Pergi ke kandungan

Liga Super Eropah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Liga Super Eropah
Liga Super
European Super League Company
Ditubuhkan18 April 2021; 3 tahun yang lalu (2021-04-18)
KawasanEropah
Jumlah pasukan20
Moto"The best clubs. The best players. Every week." (Kelab-kelab terbaik. Pemain-pemain terbaik. Setiap minggu.)[1]
Laman sesawangTapak web rasmi Sunting ini di Wikidata

Liga Super Eropah (Bahasa Inggeris: European Super League, nama rasmi: European Super League Company, S.L.) juga dikenali sebagai The Super League ("Liga Super" atau "Liga Adi") ialah suatu pertandingan bola sepak antara kelab tahunan yang dirancang penyertaan oleh 12 buah kelab se-Eropah; pengadaan acara ini bertujuan menyaingi atau menggantikan Liga Juara-Juara UEFA.[2] Florentino Pérez dilantik sebagai pengerusi pertama pertubuhan yang menguruskan pertandingan ini.[3]

Walau bagaimanapun, perancangan ini segera mendapat tentangan keras dari banyak pihak termasuk para peminat, pemain, kelab-kelab sehingga setinggi badan persatuan (termasuk FIFA dan UEFA) serta pemerintah-pemerintah negara.[4] kerana keadaan yang mengalakkan pengurangan persaingan serta menimbulkan rasa elitisme.[5][6] Tentangan hebat ini menyebabkan kesemua kelab England menarik diri dari keanggotaan ini.[7] Pada 21 April 2021, liga ini mengumumkan bahawa ia akan menggantungkan operasinya.[8]

Cadangan untuk mewujudkan Liga Super Eropah bermula sekurang-kurangnya pada 1998, ketika syarikat Media Partners dari Itali menjejak idea itu, yang gagal setelah UEFA bergerak untuk memperluaskan Liga Juara-Juara.[9] Berbagai cadangan telah dikemukakan dalam dua dekad berikutnya, dengan tiada yang mencapai kejayaan.

Pembentukan

[sunting | sunting sumber]

Liga ini diumumkan pada 18 April 2021 melalui suatu kenyataan akhbar dikeluarkan salah satu kelab anggota;[2][3] keluaran ini dilaporkan dengan menjelangnya perjumpaan Jawatankuasa Eksekutif UEFA (UEFA Executive Committee) yang merancang merombak dan meluaskan Liga-Liga Juara susulan musim 2024–25 agar terbuka kepada banyak lagi perlawanan dan pendapatan berikutan tekanan daripada kelab-kelab elit bola sepak Eropah.[10] Siaran akhbar tersebut menyatakan hasrat untuk "menyediakan perlawanan berkualiti tinggi dan sumber kewangan tambahan untuk piramid bola sepak keseluruhan" sementara juga "memberikan pertumbuhan ekonomi dan sokongan yang lebih besar bagi bola sepak Eropah melalui komitmen jangka panjang untuk pembayaran solidariti yang belum ditutup yang akan berkembang seiring dengan pendapatan liga."[3] Pengerusi Liga Super Eropah Florentino Pérez mengatakan bahawa Liga Super akan membantu kelab mendapatkan kembali pendapatan yang hilang kerana pandemik COVID-19. Pérez juga mengatakan bahawa Liga Super Eropah juga akhirnya akan memiliki sistem naik dan turun liga dan akan menarik minat generasi baru peminat bola sepak sambil juga meningkatkan mutu VAR dan pengadil.[11][12]

Kelab pengasas

[sunting | sunting sumber]
Lokasi kelab pengasas Liga Super Eropah.

Sebanyak 12 kelab yang diumumkan sebagai anggota pengasas pertandingan ini dengan 3 lagi kelab yang bakal turut serta sebelum bermulanya musim pertama. Kesemua 15 kelab anggota ini bakal menjadi penyerta kekal yang turut mentadbir pertubuhan pengurus acara.[3] Kelab-kelab Perancis dan Jermana termasuk Paris Saint-Germain dan Bayern Munich dilaporkan menolak tawaran penyertaan sedemikian.[13]

Menjelang 21 April, hanya tiga hari sebelum penubuhannya, 10 daripada 12 kelab telah mengumumkan rancangan mereka untuk menarik diri di tengah reaksi yang buruk diterima, dengan hanya tinggal Barcelona dan Real Madrid sebagai anggota pengasas.[14]

Kelab-kelab pengasas ini yang disenaraikan:

Anggota yang berpontensi

[sunting | sunting sumber]

Bayern Munich, Borussia Dortmund dan Paris Saint-Germain (PSG) tidak diumumkan sebagai anggota awal Liga Super, dan ketiga-tiganya mengecam pertandingan itu secara terbuka, walaupun ada spekulasi bahawa pasukan telah diundang untuk menyertai.[15]

