Pergi ke kandungan

Che Guevara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semakan 6064721 pada 05:04, 28 Disember 2023 oleh 202.160.35.52 (bincang)
(beza) ← Semakan terdahulu | Semakan semasa (beza) | Semakan berikutnya→ (beza)
Ernesto 'Che' Guevara
Biografi
Nama penuh Ernesto 'Che' Guevara
Tarikh lahir 14 Jun 1928
Tempat lahir Rosario, Argentina,
Tarikh meninggal 9 Oktober 1967,
Tempat meninggal La Higuera, Bolivia,

Ernesto Guevara (14 Jun 1928 - 9 Oktober 1967), biasanya dikenali sebagai Che Guevara atau el Che, ialah doktor Argentina, serta juga ahli politik, penyokong Marxisme, ketua pergerakan, dan gerila sosialisme di Cuba serta juga di negara-negara lain, termasuklah Congo. Sebagai seorang pemuda yang sedang belajar perubatan, pengembaraan Guevara ke seluruh Amerika Latin menolong beliau memahami secara langsung kemiskinan yang melanda kebanyakan rakyat. Menerusi pengalaman ini, beliau menjadi semakin yakin bahawa hanya pemberontakan dapat menjadi penawar kepada ketidakseimbangan ekonomi di kawasan-kawasan yang berkenaan dan oleh itu, membawa beliau untuk mempelajari Marxisme dan terlibat dalam revolusi sosial Guatemala di bawah Presiden Jacobo Arbenz Guzmán.

Tidak lama kemudian, Guevara menjadi ahli separa tentera Fidel Castro yang merampas kuasa di Cuba pada tahun 1959. Selepas memegang pelbagai jawatan kementerian yang penting dalam kerajaan baru, termasuklah sebagai ketua penjara politik Castro, dan selepas menulis beberapa rencana dan buku mengenai teori dan amalan perang gerila, Guevara meninggalkan Cuba pada tahun 1965. Beliau berhasrat membangkitkan revolusi di Congo-Kinshasa (kemudian dinamai Republik Demokratik Congo) dan kemudian di Bolivia. Di Bolivia, beliau ditangkap dalam satu operasi ketenteraan terancang Agensi Perisikan Pusat (CIA) [1]. Guevara dihukum mati terus oleh Tentera Bolivia di La Higuera berhampiran Vallegrande pada 9 Oktober 1967 ketika berumur 39 tahun.

Selepas kematiannya, Guevara menjadi ikon pergerakan pemberontakan sosialis di seluruh dunia. Gambarnya oleh Alberto Korda (di atas) telah disebar luas. Kolej Seni Institut Maryland menggelar gambar ini sebagai "gambar foto termasyhur di dunia dan simbol abad ke-20" [2]

Warisan keluarga dan kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]
Tempat kelahiran Ernesto "Che" Guevara di Rosario     Pemandangan lain

Ernesto Guevara de la Serna yang dilahirkan di Rosario, Argentina, [3] ialah anak sulung antara lima adik-beradik di dalam sebuah keluarga berketurunan campuran Sepanyol, Basque, dan Ireland. Tarikh lahirnya direkodkan dalam sijil kelahiran sebagai 14 Jun 1928, walaupun sesetengah sumber menyatakan bahawa beliau sebenarnya lahir pada 14 Mei tahun tersebut. [4]

Salah satu moyang Guevara, Patrick Lynch, dilahirkan di Galway, Ireland pada tahun 1715, dan kemudian berpindah ke Bilbao, Sepanyol dan dari situ, menjelajah ke Argentina. Francisco Lynch (moyang Guevara) dilahirkan pada tahun 1817, dan Ana Lynch (neneknya) pada tahun 1861. Anaknya, Ernesto Guevara Lynch (bapa Guevara) pula dilahirkan pada tahun 1900. Guevara Lynch mengahwini Celia de la Serna y Llosa pada tahun 1927, dan mereka mempunyai tiga orang anak lelaki dan dua anak perempuan.

