Pergi ke kandungan

Habbatus sauda

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Habbatus Sauda)

Habbatus sauda
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
N. sativa
Nama binomial
Nigella sativa
Sinonim[1]
  • Nigella cretica Mill.

Habbatus sauda (kekadang turut dieja habbatussauda; Jawi: الحبة السوداء[2]), atau jintan hitam[3] (bahasa Inggeris: black caraway atau black cumin) dengan nama ilmiah Nigella sativa ialah sejenis tumbuhan berbunga tahunan yang tumbuh secara aslinya di Asia Selatan dan Asia Barat Daya. Ia mempunyai ketinggian berukuran 20–30 cm (7.9–11.8 in), manakala struktur daunnya halus dan lurus (tetapi tidak berbentuk seperti jarum). Bunganya halus, biasanya berwarna putih dan/atau biru ceraka dengan 5 hingga 10 kelopak.

Buahnya bersaiz besar berbentuk kapsul yang mengandungi tiga hingga tujuh folikel berpadu, setiap satunya mengandungi biji hitam yang digunakan sebagai rempah dan bahan perubatan.

Biji habbatus sauda juga diproses atau dikisar sehingga keluar minyaknya dan dimakan untuk tujuan kesihatan atau perubatan tradisional. Ia lebih dikenali sebagai minyak habbatus sauda dan digunakan untuk merawat kencing manis.

Habbatus sauda digunakan sebagai rempah dalam masakan India, Asia Barat dan juga masakan Poland. Habbatus sauda mempunyai rasa seperti lada hitam, bawang besar dan oregano dalam satu. Ia mempunyai rasa dan bau yang kuat terutama sekali apabila digigit.[4] Di Palestin, ia ditumbuk untuk membuat pes qizhat.[5]

Ia boleh digunakan untuk masakan kari, sayur, kekacang dengan memanaskannya dalam kuali. Habbatus sauda juga boleh digunakan sebagai rempah dalam resipi yang menggunakan lenggai, sayuran, selada dan ayam. Di sesetengah tempat, ia digunakan untuk menyedapkan roti dan digunakan dalam campuran rempah pancaporon (campuran lima rempah) atau dengan sendirinya dalam masakan Bangla seperti naan.[6] Habbatus sauda juga diguakan dalam keju tali Armenia, sejenis keju yang ditarik berulang kali sehingga halus lalu ditocangkan bernama majduleh atau majduli di Asia Barat.

Kajian arkeologi tidak ketahui bila penanaman N. sativa bermula,[perlu rujukan] namun bijinya ada dijumpai di beberapa tapak galian Mesir purba seperti makam Tutankhamun.[7] Bijinya dijumpai dalam balang orang Het di Turki dari alaf ke-2 SM.[8]

N. sativa mungkin pernah digunakan sebagai penambah rasa di Dunia Lama dalam makanan.[7] Seorang ahli pakar perubatan Parsi bernama Ibnu Sina dalam Kanun Perubatannya menyarankan N. sativa sebagai rawatan untuk dispnea (sesak nafas).[9] Ia juga pernah digunakan di Asia Barat sebagai ubat.[10]

Minyak habbatus sauda mengandungi asid linoleik, asid oleik, asid palmitik, transanetol dan perawis kecil lain.[4] Sebatian aromatik termasuklah timokuinona, dwihidrotimokuinona, p-simena, karvakrol, α-tujena, timol, α-pinena, β-pinena dan transanetol. Minyak meragkumi 32% hingga 40% daripada keseluruhan kandungan biji N. sativa.[11] Biji habbatus sauda juga mengandungi timokuinona.[11]

Satu metaanalisis dalam percubaan klinikal menemui bukti lemah yang mengatakan habbatus sauda mempunyai manfaat jangka pendek untuk merendahkan tekanan darah sistole dan dwiastole, dan bukti terhad bahawa pelbagai pati habbatus sauda dapat mengurangkan trigliserida, lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) dan jumlah kolesterol, sementara juga meningkatkan kolesterol lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL).[12]

  1. ^ "The Plant List: A Working List of All Plant Species".
  2. ^ Habbatus Sauda
  3. ^ "jintan hitam". SEAlang Library Malay Lexicography. Southeast Asian Languages Library. 2005.
  4. ^ a b Bharat B Aggarwal (2009). Molecular Targets and Therapeutic Uses of Spices. Google Books. m/s. 259. ISBN 978-981-4468-95-4. Dicapai pada 4 January 2015.
  5. ^ Berger, Miriam. "Is the world ready for this Palestinian dish?". www.bbc.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-03-28.
  6. ^ Bramen L (16 February 2011). "Nigella Seeds: What the Heck Do I Do with Those?". smithsonian.com. The Smithsonian Online. Dicapai pada 4 January 2015.
  7. ^ a b Zohary, Daniel; Hopf, Maria; Weiss, Ehud (2012). Domestication of Plants in the Old World: The Origin and Spread of Domesticated Plants in Southwest Asia, Europe, and the Mediterranean Basin (ed. Fourth). Oxford: University Press. m/s. 206. ISBN 9780199549061.
  8. ^ Saliha B, Sipahib T, Oybak Dönmez, E (2009). "Ancient nigella seeds from Boyalı Höyük in north-central Turkey". Journal of Ethnopharmacology. 124 (3): 416–20. doi:10.1016/j.jep.2009.05.039. PMID 19505557.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  9. ^ Avicenna (1999). Canon of Medicine. Chicago: Kazi Publications.
  10. ^ Hassanien, Minar M. M.; Abdel-Razek, Adel G.; Rudzińska, Magdalena; Siger, Aleksander; Ratusz, Katarzyna; Przybylski, Roman (15 July 2014). "Phytochemical contents and oxidative stability of oils from non-traditional sources". European Journal of Lipid Science and Technology (dalam bahasa Inggeris). 116 (11): 1563–1571. doi:10.1002/ejlt.201300475. ISSN 1438-7697.
  11. ^ a b Gharby S, Harhar H, Guillaume D, Roudani A, Boulbaroud S, Ibrahimi M, Ahmad M, Sultana S, BenHaddah T, Chafchaouni-Moussaouii I, Charroufa Z (2015). "Chemical investigation of Nigella sativa L. seed oil". Journal of the Saudi Society of Agricultural Sciences. 14 (2): 172–177. doi:10.1016/j.jssas.2013.12.001.
  12. ^ Sahebkar A, Soranna D, Liu X, dll. (2016). "A systematic review and meta-analysis of randomized controlled trials investigating the effects of supplementation with Nigella sativa (black seed) on blood pressure". Journal of Hypertension. 34 (11): 2127–35. doi:10.1097/HJH.0000000000001049. PMID 27512971.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Templat:Use British English