Pengerusi Liga Super, Florentino Pérez mengatakan bahawa ketiga-tiga kelab itu tidak diundang untuk menjadi antara kelab pengasas.[12] Dokumen bocor yang diperoleh oleh Der Spiegel, Bayern dan Dortmund diberi masa 30 hari, dan PSG 14 hari, untuk mendaftar ke Liga Super.[16][17] Kelab Perancis, Jerman, Portugis dan Belanda yang lain dilaporkan telah menolak untuk menyertai pertandingan ini.[18][19][20][21]

Wartawan Sky Sports Charles Paterson menyatakan bahawa Liga Super Eropah akan mengajukan rayuan kepada kelab-kelab "Old Firm" Scotland iaitu Celtic dan Rangers, kerana pendapatan yang terbatas di Scotland, dan percaya bahawa Liga Super akan tertarik untuk mengambil alih kelab-kelab Old Firm, kerana sokongan peminat seluruh dunia dan stadium yang mengikut piawai UEFA.[22]

Penarikan diri dan tanggapan oleh ESL

[sunting | sunting sumber]

Chelsea menjadi kelab Inggeris pertama yang menandakan penarikan diri mereka setelah pengerusi Bruce Buck bertemu dengan pemain.[23] Pada 20 April 2021, Manchester City mengesahkan mereka secara rasmi memulakan prosedur untuk menarik diri dari Liga Super Eropah. Presiden UEFA Aleksander Čeferin mengeluarkan kenyataan menyambut mereka kembali ke "keluarga bola sepak Eropah".[24] Arsenal, Liverpool, Manchester United, dan Tottenham Hotspur juga menarik diri pada hari itu, dengan Chelsea menarik diri pada awal 21 April.[14] Setelah penarikan kelab-kelab Inggeris, pada 21 April Liga Super Eropah menyatakan, "Mengingat keadaan semasa, kami akan mempertimbangkan kembali langkah-langkah yang paling tepat untuk membentuk semula projek, dengan selalu mempertimbangkan tujuan kami untuk menawarkan pengalaman terbaik kepada peminat sambil meningkatkan solidariti pembayaran untuk seluruh komuniti bola sepak."[25] Pengerusi Juventus dan wakil ketua Liga Super yang bermaksud Andrea Agnelli menambahkan pada hari itu bahawa tidak mungkin projek Liga Super akan berjalan dalam bentuknya sekarang setelah penarikan enam kelab Inggeris itu, walaupun dia masih mempercayai projek itu. Tidak sampai satu jam selepas ini, Atlético Madrid dan Inter Milan secara rasmi mengumumkan pengunduran diri mereka dari Liga Super. AC Milan mengesahkan penarikan diri mereka tidak lama kemudian.[26]

Format pertandingan

[sunting | sunting sumber]

Pertandingan ini akan menampilkan dua puluh pasukan, termasuk lima belas kelab pengasas. Lima tempat yang selebihnya akan ditentukan oleh mekanisme kelayakan berdasarkan prestasi pasukan pada musim sebelumnya. Bermula pada bulan Ogos, pasukan akan dibahagikan kepada dua kumpulan yang terdiri daripada sepuluh, dengan kelab bermain di tempat lawan dalam format round-robin untuk sejumlah 18 perlawanan kumpulan setiap pasukan. Perlawanan akan berlangsung pada pertengahan minggu untuk membolehkan kelab terus mengambil bahagian dalam liga domestik mereka.

Tiga pasukan teratas setiap kumpulan akan layak ke suku akhir, sementara pasukan yang menduduki tempat keempat dan kelima dari setiap kumpulan akan bertanding dalam play-off dua pusingan play-off untuk memutuskan dua pasukan ke suku akhir. Pertandingan selebihnya akan berlangsung dalam jangka masa empat minggu pada akhir musim, dengan suku akhir dan separuh akhir menampilkan pertandingan dua pusingan, sementara final pada bulan Mei akan dipertandingkan sebagai pertandingan tunggal pada tempat berkecuali. [3] Secara keseluruhan, setiap musim pertandingan akan menampilkan 197 perlawanan (180 di peringkat kumpulan dan 17 di peringkat kalah mati).