Berasal daripada sebuah keluarga kelas atas yang cenderung berhaluan kiri, Guevara telah dibimbing supaya mempunyai personaliti yang dinamik serta perspektif yang radikal sejak dari kecil lagi. Walaupun menghidapi penyakit lelah yang menjejaskan kehidupannya, beliau telah berjaya sebagai seorang olahragawan. Guevara juga pernah menjadi pemain ragbi di sebalik kecacatannya dan mendapat gelaran "Fuser" — singkatan untuk gabungan kata, "El Furibundo" (bahasa Inggeris: raging) dan "Serna", nama keluarga ibunya — kerana gaya bermainnya yang agresif. [5]

Guevara belajar permainan catur daripada bapanya dan mula melibatkan diri dalam pertandingan-pertandingan tempatan sejak berumur 12 tahun. [6] Semasa keremajaannya, beliau minat akan puisi, terutamanya oleh Pablo Neruda. Guevara, sebagaimana yang biasa dilakukan oleh orang Amerika Latin dalam golongannya, turut menulis puisi pada sepanjang hayatnya. Beliau sangat gemar membaca, dengan minat yang berbeza-beza antara pengembaraan klasik oleh Jack London dan Jules Verne sehingga rencana-rencana mengenai keseksualan oleh Sigmund Freud serta falsafah masyarakat oleh Bertrand Russell. Pada akhir keremajaannya, Guevara membentuk minat mendalam dalam seni foto dan menghabiskan banyak masa untuk mengambil gambar orang, tempat, dan semasa pengembaraannya yang kemudian, tapak arkeologi.

Pada tahun 1948, Guevara menyertai Universiti Buenos Aires untuk mempelajari bidang perubatan dan selepas beberapa gangguan, menghabiskan pembelajarannya pada bulan Mac 1953. Walaupun demikian, beliau tidak menjalankan latihan klinikalnya yang diperlukan untuk menjalankan praktik kedoktoran. Oleh itu, beliau merupakan seorang "médico" yang bukannya "doctor en medicina."

Sebagai pelajar, Guevara menghabiskan banyak masa untuk mengembara mengelilingi Amerika Latin. Pada tahun 1951, Alberto Granado, rakannya yang seorang ahli biokimia, mencadangkan agar Guevara bercuti setahun daripada kursus perubatannya supaya mengembara di Amerika Selatan, sebagaimana yang telah dibincangkan selama bertahun-tahun. Guevara dan Granado yang berusia 29 tahun ketika itu berlepas dari bandar asal mereka di Alta Gracia dengan menunggang motosikal Norton 500 cc 1939 yang dinamai mereka sebagai La Poderosa II (bahasa Inggeris: "the Mighty One, the Second"). Mereka merancang untuk menghabiskan beberapa minggu membuat kerja sukarela di perkampungan pesakit kusta San Pablo di Peru yang terletak di kawasan pinggir Sungai Amazon. Guevara mengisahkan pengembaraannya dalam karya  Diari-dairi Motosikal yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris pada tahun 1996 dan dijadikan sebuah filem dengan nama yang sama pada tahun 2004.

Menyaksikan kemiskinan, penindasan dan ketiadaan hak mengundi di seluruh Amerika Latin serta dipengaruhi oleh buku-buku Marxisme, Guevara memutuskan bahawa satu-satunya cara untuk mengatasi ketaksamaan wilayah itu ialah melalui pemberontakan bersenjata. Perjalanan dan pembacaannya telah menyebabkan Guevara berpendirian bahawa Amerika Latin bukannya sekumpulan negara yang berasingan tetapi sebuah entiti tunggal yang memerlukan suatu strategi kebenuaan untuk pembebasannya. Tanggapannya terhadap sebuah Ibero-Amerika bersatu tanpa sempadan yang berkongsi kebudayaan 'mestizo' merupakan suatu tema berulangan yang ketara pada tempoh-tempoh kegiatan pemberontakannya yang kemudian. Sebaik sahaja Guevara pulang ke Argentina, beliau mempercepatkan penyiapan kursus perubatannya supaya dapat menyambung semula perjalanannya di Amerika Selatan dan Amerika Tengah. Beliau menerima diplomanya pada 12 Jun 1953.

