds in Turkey!] (dalam bahasa Turkish). 6 June 2008. Dicapai pada 2 January 2016.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Türkiye'deki Çingene nüfusu tam bilinmiyor. 2, hatta 5 milyon gibi rakamlar dolaşıyor Çingenelerin arasında". Hurriyet (dalam bahasa Turki). TR. 8 May 2005. Dicapai pada 2 January 2016.
- ^ "Situation of Roma in France at crisis proportions". EurActiv Network. 7 December 2005. Dicapai pada 21 October 2015.
According to the report, the settled Gypsy population in France is officially estimated at around 500,000, although other estimates say that the actual figure is much closer to 1.2 million.
- ^ a b Gorce, Bernard (22 July 2010). "Roms, gens du voyage, deux réalités différentes". La Croix. Dicapai pada 21 October 2016.
[MANUAL TRANS.] The ban prevents statistics on ethnicity to give a precise figure of French Roma, but we often quote the number 350,000. For travellers, the administration counted 160,000 circulation titles in 2006 issued to people aged 16 to 80 years. Among the travellers, some have chosen to buy a family plot where they dock their caravans around a local section (authorized since the Besson Act of 1990).
Ralat petik: Tag<ref>
tidak sah, nama "350000 en France en 2010" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ Население по местоживеене, възраст и етническа група [Population by place of residence, age and ethnic group]. Bulgarian National Statistical Institute (dalam bahasa Bulgaria). Dicapai pada 22 June 2015. Self declared
- ^ "Roma Integration – 2014 Commission Assessment: Questions and Answers" (Siaran akhbar). Brussels: European Commission. 4 April 2014. Dicapai pada 28 April 2016. EU and Council of Europe estimates
- ^ Vukovich, Gabriella (2018). Mikrocenzus 2016 - 12. Nemzetiségi adatok [2016 microcensus - 12. Ethnic data] (PDF). Hungarian Central Statistical Office (dalam bahasa Hungary). Budapest. ISBN 978-963-235-542-9. Dicapai pada 9 January 2019.
- ^ János, Pénzes; Zoltán, István; Patrik, Tátrai. "Changes in the Spatial Distribution of the Roma Population in Hungary During the Last Decades" (PDF). Területi Statisztika. doi:10.15196/TS580101 (Tidak aktif 2019-03-15).CS1 maint: DOI inactive as of Mac 2019 (link)
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaHazel Marsh
- ^ Hancock 2002.
- ^ a b K. Meira Goldberg; Ninotchka Devorah Bennahum; Michelle Heffner Hayes (2015). Flamenco on the Global Stage: Historical, Critical and Theoretical Perspectives. McFarland. m/s. 50. ISBN 978-0-7864-9470-5. Dicapai pada 8 December 2015.
- ^ a b Simon Broughton; Mark Ellingham; Richard Trillo (1999). World Music: Africa, Europe and the Middle East. Rough Guides. m/s. 147. ISBN 978-1-85828-635-8. Dicapai pada 8 December 2015.
- ^ a b Kenrick, Donald (5 July 2007). Historical Dictionary of the Gypsies (Romanies) (ed. 2nd). Scarecrow Press. m/s. xxxvii. ISBN 978-0-8108-6440-5.
The Gypsies, or Romanies, are an ethnic group that arrived in Europe around the 14th century. Scholars argue about when and how they left India, but it is generally accepted that they did emigrate from northern India some time between the 6th and 11th centuries, then crossed the Middle East and came into Europe.
- ^ "What is Domari?". University of Manchester. Romani Linguistics and Romani Language Projects. Dicapai pada 23 July 2008.
- ^ Sutherland 1986.
- ^ Corrêa Teixeira, Rodrigo. "A história dos ciganos no Brasil" (PDF). Dhnet.org.br. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada Julai 2011. Dicapai pada 9 November 2017.
- ^ Randall, Kay. "What's in a Name? Professor take on roles of Romani activist and spokesperson to improve plight of their ethnic group". Diarkibkan daripada yang asal pada 5 February 2005. Dicapai pada 30 January 2013.
- ^ Cherata, Lucian. "ETIMOLOGIA CUVINTELOR "ȚIGAN" sI "(R)ROM"". Scritube. Dicapai pada 17 February 2017.
- ^ Soulis, G (1961), The Gypsies in the Byzantine Empire and the Balkans in the Late Middle Ages, Dumbarton Oaks Papers, Trustees for Harvard University, m/s. 15, 141–65
- ^ White, Karin (1999). "Metal-workers, agriculturists, acrobats, military-people and fortune-tellers: Roma (Gypsies) in and around the Byzantine empire". Golden Horn. 7 (2). Diarkibkan daripada yang asal pada 20 March 2001. Dicapai pada 26 August 2007. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan) - ^ Fraser 1992.
- ^ Pan, Christoph; Pfeil, Beate Sibylle (2003). National Minorities in Europe: Handbook. Braumüller. m/s. 27f. ISBN 978-3-7003-1443-1.
- ^ "Compilation of population estimates". Council of Europe. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 June 2007. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan) - ^ "There are Gypsies in America? Where?", My big, fat American Gypsy wedding, TLC, 17 April 2012, diarkibkan daripada yang asal pada 2019-02-15, dicapai pada 2019-07-05
- ^ https://www.msc.es/ssi/familiasInfancia/inclusionSocial/poblacionGitana/docs/diagnosticosocial_autores.pdf
- ^ Nombre de Roms vivant dans des bidonvilles en 2012 selon le Ministère de l'Intérieur (cité par l'article d'Angela Bolis et Jules Bonnard « Où en est-on de l'hébergement des Roms en France ? », publié dans Le Monde, le 15 mai 2013).
