Enjin Proton CamPro
AWANGKU AZIZUL AZRIN BERKATA: Enjin Campro ialah enjin kereta pertama yang dikeluarkan oleh pembuat kereta Malaysia, Proton dengan kerjasama Lotus[1] Diarkibkan 2007-10-08 di Wayback Machine. Nama Campro ialah kependekan bagi Cam Profile (Profil Sesondol). Enjin ini digunakan dalam model-model kereta Proton bermula dengan Proton Gen-2 diikuti model-model lain termasuk Proton Satria Neo, Proton Waja, Proton Saga BLM, Proton Exora, Proton Persona, Proton Preve, Proton Suprima S dan Proton Iriz. Enjin ini dibina sebagai membuktikan kemampuan Proton untuk membina enjin yang berkuasa dan mematuhi piawaian emisi yang ketat. Prototaip enjin mula ditampilkan pada 6 Oktober 2000 di kilang Lotus di UK sebelum mula digunakan pada model tahun 2004 Proton Gen-2.[1]
Kesemua enjin Campro menampilkan teknologi pacu melalui wayar (khususnya kawalan pendikit elektronik) bagi tindak balas cemerlang,[2] sekaligus menghapuskan keperluan bagi pautan dan kabel yang menghasilkan geseran.
Varian
[sunting | sunting sumber]Enjin DOHC asas
[sunting | sunting sumber]Enjin Campro DOHC asas dikeluarkan dalam 2 sesaran enjin iaitu 1.6L (S4PH) dan 1.3L (S4PE). Semasa peringkat pembangunannya, enjin ini dipasang pada Proton Waja yang digunakan khas untuk ujian jalan raya. Enjin ini mula digunakan pada Proton Gen-2. Walaupun enjin tersebut kelihatan berkuasa pada kelajuan enjin tinggi, namun pengguna awal Gen-2 mengalami masalah kekurangan kilasan terutamanya untuk mendaki bukit semasa kelajuan enjin sekitar 3,000 ~ 3,500 rpm disebabkan penurunan kilasan pada kelajuan tersebut sebelum meningkat semula ke 148 N-m pada 4,000 rpm. Akibatnya, pemandu terpaksa banyak menukar antara gear 2 dan 3 semasa mendaki bukit. Masalah ini diselesaikan dengan pemetaan semula ECU enjin tersebut pada tahun 2005.
S4PH
[sunting | sunting sumber]- Kuasa kuda maksimum: 110 bhp (82 kW) @ 6,000 rpm
- Kilasan maksimum: 148 N-m @ 4,000 rpm
- Lubang x lejang: 76 x 88 mm
- Sesaran enjin: 1598 cc
S4PE
[sunting | sunting sumber]- Kuasa kuda maksimum: 94 bhp (70 kW) @ 6,000 rpm
- Kilasan maksimum: 120 N-m @ 4,000 rpm
- Lubang x lejang: 76 x 73.4 mm
- Sesaran enjin: 1332 cc
Enjin Campro CPS dan VIM
[sunting | sunting sumber]Sebagai tambahan kepada enjin DOHC asas sedia ada, Proton juga sedang membangunkan enjin CPS (Penukaran Profil Sesondol) dan VIM (Rongga Masukan Boleh Laras). Teknologi CPS adalah teknologi pemasaan injap boleh laras yang dibangunkan serupa dengan teknologi VTEC oleh Honda dan VVT-i oleh Toyota, tetapi bezanya ialah CPS menukar profil sesondol dengan menggunakan tapet tindakan terus dengan pin pengunci manakala VTEC dan VVT-i pula menggunakan lengan jumpelang dengan pin pengunci[3]. Mekanisme CPS bertindak pada 3,800 rpm, tetapi pada Proton Satria Neo CPS pula penukaran berlaku pada 4,400 rpm[4].
Enjin Campro CPS 1.6 mampu menghasilkan sehingga 125 kuasa kuda (127 PS; 93 kW) pada 6,500 rpm serta meningkatkan nilai kilasan kepada 150 N-m @ 4,500 rpm yang berterusan sehingga 5,000 rpm.[2] Proses pembangunan enjin ini sering mendapat kritikan di kalangan peminat automotif kerana sering tertangguh walaupun jadual asal bagi penggunaan teknologi sedemikian sepatutnya mula digunakan pada tahun 2005. Enjin Campro CPS hanya akan mula digunakan bermula dengan model Proton Gen-2, Proton Waja tahun 2008, Proton Preve dan Proton Exora CPS [5][6].