Guatemala

[sunting | sunting sumber]

Selepas tamat belajar dari sekolah perubatan Universiti Buenos Aires pada tahun 1953, Guevara mengembara melalui Bolivia, Peru, Ecuador, Panama, Costa Rica, Nicaragua, Honduras, dan El Salvador, sebelum akhirnya sampai ke Guatemala di mana President Jacobo Arbenz Guzmán memimpin kerajaan populist yang, melalui pelbagai pembaharuan, terutamanya pembaharuan tanah, cuba mengembalikan revolusi sosial. Ketika masa ini Guevara mendapat nama gelarannya, "Che", disebabkan sering menggunakan kata Argentina Che (disebut /tʃe/), digunakan sama seperti "hey", "kawan" atau "sahabat" dan digunakan secara basahan dipelbagai negara penutur Inggeris. Uruguay, Paraguay, dan Argentina adalah negara yang menggunakan perkataan ini, menjadikannya tanda niaga kawasan Rioplatense.

Merujuk kepada Jon Anderson, orang penghubung utama di Guatemala adalah seorang sosialis Hilda Gadea, yang telah mengenalkan Guevara kepada orang kabinet peringkat tertinggi dalam kerajaan Arbenz. Hilda merupakan seorang ahli Persekutuan Revolusi Amerika Popular atau (American Popular Revolutionary Alliance) (APRA), sebuah pergerakan politik yang diketuai oleh Víctor Raúl Haya de la Torre. Beliau juga telah membuat hubungan dengan orang buangan Cuba yang ada pertalian dengan Castro, termasuklah Antonio "Ñico" López, yang dikaitkan dengan serangan ke atas berek "Carlos Manuel de Céspedes" di Bayamo dalam provinsi Oriente, Cuba[7] dan orang yang mungkin mati di jambatan Ojo del Toro seketika lepas Granma mendarat di Cuba.[8] Guevara menggabungkan "moncadistas" dalam penjualan barangan agama yang berkaitan dengan Black Christ, dan beliau juga telah menolong dua orang pakar malaria Venezuela. Keadaan ekonomi adalah merumitkan, dan beliau telah menggadaikan barang kemas Hilda. Kemudian, pada 15 Mei, 1954, satu barangan infantri Skoda berkualiti tinggi dan senjata artileri ringan telah dihantar daripada negara komunis Czechoslovakia untuk kerajaan Arbenz telah tiba di atas kapal Sweden Alfhem. Bilangan senjata yang dianggarkan sampai adalah kira-kira 2000 ton oleh CIA [9] dan cukup mencurigalkan 2 tan oleh Jon Lee Anderson [10]. (Anderson's tonnage estimate is thought to be a typo due to how few scholarly sources support it.) Guevara briefly left Guatemala for El Salvador to pick up a new visa, then returned to Guatemala. Meanwhile, the CIA-sponsored coup attempt led by Carlos Castillo Armas had begun.[11] The anti-Arbenz forces were unable to stop the trans-shipment of the Czech weapons by train; however, after recovering energy, and apparently with the help of air support, they started to gain ground (Holland, 2005).

Guevara menyertai sepasukan tentera awam bersenjata yang dikendalikan oleh Belia Komunis untuk beberapa hari, tetapi kemudian kembali kepada tugas-tugas perubatannya. Selepas rampasan kuasa, Guevara bersukarela untuk bertempur, akan tetapi Arbenz menyuruh semua penyokong asing supaya meninggalkan negara itu. Selepas Gadea ditangkap, beliau melindungi diri di konsulat Argentina dan kemudian berpindah ke Mexico.

Penggulingan kerajaan Arbenz oleh sebuah rampasan kuasa yang dibantu oleh Agensi Perisikan Pusat mengukuhkan pandangan Guevara bahawa Amerika Syarikat merupakan sebuah kuasa imperialis yang secara tekal akan menentang sebarang kerajaan yang mencuba menangani ketaksamaan sosioekonomi yang endemik di negara-negara Amerika Latin serta negara-negara membangun yang lain. Ini mengukuhkan lagi keyakinannya bahawa sosialisme melalui perjuangan bersenjata yang dipertahankan oleh para penduduk bersenjata merupakan satu-satunya cara untuk membaiki masalah-masalah tersebut.

