Pergi ke kandungan

Duqqa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Duqqa
JenisPencicah
Jenis sajianHidangan sampingan atau hors d'œuvre
Tempat asalMesir
Kawasan/rantauMesir dan Genting Gaza
Bahan utamaHerba, kacang keras (biasanya kacang hazel), rempah ratus
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Duqqah, duqqa,[spelling 1] du'ah, do'a,[1] atau dukkah (Arab: دُقَّة, rumi: duqqah terbitan kata kerja دَقَّdaqqa "menumbuk", "mengetuk"[2][3][4]) adalah bumbu Mesir yang terdiri daripada campuran herba, kacang (biasanya kacang hazel), dan rempah ratus. Ia biasanya digunakan sebagai pencicah dengan roti[5] atau sayur-sayuran segar untuk hors d'œuvre.[6] Duqqah yang belum disiap boleh dibeli di pasar rempah-ratus di Kaherah, dengan versi paling mudah mempunyai pudina, garam dan lada yang dijual dalam bungkusan kon kertas.[7] Kepelbagaian jenis yang dibungkus boleh didapati di pasaran yang terdiri daripada tepung gandum kering dicampur dengan jintan putih dan jintan.[8]

Gambaran umum

[sunting | sunting sumber]

Campuran ini hasil rempah dan kacang ditumbuk bersama-sama selepas dipanggang kering dengan tekstur bukan seperti serbuk ataupun pes. Komposisi campuran rempah yang sebenarnya boleh berbeza-beza dari sebuah keluarga ke keluarga yang lain,[9] seorang penjual kepada penjual yang lain walaupun terdapat bahan-bahan biasa, seperti bijan, ketumbar, jintan, garam dan lada hitam. Rujukan ke teks abad ke-19[10] menyenaraikan marjoram, pudina, zaatar dan kacang kuda sebagai bahan tambahan yang boleh digunakan dalam campuran. Satu laporan dari tahun 1978[11][12] menunjukkan bahawa bahan-bahan tambahan lain boleh digunakan, seperti nigella, tepung sekoi dan keju kering. Beberapa jenis moden termasuk kacang pain,[13] biji labu,[14] atau biji bunga matahari.[15]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Juga dieja: dakka, dukkah, dukka
  1. ^ Roden, Claudia (2008). The New Book of Middle Eastern Food. Knopf Doubleday Publishing Group. m/s. 55. ISBN 9780307558565. Dicapai pada 2 July 2016.
  2. ^ Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 141. ISBN 967-65-7321-3.
  3. ^ Green, Aliza (2015). The Magic of Spice Blends: A Guide to the Art, Science, and Lore of Combining Flavors. Quarry Books. m/s. 34. ISBN 9781631590740. Dicapai pada 2 July 2016.
  4. ^ Marks, Gil (2010). Encyclopedia of Jewish Food. Houghton Mifflin Harcourt. m/s. 672 pages. ISBN 9780544186316. Dicapai pada 3 July 2016.
  5. ^ Sortun, Ana (2013). Spice: Flavors of the Eastern Mediterranean. Harper Collins. m/s. 6. ISBN 9780062336514. Dicapai pada 2 July 2016.
  6. ^ Malouf, Greg and Lucy Malouf (1999). Artichoke to Za'atar: Modern Middle Eastern Food. University of California Press. m/s. 278. ISBN 9780520254138. Dicapai pada 2 July 2016.
  7. ^ Davidson, Alan (1999). The Oxford Companion to Food (ed. 2014). Oxford: Oxford University Press. m/s. 269. ISBN 9780191040726. Dicapai pada 2 July 2016.
  8. ^ Davidson, Alan (1999). The Oxford Companion to Food (ed. 2014). Oxford: Oxford University Press. m/s. 269. ISBN 9780191040726. Dicapai pada 2 July 2016.
  9. ^ Roden, Claudia (2008). The New Book of Middle Eastern Food. Knopf Doubleday Publishing Group. m/s. 55. ISBN 9780307558565. Dicapai pada 2 July 2016.
  10. ^ Lane, Edward William (1908). The manners & customs of the modern Egyptians. London; New York: J.M. Dent & Co.; E.P. Dutton & Co. m/s. 137. Dicapai pada 2 July 2016.
  11. ^ Davidson, Alan (1999). The Oxford Companion to Food (ed. 2014). Oxford: Oxford University Press. m/s. 269. ISBN 9780191040726. Dicapai pada 2 July 2016.
  12. ^ Landry, Robert (1978). Guide culinaire des épices aromates et condiments. Verviers, Belgique: Marabout.
  13. ^ Zizka, Maria. "Cooking from the World Pantry: Dukkah". KCET. KCETLink Media Group. Dicapai pada 3 July 2016.
  14. ^ Shulman, Martha Rose. "Pumpkin Seed Dukkah". New York Times: Cooking. The New York Times Company. Dicapai pada 3 July 2016.
  15. ^ Ottolenghi, Yotam (3 June 2011). "Yotam Ottolenghi's butter bean purée with dukkah recipe". Guardian News and Media Limited. The Guardian. Dicapai pada 2 July 2016.