Kedua-dua teknologi CPS dan VIM saling bergandingan dan berfungsi dalam 3 mod berbeza seperti berikut:-
- Kelajuan enjin rendah (3,800 rpm ke bawah): Sesondol rendah digunakan dan udara masuk melalui rongga masukan panjang untuk percampuran udara-bahan api yang lebih baik, seterusnya menjimatkan bahan api serta menghapuskan junaman kilasan pada rpm rendah.
- Kelajuan enjin sederhana (3,800 ~ 4,800 rpm): Sistem CPS menukar profil sesondol dari sesondol rendah ke sesondol tinggi, membolehkan lebih banyak campuran udara-bahan api masuk dengan lebih lawas, sekaligus menyumbang kepada kuasa maksimum yang lebih tinggi.
- Kelajuan enjin tinggi (4,800 rpm ke atas): Sistem VIM menukar aliran udara kepada rongga masukan pendek dan lurus.
Selain enjin 1.6L, enjin Campro CPS juga terdapat dalam versi 1.8L, tetapi setakat 30 April 2008 ia masih belum digunakan pada mana-mana model kereta Proton sebaliknya membuat penampilan sulungnya di dalam sebuah hoverkraf buatan Malaysia.[7].
Enjin Campro IAFM
[sunting | sunting sumber]Secara ringkasnya, enjin Campro IAFM adalah enjin asas Campro DOHC yang dipasang dengan sistem rongga masukan boleh laras, dikenali sebagai modul IAFM (Modul Masukan Udara-Bahan Api), mula dibangunkan bersama-sama oleh Proton, Bosch dan EPMB pada April 2005. Walau bagaimanapun, perbezaan antara IAFM dengan sistem VIM pada enjin Campro CPS adalah seperti berikut:-
- IAFM adalah modul tunggal yang boleh dipasang terus pada enjin asas DOHC tetapi VIM pula perlu berfungsi seiringan dengan sistem CPS pada enjin CPS.
- IAFM berfungsi menggunakan tekanan vakum enjin manakala VIM berfungsi menggunakan solenoid elektrik kawalan ECU.
Enjin Campro IAFM mula digunakan pada generasi kedua Proton Saga yang dilancarkan pada Januari 2008. Enjin 1.3L tersebut mampu menghasilkan kuasa maksimum 98 bhp @ 6,500 rpm. Kilasan maksimum menurun sedikit kepada 113.2 N-m, tetapi banjaran kilasan pada enjin IAFM tersebut adalah lebih lebar serta masalah kemerosotan daya kilasan yang biasa dihadapi pada RPM pertengahan telah dapat ditangani sepenuhnya.
Sementara itu, versi 1.6 liter pula menghasilkan 110 bhp @ 6,500 rpm dan kilasan sekuat 148 N-m @ 4,000 rpm, dan masalah junaman kilasan pada versi DOHC asas telah dapat ditangani sepenuhnya. Enjin 1.6L IAFM ini mula digunakan pada kereta Proton Gen-2 M-line, Proton Persona, Proton Saga FL dan Proton Saga BLM Model Teksi mulai tahun 2009.
Enjin Campro IAFM+
[sunting | sunting sumber]Generasi kedua enjin Campro IAFM, dikenali sebagai enjin IAFM+, mula ditampilkan pada model 2011 Proton Saga FLX.[8] Enjin IAFM+ baharu ini ditala untuk digandingkan dengan kotak gear CVT baharu keluaran Punch Powertrain yang memerlukan kelajuan operasi enjin maksimum dihadkan daripada 6,500 rpm bagi enjin IAFM generasi pertama kepada hanya 6,000 rpm.[9] Hasilnya, enjin 1.3L IAFM+ menghasilkan kuasa kuda maksimum 94 bhp (70 kW) @ 5,750 rpm dan 120 N·m (89 ka·lbf) kilasan, sementara enjin 1.6L pula menghasilkan kuasa kuda maksimum 108 bhp (81 kW) @ 5,750 rpm dan 150 N·m (110 ka·lbf) kilasan.[10][11] Gabungan enjin Campro IAFM+ baharu dengan kotak gear CVT menghasilkan penjimatan penggunaan bahan api masing-masing sebanyak 4% dan 10% bagi pemanduan bandar dan lebuh raya.[8]
Enjin Campro hibrid
[sunting | sunting sumber]Proton dan Lotus telah mengumumkan model prototaip kereta Proton Gen-2 yang menggunakan enjin Campro hibrid semasa Pertunjukan Kereta Geneva 2007[12][13]. Sistem enjin hibrid tersebut dikenali sebagai EVE (Cekap, Berdaya Saing, Mesra Alam). Ia menggunakan enjin S4PH sedia ada dan digandingkan dengan motor elektrik 144 V, 30 kW. untuk membolehkan sistem tersebut digunakan pada semua model sedia ada Proton tanpa perlu membangunkan platform baru yang berasingan bagi model kereta hibrid, sebagaimana Honda Civic Hybrid. Walau bagaimanapun, tidak seperti sistem Bantuan Motor Bersepadu (IMA) Honda yang menggunakan bateri nikel-logam hidrida yang lebih besar, sistem EVE ini menggunakan bateri litium-ion yang ditempatkan di ruangan enjin.