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama1300000 en France en 2005
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-14. Dicapai pada 2019-07-05.
- ^ Matlovičová, K., Matlovič, R., Mušinka, A., Židová, A. (2012): The Roma population in Slovakia. Basic characteristics of the Roma population with emphasis on the spatial aspects of its differentiation, in Penczes, J., Radics, Z. (Eds.): Roma population on the peripheries of the Visegrad countries. Spatial trends and social challenges. Debrecen 2012, ISBN 978-615-5212-07-9, Templat:P..
- ^ Hübschmannová, Milena (2002). "Origin of Roma". RomBase. Karl-Franzens-Universität Graz. Dicapai pada 3 September 2013.
- ^ Matras 2002.
- ^ Šebková, Hana; Žlnayová, Edita (1998), Nástin mluvnice slovenské romštiny (pro pedagogické účely) (PDF), Ústí nad Labem: Pedagogická fakulta Univerzity J. E. Purkyně v Ústí nad Labem, m/s. 4, ISBN 978-80-7044-205-0, diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 4 March 2016 Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ Hübschmannová, Milena (1995). "Romaňi čhib – romština: Několik základních informací o romském jazyku". Bulletin Muzea Romské Kultury (4/1995).
Zatímco romská lexika je bližší hindštině, marvárštině, pandžábštině atd., v gramatické sféře nacházíme mnoho shod s východoindickým jazykem, s bengálštinou.
- ^ Mendizabal et. al (2012) "Our results further indicate that after a rapid migration with moderate gene flow from the Near or Middle East, the European spread of the Romani people was via the Balkans starting ∼0.9 kya."
- ^ a b Samer, Helmut (December 2001). "Maria Theresia and Joseph II: Policies of Assimilation in the Age of Enlightened Absolutism". Rombase. Karl-Franzens-Universitaet Graz.
- ^ Fraser, Angus (2005). Los gitanos. Ariel. ISBN 978-84-344-6780-4.
- ^ Texto de la pragmática en la Novísima Recopilación. Ley XI, pg. 367 y ss.
- ^ "Gitanos. History and Cultural Relations". World Culture Encyclopedia. Dicapai pada 26 August 2007.
- ^ "Are the Roma primitive or just poor?". The New York Times (review).
- ^ "Demolita la 'bidonville' di Ponte Mammolo" [The 'slum' of Mammolo Bridge demolished]. il Giornale (dalam bahasa Itali). 5 December 2007. Dicapai pada 14 September 2017.
- ^ Di Caro, Paola (4 November 2007). "Fini: impossibile integrarsi con chi ruba" [Fini: it's impossible to integrate those who steal]. Corriere della Sera (dalam bahasa Itali). Dicapai pada 14 September 2017.
- ^ "European effort spotlights plight of the Roma". USA Today. 1 February 2005. Dicapai pada 10 May 2013.
- ^ "Europe must break cycle of discrimination facing Roma" (Siaran akhbar). 7 April 2010. Dicapai pada 2 January 2016.
- ^ "Europe Roma". Amnesty International. February 2002. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 October 2007. Dicapai pada 6 May 2009. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan) - ^ Colin Woodard (13 February 2008). "Hungary's anti-Roma militia grows". Christian Science Monitor. Dicapai pada 15 September 2010.
- ^ "Roma". Human Rights Press Point. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 March 2012. Dicapai pada 6 May 2009. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan) - ^ Polansky, Paul (June 2005). "Results of an Enquiry into the Situation of Roma und Ashkali in Kosovo (Dec.2004 to May 2005) – Roma and Ashkali in Kosovo: Persecuted, driven out, poisoned". GFBV. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 August 2007. Dicapai pada 6 May 2009. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan) - ^ "National Roma Integration Strategies: a first step in the implementation of the EU Framework" (PDF). European Commission. 21 May 2012. Dicapai pada 3 May 2014.
- ^ "Restless Beings Project: Roma Engage". Restless Beings. 2008–2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-01-01. Dicapai pada 26 December 2012.
- ^ Boretzky, Norbert (1995). Romani in Contact: The History, Structure and Sociology of a Language. Amsterdam, NL: John Benjamins. m/s. 70.
- ^ G. L. Lewis (1991), "ČINGĀNE", The Encyclopaedia of Islam, 2 (ed. 2nd), Brill, m/s. 40a–41b, ISBN 978-90-04-07026-4
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Sejarah pengenalan
- History the Roma and Sinti in Germany.
- "General introduction", History of the Roma in Austria, AT: Uni Graz.
- "History of the Roma in Czech Republic". Rommuz. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Oktober 2013. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan). - Deportation, EU: Romas Inti.
- Gypsies in France, 1566–2011, FYI France
Pertubuhan bukan pemerintah
- CS1 maint: postscript
- Sumber CS1 bahasa Turki (tr)
- CS1 menggunakan tulisan bahasa Bulgaria (bg)
- Sumber CS1 bahasa Bulgaria (bg)
- CS1 maint: DOI inactive as of Mac 2019
- Rencana dengan bahagian kosong dari April 2023
- Semua rencana dengan bahagian kosong
- Kelompok etnik di Timur Tengah
- Orang nomad Eurasia
- Kelompok etnik di Eropah