Bahasa Inggeris

[sunting | sunting sumber]
  • Back on the Road: A Journey to Central America (Harvill Panther S.), The Harvill Press, paperback, ISBN 0802139426.
  • Bolivian Diary, Pimlico, ISBN 0712664572
  • Che Guevara: Radical Writings on Guerrilla Warfare, Politics and Revolution, Filiquarian Publishing LLC, paperback, ISBN 1599869993.
  • Che Guevara Reader: Writings on Guerrilla Warfare, Politics and History, Ocean Press
  • Che Guevara Speaks, Pathfinder
  • Che Guevara Talks to Young People, Pathfinder
  • Critical Notes on Political Economy, Ocean Press
  • Guerrilla Warfare, Souvenir Press Ltd, paperback, ISBN 0285636804.
  • Manifesto: Three Classic Essays on How to Change the World, Consortium
  • Our America and Theirs, Ocean Press (AU), ISBN 1876175818.
  • Reminiscences of the Cuban Revolutionary War, Monthly Review Press, 1998
  • Self-Portrait: Che Guevara, Ocean Press, 320pp, 2005
  • Socialism and Man in Cuba: Also Fidel Castro on the Twentieth Anniversary of Guevara's Death, Monad
  • The African Dream: The Diaries of the Revolutionary War in the Congo, Grove Press.
  • The Diary of Che Guevara, Amereon Ltd,
  • The Motorcycle Diaries: Notes on a Latin American Journey, Perennial Press, ISBN 0007182228.

Bahasa Sepanyol

[sunting | sunting sumber]