Sistem Hibrid EVE akan dilengkapi 3 teknologi utama:-
- Sistem henti-mula "hibrid mikro" - Satu sistem penghidup-pengulangalik bersepadu dipasang bagi mematikan enjin secara automatik semasa kenderaan berhenti, contohnya semasa lampu isyarat merah. Enjin akan dihidupkan semula secara automatik sebaik injak pendikit ditekan.
- Teknologi hibrid selari sepenuhnya - Menggabungkan enjin S4PH sedia ada dengan motor elektrik 30 kW, 144V, menghasilkan kuasa kuda lebih tinggi (141 bhp gabungan), kilasan lebih tinggi (233 N-m gabungan), emisi lebih rendah (pengurangan karbon dioksida sehingga 22%) serta penjimatan bahan api lebih baik (sehingga 4.6 L/100 km). Sistem ini turut dilengkapi sistem pembrekan jana semula.
- Transmisi boleh laras berterusan (CVT) - Sistem CVT menghasilkan bilangan nisbah gear tidak terhingga untuk kecekapan yang lebih baik.
Data teknikal sistem hibrid tersebut adalah seperti berikut:-
- Kuasa kuda maksimum (enjin sahaja): 110 bhp (82 kW; 112 PS) @ 6,000 rpm
- Kilasan maksimum (enjin sahaja): 148 N·m (109 ka·lbf) @ 4,000 rpm
- Kuasa kuda maksimum (gabungan): 141 bhp (105 kW; 143 PS) @ 5,500 rpm
- Kilasan maksimum (gabungan): 233 N·m (172 ka·lbf) @ 1,500 rpm (dihadkan ke 180 N-m berterusan)
Enjin Campro CFE/Turbo
[sunting | sunting sumber]Enjin Campro CFE adalah versi turbo bertekanan rendah dengan penyejuk perantara bagi enjin Campro 1.6L, dengan tekanan penggalak maksimum 0.75 bar (75 kPa; 10.9 psi). CFE adalah kependekan bagi "Charged Fuel Efficiency" (Kecekapan Bahan Api Tercas).[14] Enjin ini telah digunakan pada model tahun 2012 Proton Exora Bold, Proton Preve dan Proton Suprima S.
Idea pengeluarannya mula didedahkan oleh Pengarah Urusan Proton Datuk Syed Zainal Abidin pada 13 Disember 2008, berikutan trend pasaran terkini yang menggunakan enjin bersesaran rendah tetapi dengan pernafasan paksaan bagi menghasilkan keluaran kuasa yang setara dengan enjin yang lebih besar, satu konsep yang serupa dengan teknologi pengecas berkembar TSI Volkswagen serta enjin Ford EcoBoost.[15] Model sempurna enjin mula ditampilkan semasa KLIMS 2010.[16]
Enjin tersebut mampu menghasilkan kuasa kuda maksimum 138 bhp (103 kW; 140 PS) @ 5,000 rpm dan 205 N·m (151 ka·lbf) @ 2,000-4,000 rpm kilasan.[14] Untuk membolehkan enjin menampung pertambahan kuasa, beberapa perubahan teknikal dilakukan pada enjin.[16] Sementara lubang enjin dikekalkan pada 76 mm, lejang pula dipendekkan kepada 86 mm berbanding 88 mm seperti pada varian enjin Campro 1.6L yang lain, menghasilkan sesaran enjin 1561 cc. Nisbah mampatan dikurangkan daripada 10:1 kepada 8.9:1. Satu sistem pemasaan injap boleh laras turut digunakan bagi mengawal injap masukan, tetapi sistem ini hanya mengawal pemfasaan sesondol serta pemasaan bukaan injap secara berterusan, tidak seperti mekanisme CPS yang mengubah saiz bukaan injap pada satu tahap tertentu sahaja.
