Pergi ke kandungan

Saderi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Daun Saderi)

Saderi
Seladeri
سادري
Pengelasan saintifik
Alam:
Divisi:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
A. graveolens
Nama binomial
Apium graveolens

Saderi (Jawi: سدري) atau seladeri (Jawi: سلدري[1] atau سلادري‎; juga seledri Ind.), daun sup atau ranting suri (nama saintifik: Apium graveolens) merupakan sejenis tumbuhan berbunga dari keluarga Apiaceae. Batang dan daun lembutnya dijadikan sayur baik dimasak atau sebagai ulam dengan rasa manis, rangup dan berbau wangi.

Saderi (dalam dialek Kedah) dan seladeri (dalam dialek Johor-Riau dan Betawi) meminjam dari bahasa Belanda kata selderij atau selderie;[1][2] menyerap dari bahasa Perancis céleri, sebelumnya bahasa Itali seleri sampai ke akar σέλινον sélīnon dalam bahasa Yunani Purba.[2][3]

Ciri-ciri botani

[sunting | sunting sumber]
Lukisan botani daun saderi.

Ia herba renek berbatang lembut dengan ketinggian 30 hingga 45 cm. Tumbuh berumpun, batang bersegi, berwarna hijau muda, dan terkandung banyak air. Daun majmuk dengan tangkai daun yang panjang, tepi bergerigi kasar, pucuk muda berwarna hijau muda dan bertukar warna hijau tua apabila telah matang, berbau wangi. Bunga majmuk, kecil, putih, terdapat dalam jambak bunga yang keluar dari celah ketiak daun. Buahnya kecil dan halus.

Terdapat beberapa kultivar yang diperolehi daripada tumbuhan ini hasil pemilihan ciri yang dikehendaki dan ditanam:[4]

  • saderi daun atau daun sup (varieti secalinum): dengan tangkai menirus panjang hijau keputihan, daun beraroma wangi
  • saderi tangkai (var. graveolens atau dulce): tangkai daun tebal berisi sekitar 1 sm
  • saderi umbi atau akar saderi (var. rapaceum): berumbi tebal dan membulat
Daun saderi mentah
Nilai pemakanan per 100 g (3.5 oz)
Tenaga 57 kJ (14 kcal)
Karbohidrat 3 g
- Gula 2 g
- Serabut diet 1.6 g
Lemak 0.2 g
Protein 0.7 g
Air 95 g
Vitamin C 3 mg (4%)
Peratusan dianggarkan
menggunakan syor A.S. untuk orang dewasa.
Sumber: USDA Nutrient Database

Daun saderi merupakan penawar bagi menurunkan tekanan darah tinggi. [5] Terdapat belbagai cara untuk menggunakan seleri sebagai ubat untuk mengubati tekanan darah tinggi dan cara yang paling berkesan adalah dengan memasukan sedikit daun seleri yang dipotong kecil-kecil dan ditumbuk halus bersama-sama dengan sedikit air dan gula. Untuk keberkesanan yang lebih baik ia hendaklah diminum 3 kali sekali.

Selain itu, seleri juga dapat mengubati keracunan yang berpunca daripada jangkitan bakteria. Antaranya adalah seperti terpijak paku berkarat, jangkitan kuman di bahagian luka atau dalam saluran kencing dan kes melecur teruk menyebabkan keracuanan darah dikenali sebagai sepsis atau septicemia.Kandungan garam galian dalam seleri memulihkan sifat alkalin dalam darah dan membantu menghentikan pembiakan kuman.[6]

Penanaman

[sunting | sunting sumber]

Untuk menggunakan daun sup untuk masakan, jangan cabut keseluruhan pokok tersebut. Setakat ambil sahaja daunnya sahaja sebanyak mana yang diperlukan dan yang selebihnya boleh diambil apabila diperlukan supaya anda sentiasa mendapati daun yang segar. Lebih elok ambil daun yang lama dan biarkan pokoknya tumbuhkan daun baru.

Biji benih daun saleri

Tumbuhan ini kaya dengan zat besi, fosforus, natrium, kalium, karotena, vitamin-vitamin A, B-Kompleks dan C dan magnesium.

  1. ^ a b Lihat:
    • Wilkinson, Richard James (1901). "saderi". A Malay-English dictionary. Hong Kong: Kelly & Walsh, limited. m/s. 374, 394.
    • Wilkinson, Richard James (1932). "selderi". A Malay-English dictionary (romanised). II. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 363, 399, 410 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
    Rencana ini mengandungi teks dari sumber yang berada dalam domain awam.
  2. ^ a b "selderij"/"selderie". EtymologieBank., memetik:
    • van der Sijs, Nicoline (2010). "selderie". Nederlandse woorden wereldwijd. Den Haag: SDU Uitgevers. ISBN 9789012582148.
    • M. Philippa, F. Debrabandere, A. Quak, T. Schoonheim & N. van der Sijs, penyunting (2009). "selderie". Etymologisch Woordenboek van het Nederlands. Amsterdam.CS1 maint: multiple names: editors list (link)
  3. ^ Liddell, Henry George; Scott, Robert (penyunting). "σέλινον". A Greek-English Lexicon. Perseus Digital Library, Tufts University.
  4. ^ Hean Chooi Ong (2008). Sayuran: khasiat makanan & ubatan. Kuala Lumpur: Utusan Publications. m/s. 96–97. ISBN 967-61-1390-5.
  5. ^ A Health Benefit of Celery is it`s ability to lower blood pressure.
  6. ^ Celery Seed Extract