  1. ^ Buku No. 5 Taklimat Elektronik Arkib Keselamatan Negara tentang Kematian Che Guevara - dokumen rahsia besar diubah status
  2. ^ Institut Seni Maryland, dirujuk di Berita BBC, "Jurugambar Che Guevara mati", 26 Mei 2001. Berita BBC dalam talian, dicapai pada 4 Januari 2006.
  3. ^ Laman web Rosario de Santa Fe dalam talian Diarkibkan 2005-02-05 di Wayback Machine, dicapai pada Januari 42006.
  4. ^ Anderson, Jon Lee. Che Guevara: A Revolutionary Life, New York: 1997, Percetakan Grove, m.s. 3.
  5. ^ Anderson, Jon Lee. Che Guevara: A Revolutionary Life, New York: 1997, Percetakan Grove, m.s. 28.
  6. ^ Digital Granma Internacional, Laman web Granma: Permainan catur serentak pada hari ulang tahun kematian Che yang ke-37, 13 Oktober 2004, dicapai pada 5 Januari 2006.
  7. ^ Radio Cadena Agramonte, "Ataque al cuartel del Bayamo" Online, accessed Februari 25 2006
  8. ^ Granma.cu, "Walking towards sunrise" Online, accessed Februari 252006
  9. ^ U.S. Department of State, "Foreign Relations, Guatemala, 1952-1954". Online, accessed March 04 2006
  10. ^ Anderson, Jon Lee. Che Guevara: A Revolutionary Life, New York: 1997, Grove Press, p. 144
  11. ^ U.S. Department of State, "Foreign Relations, Guatemala, 1952-1954". Online, accessed March 04 2006
Bahan cetakan
  • Alarcón Ramírez, Dariel ("Benigno"). Memorias de un Soldado Cubano: Vida y Muerte de la Revolución. Tusquets Editores S.A. Barcelona, 1997 ISBN 848319942
  • Alarcón Ramírez, Dariel dit "Benigno". Le Che en Bolivie. Éditions du Rocher, 1997. ISBN 2268024377
  • Anderson, Jon Lee. Che Guevara: A Revolutionary Life. New York: Grove Press, 1997. ISBN 0802116000.
  • Bravo, Marcos 2005 La Otra Cara Del Che, Editorial Solar. Bogota, Colombia . “I’d like to confess, papá, at that moment I discovered that I really like killing.” Guevara writing to his father
  • Castañeda, Jorge G. Che Guevara: Compañero. New York: Random House, 1998. ISBN 0679759409
  • Castro, Fidel (editors Bonachea, Rolando E. and Nelson P. Valdés). Revolutionary Struggle. 1947-1958. MIT Press Cambridge, Massachusetts and London, 1972. ISBN 0262020653
  • Feldman, Allen 2003. Political Terror and the Technologies of Memory: Excuse, Sacrifice, Commodification, and Actuarial Moralities. Radical History Review 85, 58-73.
  • Escobar, Froilán and Félix Guerra. Che: Sierra adentro (Che: Deep in the Sierra). Editora Política, Havana, 1988.
  • Fuentes, Norberto. La Autobiografía De Fidel Castro ("The Autobiography of Fidel Castro"). Mexico D.F: Editorial Planeta, 2004. ISBN 8423336042, ISBN 9707490012
  • George, Edward. The Cuban Intervention In Angola, 1965-1991: From Che Guevara To Cuito Cuanavale. London & Portland, Oregon: Frank Cass Publishers, 2005. ISBN 0415350158
  • Guevara, Ernesto "Che" (editors Bonachea, Rolando E. and Nelson P. Valdés), Che: Selected Works of Ernesto Guevara, Cambridge, MA: MIT Press, 1969. ISBN 0262520168
  • Guevara, Ernesto "Che" (editor Waters, Mary Alice), Episodes of the Cuban Revolutionary War 1956-1958. New York: Pathfinder, 1996. ISBN 0873488245. (See reference to "El Viscaíno" on page 186).
  • Holland, Max. Private Sources of U.S. Foreign Policy Wlliam Pawley and the 1954 Coup d'État in Guatemala in Journal of Cold War Studies 7.4 (2005) 36-73
  • James, Daniel 2001 Che Guevara. Cooper Square Press. New York ISBN 0815411448
  • Matos, Huber. Como llegó la Noche ("As night arrived"). Barcelona: Tusquet Editores, SA, 2002. ISBN 8483109441.
  • Morán Arce, Lucas. La revolución cubana, 1953-1959: Una versión rebelde ("The Cuban Revolution, 1953-1959: a rebel version"). Ponce, Puerto Rico: Imprenta Universitaria, Universidad Católica, 1980. ISBN B0000EDAW9.
  • Rodriguez, Felix I. and John Weisman. Shadow Warrior/the CIA Hero of a Hundred Unknown Battles. New York: Simon & Schuster, 1989. ISBN 0671667211.
  • Rojo del Río, Manuel. La Historia Cambió En La Sierra ("History changed in the Sierra"). 2a Ed. Aumentada (Augmented second edition). San José, Costa Rica: Editorial Texto, 1981.
  • Ros, Enrique 2003. Fidel Castro y El Gatillo Alegre: Sus Años Universitarios (Colección Cuba y Sus Jueces). Miami: Ediciones Universal. ISBN 1593880065
  • Taibo, Paco Ignacio II. Ernesto Guevara, también conocido como el Che. Barcelona: Editorial Planeta, 1999. ISBN 8408022806.
  • "BBC News". Dicapai pada June 19. Unknown parameter |accessyear= ignored (|access-date= suggested) (bantuan); Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  • "CNC TV". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-01-22. Dicapai pada February 26. Unknown parameter |accessyear= ignored (|access-date= suggested) (bantuan); Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  • "Cuban Aviation". Diarkibkan daripada yang asal pada 2002-10-08. Dicapai pada February 26. Unknown parameter |accessyear= ignored (|access-date= suggested) (bantuan); Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  • "Radio Bayamo". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-03-19. Dicapai pada February 26. Unknown parameter |accessyear= ignored (|access-date= suggested) (bantuan); Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  • "The New Humanist". Dicapai pada February 26. Unknown parameter |accessyear= ignored (|access-date= suggested) (bantuan); Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  • "Slate". Dicapai pada June 18. Unknown parameter |accessyear= ignored (|access-date= suggested) (bantuan); Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  • "William Paterson University". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-04-14. Dicapai pada June 18. Unknown parameter |accessyear= ignored (|access-date= suggested) (bantuan); Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  • "Find Articles". Dicapai pada June 18. Unknown parameter |accessyear= ignored (|access-date= suggested) (bantuan); Check date values in: |accessdate= (bantuan)

Bacaan tambahan

[sunting | sunting sumber]
  • Guerrilla Warfare, Ernesto Guevara and Thomas M. Davis, University of Nebraska-Lincoln Public Relations. June 1985.
  • The Che Guevara Reader, Collection of Guevara's works edited by David Deutschmann, Ocean Press, ISBN 1876175699.
  • Travelling with Che Guevara - The Making of a Revolutionary, Alberto Granado, Pimlico, ISBN 1-8441-3426-1.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]