.=== Enjin Campro VVT ===
baik==Perancangan masa hadapan== Buat masa sekarang, Proton sedang merancang untuk membangunkan enjin bersesaran lebih tinggi (1.8L dan 2.0L) sebagai pelengkap kepada enjin Campro 1.3L dan 1.6L sedia ada[17] serta sedang berbincang dengan beberapa pihak luar bagi membantu pembangunan enjin. Di samping itu, Proton turut merancang untuk menghasilkan versi diesel bagi enjin Campro.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ The History of Proton Diarkibkan 2012-02-23 di Wayback Machine - from Proton's official web site.
- ^ a b Campro Engine Diarkibkan 2005-08-26 di Wayback Machine - from Proton official website https://www.proton.com Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama "drive-by-wire" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ GALLERY: Proton Exora Technology Exhibition - dari paultan.org.
- ^ Hezeri Samsuri (20 Februari 2009). "Satria Neo CPS lebih gagah". BH Auto. Italic or bold markup not allowed in:
|publisher=
(bantuan);|access-date=
requires|url=
(bantuan) - ^ PROTON SETS FOOT IN THAILAND Diarkibkan 2007-12-03 di Wayback Machine - dari laman web rasmi Proton https://www.proton.com
- ^ Facelifted Proton GEN2 with Campro CPS engine launched in Thailand! - oleh paultan.org
- ^ Hoverkraf terbang buatan Malaysia curi perhatian - Utusan Malaysia, 23 April 2008. Dicapai pada 30 April 2008.
- ^ a b Anthony Lim (26 July 2011). "Proton Saga FLX 1.3L launched – CVT, ABS and EBD on (Inggeris)". Paul Tan. Dicapai pada 1 December 2011.
- ^ "Spesifikasi teknikal kotak gear CVT Punch Powertrain VT2" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2012-04-26. Dicapai pada 2011-12-13.
- ^ Proton Saga FLX 1.3 official brochure Diarkibkan 2012-04-26 di Wayback Machine - from Proton Saga FLX microsite.
- ^ Proton Saga FLX SE 1.6official brochure Diarkibkan 2012-04-26 di Wayback Machine - from Proton Saga FLX microsite.
- ^ Lotus Bringing Plug-N-Play Hybrid Drivetrain System To Geneva Winding Road, 5 March 2007
- ^ Proton and Lotus Engineering develop Proton Gen-2 EVE Hybrid Concept paultan.org
- ^ a b Anthony Lim (12 December 2011). "Proton Exora Prime – CFE variant photos leaked!". paultan.org. Dicapai pada 13 December 2011.
- ^ Scaling Up - Zawya.com. Accessed on 13 December 2008.
- ^ a b "Enjin CAMPRO CFE (Turbo) di KLIMS 2010!!!". Funtasticko Design. 5 December 2010. Dicapai pada 11 December 2011.
- ^ Proton plans diesel and larger petrol engines paultan.org
Lihat juga
[sunting | sunting sumber] Garis masa pengeluaran kenderaan Proton, 1985–sekarang
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Jenis | 1980an | 1990an | 2000an | 2010an | 2020an | |||||||||||||||||||||||||||||||||||
5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 0 | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 0 | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 0 | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 0 | 1 | 2 | 3 | 4 | |
Kereta bandar | Tiara | Savvy | Saga | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Subpadat | Satria / Compact / 300 Series / GTi | Satria Neo / Neo | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Saga / Knight / Iswara / Mpi / LMST | Saga / S16 / FL / FLX | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Iriz | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Persona | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Padat | Wira / Persona / 400 Series / Natura | Persona / GEN•2 Persona | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
GEN•2 | Suprima S | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Prevé | S70 | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Waja / Impian | Inspira | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Sederhana | Perdana | Perdana | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Coupé | Putra / Coupé / M21 | Putra | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Lori pikap | Arena / Jumbuck | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Mikrovan | Juara | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
MPV | Ertiga | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Exora | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
SUV | X50 | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
X70 | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
X90 |