Kepimpinan

[sunting | sunting sumber]

Eksekutif bola sepak berikut telah disahkan sebagai pemimpin pertubuhan.[3][27]

Jawatan Nama Jawatan lain
Pengerusi Sepanyol Florentino Pérez Presiden Real Madrid
Naib pengerusi Itali Andrea Agnelli Pengerusi Juventus
Naib pengerusi Amerika Syarikat Joel Glazer Pengerusi bersama Manchester United
Naib pengerusi Amerika Syarikat John W. Henry Pemilik Liverpool
Naib pengerusi Amerika Syarikat Stan Kroenke Pemilik Arsenal
  1. ^ "The Super League".
  2. ^ a b "Kelab terkemuka sertai Liga Super Eropah". Astro Awani. 19 April 2021. Dicapai pada 20 April 2020.
  3. ^ a b c d e f "Leading European football clubs announce new Super League competition". The Super League (Siaran akhbar) (dalam bahasa Inggeris). 18 April 2021. Dicapai pada 18 April 2021.
  4. ^ Harris, Daniel; Ingle, Sean (20 April 2021). "European Super League: backlash builds against breakaway plan – live!". The Guardian. ISSN 0261-3077. Dicapai pada 20 April 2021.
  5. ^ Super League is wanted only by a cabal of Europe's elite club owners; fans have been forgotten, ESPN (19 April 2021).
  6. ^ Spain's LaLiga slams plan for European Super League as 'secessionist and elitist', El Pais English (19 April 2021).
  7. ^ Hytner, David; Hunter, Andy; Jackson, Jamie (20 April 2021). "Chelsea and Manchester City quit Super League after FA ban warning". London: The Guardian. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 April 2021. Dicapai pada 21 April 2021.
  8. ^ "Super League suspended: Why English clubs pulled out, and what's next for them and UEFA". ESPN (dalam bahasa Inggeris). 21 April 2021. Dicapai pada 21 April 2021.
  9. ^ "Football: Uefa winning 'super league' war". The Independent (dalam bahasa Inggeris). 23 Oktober 2011. Dicapai pada 18 April 2021.
  10. ^ Dunbar, Graham (16 April 2021). "UEFA set to approve new Champions League format next week". Associated Press. Dicapai pada 18 April 2021.
  11. ^ "European Super League: Real Madrid's Florentino Perez defends breakaway plan, says it will save the sport". CBSSports (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 20 April 2021.
  12. ^ a b Matt_Wiltse (20 April 2021). "Florentino Perez' FULL Interview regarding The European Super League with El Chiringuito". Managing Madrid (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 20 April 2021.
  13. ^ Crafton, Adam. "Bayern Munich and PSG are not backing breakaway European Super League plans". The Athletic (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 19 April 2021.
  14. ^ a b "European Super League: John W Henry apologises to Liverpool's fans, players and staff for signing up to competition" (dalam bahasa Inggeris). Sky Sports. 21 April 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 April 2021. Dicapai pada 21 April 2021.
  15. ^ "Bayern, PSG reject Super League for UEFA CL". ESPN (dalam bahasa Inggeris). 20 April 2021. Dicapai pada 20 April 2021.
  16. ^ Wulzinger, Michael; Winterbach, Christoph; Pfeil, Gerhard; Buschmann, Rafael. "Super League: Bayern München und Borussia Dortmund sollen Gründungsmitglieder werden". www.spiegel.de (dalam bahasa Jerman). Dicapai pada 20 April 2021.
  17. ^ "'Perez lied'. Leaked document shows how many days Bayern, PSG and BVB have left to join the Super League". Tribuna (dalam bahasa Inggeris). 20 April 2021. Dicapai pada 20 April 2021.
  18. ^ Crafton, Adam. "Bayern Munich and PSG are not backing breakaway European Super League plans". The Athletic (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 19 April 2021.
  19. ^ Christenson, Marcus (19 April 2021). "Bayern Munich and Borussia Dortmund not joining European Super League". The Guardian. Dicapai pada 19 April 2021.
  20. ^ Staff, The Athletic. "Porto say they will not join breakaway European Super League". The Athletic (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 19 April 2021.
  21. ^ Panja, Tariq (20 April 2021). "FIFA Tells Super League Clubs: 'You Are In or You Are Out'". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Dicapai pada 20 April 2021.
  22. ^ Paterson, Charles (20 April 2021). "European Super League: Would Celtic & Rangers join breakaway? What does it mean for Scottish football?". Sky Sports (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 20 April 2021.
  23. ^ "Chelsea to withdraw from European Super League". theathletic.com (dalam bahasa Inggeris). 21 April 2021. Dicapai pada 21 April 2021.
  24. ^ "Ceferin welcomes Manchester City back into European football family". marca.com (dalam bahasa Inggeris). Marca. 20 April 2021. Dicapai pada 21 April 2021.
  25. ^ Bicknell, Gareth (21 April 2021). "European Super League issues defiant statement despite 'Big Six' pulling out". mirror (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 21 April 2021.
  26. ^ "European Super League: Juventus chairman Andrea Agnelli says project cannot proceed". BBC Sport (dalam bahasa Inggeris). 21 April 2021. Dicapai pada 21 April 2021.
  27. ^ Goodman, Mike; Mello, Igor (18 April 2021). "European Super League: Latest breakaway announcement news; FIFA, UEFA, Premier League reaction; who's in, out". CBS Sports (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 19 April 2021.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]